Siti Nurhaliza dedahkan rahsia beliau kekal cantik dan menawan

Bergelar sebagai seorang selebriti semestinya akan menjadi tumpuan ramai. Bukan sahaja dari kalangan peminat bahkan sesiapa saja ingin mengikuti perkembangan mereka.

Tambah-tambah pula sekiranya beliau merupakan selebriti yang dikenali di dalam dan luar negara. Semua orang nak follow kan kisah beliau.

Semestinya, tidak terkecuali daripada situasi ini adalah Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Penyanyi dan usahawan wanita berjaya Malaysia itu semestinya sering menjadi tumpuan ramai. Dari aktiviti kegiatan seni beliau sehinggalah kepada kehidupan peribadinya.

Bila dah jadi tumpuan ni memang segala serbi la orang nak tau. So, seseorang selebriti tu perlu la menjaga penampilan semasa sedang bertugas mahupun semasa di dunia peribadi mereka.

Penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Jerat Percintaan tu pada asalnya memang kurus. Lihat sajalah foto beliau di bawah ni. Yela kan, masa muda remaja gitu. Mesti la kurus.

Bila usia dah meningkat, berkahwin, mengandung dan bersalin pula, setiap wanita yang mengalaminya akan melalui fasa perubahan bentuk fizikal. Selalunya akan jadi gemuk dan berisi la kan.

Namun begitu, masih ada ibu-ibu yang berjaya kekal langsing walaupun dah beranak pinak. Jangan beri banyak alasan ye wahai wanita-wanita di luar sana. Apa yang penting, amalkan pemakanan yang sihat dan rajin bersenam.

Sekarang ni admin tengok dah semakin ramai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap penjagaan kesihatan. Ada yang berjogging, sertai acara larian, mendaki bukit dan gunung dan juga berbasikal.

Menyedari bahawa tubuh badan beliau semakin mengembang dengan jayanya, Tok Ti juga telah mengambil inisiatif untuk bersukan.

Sukan apa ye yang Tok Ti pilih?

Rata-rata peminat beliau mengetahui bahawa Tok Ti sememangnya aktif bersukan ketika di zaman sekolah. Yela kan, dengan bentuk fizikal yang tinggi lampai camtu, semestinya beliau menjadi pilihan jurulatih pasukan bola jaring. Senang nak shoot bola ke dalam jaring lawan.

Tapi bila dah berusia ni boleh lagi ke main bola jaring?

Sedar akan hakikat itu, Tok Ti mengambil keputusan untuk menjadikan berbasikal sebagai hobi sukan beliau untuk kekal sihat dan langsing.

Sukan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia itu sememangnya mudah untuk dilakukan oleh sesiapa saja.

Bajet pula boleh ikut kemampuan masing-masing.

Bagi Tok Ti pula, beliau menggunakan basikal suaminya model S5 dari jenama Cervelo. Hehe.. nama pun basikal Dato’ K harga pun mesti la mencecah puluhan K kan?

Tak kisah la berapa pun harga basikal korang, ikut kemampuan le kan. Asalkan boleh kekal aktif, sihat dan langsing macam Tok Ti.

Berbasikal ni bukan saja boleh buatkan badan korang sihat, tapi juga boleh eratkan hubungan. Yang dah berkeluarga tu boleh la buat aktiviti ni bersama suami, isteri dan anak-anak korang.

Macam Tok Ti ni. Comel je berbasikal dengan Dato’ K dan keluarga. Nanti Aafiyah dah besar boleh la join sekali ye.

 

The post Siti Nurhaliza dedahkan rahsia beliau kekal cantik dan menawan appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top