Siapa Sangka Disebalik Kejayaan Tok Ti Inilah Antara Perjalanannya Sebelum Mendapat Kejayaan Sehingga Kini

Siapakah Tokti Sebenarnya ?
Nama penuhnya adalah Siti Nurhaliza binti Tarudin, dan gelaran dalam industri tanah air Siti Nurhaliza, Dilahirkan pada tarikh 11 Januari 1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

Anak keempat daripada tujuh beradik. Tiga adik-beradiknya yang lain iaitu Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah juga merupakan penyanyi. Bapanya, Tarudin Ismail (1942–2009) seorang pegawai polis berpangkat Koperal, manakala ibunya, Siti Salmah Bachik yang lahir pada tahun 1948 merupakan suri rumah dan peniaga.

Datuknya, Bachik Abdul Rahman pernah bergelar pemain biola. Sepupunya, Rafidah Ibrahim merupakan pelakon dan penyanyi. Tokti Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1995.

Sewaktu kanak-kanak, Siti Nurhaliza sering digelar “tomboy” disebabkan perwatakannya yang cergas dan kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Namun begitu, di bawah jagaan ibunya, Siti beralih kepada penampilan yang lebih feminin, berbudi bahasa dan lemah lembut.

Siapa Sangka Disebalik Kejayaan Datuk Siti Nurhaliza, Inilah Antara Perjalanan Sebelum Menerpa Kejayaan Sehingga Kini

Siti Nurhaliza pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada usia 12 tahun, apabila menyanyikan lagu patriotik “Bahtera Merdeka” di sebuah Karnival Kuala Lipis. Namun, kerjaya nyanyian sebenar beliau bermula pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI 1995.

Nama beliau mula melonjak naik apabila Single pertama, Jerat Percintaan memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan kemenangan berganda empat di Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Penghibur Televisyen Paling Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Remaja Popular dan kemenangan keseluruhan, Bintang Paling Popular.

Populariti beliau ditambah dengan penampilan imej yang sopan, bersih dan tiada gosip yang bukan-bukan dalam kerjaya nyanyian mahupun kehidupan peribadi.

Langkahnya dalam dunia seni bermula sejak menjuarai pertandingan nyanyian Bintang HMI siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995.

Popularitinya memuncak selepas single sulung beliau, Jerat Percintaan merangkul trofi Anugerah Juara Lagu ke-11, selain kategori Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.

Berkebolehan membawa pelbagai genre muzik seperti Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Pop Soft Rock, Pop Rock, R&B, Nasyid, Balada dan Dance-Pop.

Antara lagu popularnya seperti Aku Cinta Padamu, Cindai, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Balqis, Percayalah, Nirmala, Bukan Cinta Biasa, Lagu Rindu, Biarlah Rahsia, Anta Permana dan banyak lagi.

Sehingga tahun 2005, album sulungnya telah laris sebanyak 800, 000 unit hanya untuk pasaran Malaysia sahaja. Beliau juga telah mengumpul hampir 300 trofi anugerah dari dalam dan luar negara dan juga Mencipta 2 rekod dalam Malaysia Book of Records.

Keseluruhannya telah menerbitkan 16 buah album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan 250 lagu dan single.

Antara kebanggaan Artis pertama Asia Tenggara dan ketiga dari Asia yang mengadakan konsert solo bertempat di Royal Albert Hall, London, dengan iringan Orkestra Simfoni London pada tahun 2005.

Menempa kejayaan besar di rantau Asia hingga mendapat jolokan nama “Suara Asia” dan “Celine Dion Asia”. Antaranya pernah menduduki tangga kedua sebagai Asia’s Best Musical Artiste daripada MTV Asia.

Siti juga kedudukan kedua Biggest Asian Artiste oleh Channel V. Menjadi antara nama ‘Asia’s Idol’ oleh Asia News Network (ANN) dan menerima penghargaan sebagai Asian Music Legend daripada Top 10 of Asia.

Sebagai usahawan, beliau memiliki aset-aset seperti Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) dan Creacion (fesyen).

Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Kejayaan Besar Dato Seri Siti Nurhaliza Yang Dikagumi Ramai.

Juara Bintang HMI 1995
Siapa Sangka Disebalik Kejayaan Datuk Siti Nurhaliza, Inilah Antara Perjalanan Sebelum Menerpa Kejayaan Sehingga Kini
Bakatnya sejak kecil sudah tidak boleh dinafikan lagi. Bermula dengan hanya membantu ibunya menjual kuih serta didorong oleh kakak ipar dan abangnya untuk menyertai Bintang HMI 1995siapa sangka sejak itulah nama Siti Nurhaliza mula bergemerlapan hingga kini.

Menjadi juara Bintang HMI 1995 adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupai Siti kerana disini jugalah beliau mengenali Allahyarham Adnan Abu Hassan yang mengilap bakatnya.

 Voice of Asia
Kejayaan merangkul hadiah Grand Prix di pertandingan Voice of Asia oleh Siti Nurhaliza membuktikan penyanyi tempatan mampu memberi cabaran di pentas antarabangsa. Siapa sangka lagu bercirikan kemelayuan, Nirmala dan Purnama Merindu yang menjadi pilihan Siti Nurhaliza telah menobatkan Siti sebagai Voice of Aisa pada 2002.

Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival
Sebelum menempa sebagai Voice of Asia, Siti terlebih dahulu membolot Anugerah Emas dalam Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival yang diadakan di Shanghai, China pada tahun 1999.

Lebih 200 Anugerah Dan Penghargaan Dari Dalam Dan Luar

Siapa Sangka Disebalik Kejayaan Datuk Siti Nurhaliza, Inilah Antara Perjalanan Sebelum Menerpa Kejayaan Sehingga Kini

Boleh dikatakan hampir semua pertandingam yang tercalon nama Siti Nurhaliza, pasti akan terselit namanya untuk memenangi anugerah yang dipertandingkan. Buktinya Siti kini telah mendapat lebih dari 200 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Salute!

Catat Nama Di Dalam Malaysia Book of Records

Bukan satu tapi dua rekod Malaysia telah dicipta oleh Siti Nurhaliza sekaligus melayakkan namanya tertulis dalam Malaysia Book Of Records sebagai Artis Malaysia Pertama Mengadakan Konsert Solo di Royal Albert Hall, London dan rekod Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur (Most Awards Won Artist)

Lebih dari 250 Lagu Terhasil
Sehingga hari ini beliau telah menghasilkan 16 album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan telah merakam lebih 250 lagu dan single, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual sekitar 5 juta unit.

Siti Nurhaliza kini merupakan antara artis yang paling berpengaruh dan telah diundi lebih dari 10 kali berturut-turut untuk kategori artis serantau paling popular, mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik bermula tahun 2001 sehingga kini.

 Royal Albert Hall

Memegang rekod sebagai artis Malaysia pertama yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London bukanlah satu perkara yang biasa. Ini kerana Royala Albert Hall adalah satu pentas berprestij dunia dan sepanjang Siti membuat persembahan disini, ianya Sold Out!

Persembahan Di Hadapan Queen Elizabeth
Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Sehingga kini, saat itu sangat manis dikenang.

Muslim Paling Berpengaruh

Tahun lepas, Siti turut berkongsi satu lagi khabar berita yang disifatkannya sebagai satu lagi rezeki dimana beliau telah tersenarai sebagai antara 500 Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Malah ini adalah tahun ketiga beliau tersenarai dalam rekod yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Amman, Jordan.

10. Datuk, Dato Sri Dan Biduanita?

Kerana pencapaiannya yang terlalu membanggakan, Siti Nurhaliza bukan sahaja menerima anugerah yang pelbagai malah institusi diraja turut mengiktiraf pencapaian Siti dalam mengharumkan nama negara.

Selepas dikurnikan Datuk dan Dato Sri, nama Siti Nurhaliza antara yang disebut-sebut sebagai Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @otakbulu untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber gnews / mediabintang




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top