Profesional Pun Boleh Silap Tau

Cerita Leftenan Zana yang sedang di tayangkan pada jam 2100 di TV3 sedang viral dan menjadi tontonan semua lapisan umur, tak kiralah dari kanak kanak hingga lah dewasa.

Apa yang menarik cerita ni ye? Min tak tengok sangat biasalah masa tue orang lelaki masih di surau, lepas solat isyak lepak lepak kejap borak borak pasal masalah setempat eeewaaaahhhh.

Orang perempuan ramai lah yang suka cerita Leftenan Zana nie yela katanya sesuai untuk anak anak tonton sekali sebelum mereka masuk tidur. Ada netizen bagitau anak yang tidur boleh terbangun dari tidur bila dengar lagu OST cerita Leftenan Zana… Wah hebat penangan cerita ni.

Ada juga yang bagi tahu anak mereka suka drama ini… setiap kali drama ni mesti duduk diam depan tv dan semua bercita cita nak jadi askar… netizen juga kata cerita ini baik dan dapat menanam semangat cintakan negara serta memberikan pendedahan kerjaya askar kepada anak mereka. Anak anak mereka juga dikatakan suka tengok Sheila Rosli (Sarjan Qamar) walaupun garang gila dalam cerita ni. Habislah saham Janna Nick lepas ni hihihi… siap anak anak terikut tag line Sarjan Qamar “Kau faham tak kadet?”

Dalam keterujaan mereka menonton cerita Leftenan Zana ni ada juga benda pelik yang dapat dilihat dalam cerita ni… Ada je yang perasan benda benda pelik ni. Biase yang perasan adalah pengkritik filem dan drama diluar negara. Kali ni orang kita sendiri yang perasan dan dapat melihat dimana kepelikannya.

Biasalah kan nak perfect semua memang tak boleh lah. Mesti ada salah sedikit di san sini. Nak tengok ke di mana kesilapan dan kepelikkan itu??? Jom tonton Video di bawah ni. Ingat tonton sampai habis ye.

Bagi min biasalah ada salah sikitkan kalau nak sempurna semua payahlah… takpe nanti akan adalah tue penambahbaikkan pada drama akan datang. Apa apa pun min salute lah cerita ni sebab ramai betul penontonnya. sampai ada yang minta buat Leftenan Zana Raya lagi.

Abang abang dan kakak kakak askar komen sikit kat bawah suka ke tak cerita ni.

The post Profesional Pun Boleh Silap Tau appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top