RM5000 Hadiah Pertandingan Tidur Dalam Kubur Mendapat Sambutan Hangat Dari Netizen. Setelah Disiasat, Lain pula yang Berlaku

HARI ini tular di aplikasi WhatsApp mengenai pertandingan tidur dalam kubur yang menawarkan hadiah utama berupa pakej umrah dan wang tunai RM5,000.

Mengikut mesej yang telah dikongsikan, pertandingan tersebut akan diadakan di sebuah tanah perkuburan di Ulu Langat pada jam 5 petang, 23 Mac ini.

Selain hadiah lumayan untuk tempat pertama, hadiah tempat kedua juga tidak kurang hebatnya dengan menawarkan wang tunai berjumlah RM3,000 dan cenderamata.

Sementara bagi tempat ketiga pula menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000.

Turut dipaparkan, tujuan pertandingan berkenaan diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa kehidupan akan ada kematian.

Bagaimanapun percubaan Sinar Harian menghubungi Encik Selamat dipercayai penganjur bagi urusan pendaftaran tidak berhasil.

Sebelum itu, seorang pemilik akaun Facebook @Hayalee Ana turut memuat naik satu kenyataan di laman sosialnya itu supaya orang ramai tidak menghubungi nombor telefon rakannya bagi bertanyakan mengenai pertandingan tersebut.

@Hayalee Ana yang turut berkongsi pautan status Facebook rakannya @Julie Chrisne Man yang terganggu apabila ramai pihak yang menghubunginya bagi bertanyakan mengenai pertandingan tersebut
‘Mana ada saya anjurkan Tidur Dalam Kubur’
RM5000 Hadiah Pertandingan Tidur Dalam Kubur Mendapat Sambutan Hangat Dari Netizen. Setelah Disiasat, Lain pula yang Berlaku

PENUNTUT wanita jurusan kejururawatan sebuah universiti awam membuat laporan polis selepas nombor telefonnya ditularkan di media sosial kononnya menawarkan pertandingan Tidur Dalam Kubur.

Malah, menerusi pesanan yang tular sejak pagi tadi, dikatakan bahawa pemenang tempat pertama pertandingan berkenaan akan memenangi wang tunai RM5,000 serta pakej mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Wanita pemilik nombor telefon berkenaan, Julie Christine Martin, 21, berkata, sejak mesej itu tular lebih 500 individu menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApp termasuk panggilan telefon.

Katanya, kerana tidak tahan diganggu dan merasa terancam, dia membuat laporan polis di Balai Polis Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah, kira-kira jam 11 pagi.

“Saya tidak tahu siapa yang menyebarkan nombor telefon saya namun tindakan berkenaan menyebabkan saya rasa terganggu dan tidak selamat.

“Saya bukan beragama Islam sebaliknya penganut agama Kristian, mana mungkin saya menawarkan pertandingan sedemikian yang menawarkan hadiah kemenangan termasuk mengerjakan umrah itu,” katanya ketika dihubungi hari.

Julie berkata, buat masa ini dia akan mengambil tindakan mematikan nombor telefonnya serta akaun media sosial.

Katanya, malah dia juga terpaksa meminta beberapa rakannya untuk menafikan kewujudan pertandingan itu dan memaklumkan bahawa nombor telefonnya disalah gunakan pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak tidak pasti motif mereka tapi ini kali pertama kejadian nombor telefon saya disalahguna pihak tidak bertanggungjawab dan saya berharap hentikan perkongsian mengenai pertandingan itu.

“Saya harap orang ramai jelas dengan penjelasan ini dan berhenti menghuhungi saya. Lagipun, tidak logik jika wujudnya pertandingan seperti itu dan orang ramai sepatutnya menggunakan akal mereka untuk menilainya,” katanya.

Sejak pagi tadi, tular satu pesanan di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp mengenai pertandingan Tidur Dalam Kubur menawarkan hadiah wang tunai kepada tiga pemenang selain pakej mengerjakan umrah.

Menerusi mesej itu, peserta berminat dikehendaki tidur di dalam liang lahad bertutup selama lapan jam pada waktu tengah malam di kawasan perkuburan di Hulu Langat, Selangor dalam pertandingan bakal diadakan pada 23 Mac ini.

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta pakej umrah di Tanah Suci, manakala tempat kedua dan ketiga akan memenangi wang tunai RM3,000 dan RM1,000.

Mereka juga diminta menghubungi individu bernama En Selamat berhubung soal pendaftaran yang menggunakan nombor telefon wanita itu.

Mesej itu turut menyatakan bahawa pertandingan diadakan bagi memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai kematian adalah sesuatu yang pasti berlaku.

SUMBER: HMETRO




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top