Selain Faizal Tahir, usaha lelaki ini dalam pencarian MH370 wajar dikagumi

Kehilangan pesawat penerbangan milik Malaysia Airlines MH370 pada 5 tahun lalu sememangnya misteri dan masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Pelbagai konspiirasi dan teori telah diutarakan namun seakan-akan tiada kesudahan dan tindak memberikan sebarang maklumat positif terhadap misi pencariannya.

Ramai yang bersedih dan melahirkan rasa simpati terhadap kejadian tersebut. Tidak terkecuali berbuat demikian adalah penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir.

Beliau telah memuat naik tweet berikut dalam laman twitter rasmi beliau.

Beliau sebelum itu bersama-sama rakan artis yang lain seperti Jaclyn Victor dan Adibah Noor telah merakam sebuah lagu tribute kepada manngsa kejadian tersebut ahli keluarga mereka. Sedih dan sangat menyentuh hati, bait-bait lirik yang disematkan.

Kita yang tiada hubungan persaudaraan dengan manngsa yang terlibat pun turut berasa sedih, inikan pula ahli keluarga mereka.

Seminggu sekali, seorang petani di Handan, China, Li Eryou akan cuba untuk menghubungi telefon anaknya yang merupakan salah seorang daripada 239 mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, walaupun telah berkali-kali tidak berjawab.

Saya tidak peduli apa pun yang orang cakap, saya akan tetap menelefon anak saya walaupun untuk tinggalkan beberapa baris ayat dalam sistem pesanan ringkas, kata petani yang berusia 60 tahun itu.

Berasal dari Handan, wilayah utara Hebei, Li Eryou menyifatkan panggilan yang dibuatnya pada setiap hari Sabtu itu merupakan satu perkara wajib yang akan dilakukannya pada setiap minggu.

Anaknya, Li Yanlin, ketika itu berusia 30 tahun adalah di antara mereka yang menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum ia dilaporkan hilang dari radar pada 8 Mac 2014, bersama dengan 153 lagi warga China yang lain.

Anak saya adalah orang pertama di kampung kami yang dapat menaiki kapal terbang untuk pergi ke luar negara, katanya dengan bangga ketika ditemu bual, sambil menyelak album gambar kenangan anaknya itu.

Gambar-gambar terakhir anaknya yang bekerja di Malaysia dengan sebuah syarikat telekomunikasi China, ZTE, dimuat turun dari media sosial yang menunjukkan saat-saat ketika beliau sedang bercuti.

Sementara itu, isterinya, Liu Shuangfeng berkata dia sering menangis sehingga tertidur dan telah didiagnosiskan mengalami masalah kemurungan yang teruk akibat daripada kejadian tersebut.

Selepas kehilangan anaknya, Li Eryou mengambil keputusan untuk meninggalkan kampungnya dan turut mengabaikan tanamannya kerana perlu berulang alik ke Beijing bagi mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Malaysia dan Cina.

Ratusan tiket kereta api dan resit dikumpulnya bagi memberi inspirasi kepada dirinya sendiri dalam usaha untuk mencari anaknya itu.

“Walaupun telah lima tahun berlalu, saya tidak akan menyerah dan tidak akan sesekali berputus asa, saya akan terus mencari anak saya sehingga jumpa,” katanya.

Usaha untuk mengesan pesawat MH370 sehingga kini masih lagi tidak menjumpai apa-apa petunjuk yang besar.

Pada Januari 2017, Australia, China dan Malaysia telah mengakhiri pencarian di dasar laut di selatan Lautan Hindi selepas dua tahun melakukannya, yang mana ia telah menelan belanja sebanyak AS$141 juta selepas usaha itu tidak menemui sebarang jejak pesawat tersebut.

Pencarian kedua yang dilakukan selama tiga bulan diketuai oleh firma penerokaan Amerika Syarikat, Ocean Infinity, juga berakhir pada Mei tahun lalu.

Apa-apa pun admin menyeru kepada semua untuk kita doakan agar misteri kejadian ini dapat dibongkarkan dan pesawat serta isinya berjaya ditemui.

Like, komen dan share post ini sebagai tanda sokongan terhadap ahli keluarga dan kenalan mereka yang terlibat.

The post Selain Faizal Tahir, usaha lelaki ini dalam pencarian MH370 wajar dikagumi appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top