Tabung Masjid Dipasang Kamera Kecil Apa Yang Orang Tua Ini Sedekahkan Buat Ramai Terkedu Sangat

Walau Bagaimana Pun Caranya, Semoga Allah Buka Pintu Hati Kita Untuk Ringan Tangan Buat Amal Sedekah Di Mana-mana Sahaja. InsyaAllah Amin.

Tabung Derma Dipasang Kamera. Apa Yg Orang Tua Ini Sedekahkan Buat Ramai Terkedu. Bagi umat Islam, berinfak dan bersedekah merupakan cara yang lazim untuk berbagi kebaikan.

Bahkan, caranya pun boleh pelbagai cara, mulai dari yang mutakhir melalui internet atau cara umum dengan memasukkan duit ke kotak amal.

Melihat keunikan infak dan sedekah ini, sekumpulan aktivis dari Kitabisa.com mencuba melakukan eksperimen sosial.

Dalam eksperimen sosial untuk mengetahui jumlah derma yang diberikan jemaah masjid, ahli kumpulan yang menjalankan ekspirimen ini telah memasang kamera tersembunyi di dalam kotak amal.

Dari beberapa orang yang menderma, kumpulan ini telah menemukan seorang pedagang di Pasar Kiaracondong, Bandung, Didi Suhardi, memberi derma yang berbeza dari jemaah lainnya.

Setelah ditanya selepas selesai solat, Didi mengatakan alasannya bersedekah. Didi mengaku bersedekah merupakan cara untuk berkongsi rezeki.

“ Jangan sampai termasuk orang kedekut,” ucap Didi.

Ditanya apakah pekerjaan beliau, dengan senang beliau menjawab mencari rezeki dengan berniaga di pasar.

Berdasarkan video tersebut, Didi telah menderma sebanyak Rp100,000 dan jika ditukar kepada mata wang Malaysia, ianya bersamaan RM28.

Mungkin sesetengah kita di Malaysia jumlah tersebut adalah biasa, namun jika dibandingkan dengan nilai mata wang dan ekonomi Indonesia, jumlah itu sebenarnya agak tinggi dan amat jarang untuk melihat jemaah menderma sebanyak itu.

Pendek kata jika di Malaysia, jarang untuk kita melihat jemaah menderma sebanyak RM100 ringgit ke dalam tabung. Mungkin ada, tapi kebiasaanya sedekah yang banyak selalunya disalurkan secara terus kepada AJK masjid untuk memastikan ianya lebih selamat.

Sementara bagi lelaki yang ditemubual ini, beliau sentiasa merendah diri dalam menutur kata. Walau didesak beberapa kali berapa jumlah wang yang disedekahkan namun beliau bijak untuk tidak menjawab secara terus terang.

Walaupun jumlah dermanya sudah diketahui, dengan rendah hati Didi tetap tak mahu menyebutnya.

Jom saksikan video penuh eksperimen sosial di bawah ini:
Video rakaman

Mungkin ada pihak di Malaysia boleh melakukan aktiviti serupa. Bukan untuk tujuan riak, tetapi untuk mengajak masyarakat ringan tangan bersedekah.

Sumber : cantiknetwork.com /rimbabara via mediabintang




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top