Parti Bujang Nelydia Yang Didedah Rakan Cetus Perdebatan Peminat

Selepas mengadakan majlis Bridal Shower tempohari, Nelydia Senrose tampil menganjurkan Bachelorette Party atau lebih dikenali sebagai majlis bujang sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Bertemakan pakaian tidur dan ditemani rakan-rakan rapat beliau, Nelydia jelas nampak gembira. Tambahan pula beliau menerima pelbagai jenis hadiah yang mahal-mahal.

Kejutan buat bakal pengantin ini tidak hanya disambut meriah dengan ucapan malah, juga ada sesi tari menari sesama mereka.

Berlatar belakangkan lampu neon berkelipan persis kelab malam nampaknya parti bujang ini memang meriah.

Apa yang menarik perhatian di sini adalah beberapa video dan foto cupcakes berbentuk kema|uan dan pay udara wanita.

Cupcakes bentuk tidak sepatutnya

Foto ini telah dimuatnaik menerusi IG Story salah seorang kenalan kepada Nelydia Senrose iaitu Nadiyah Shahab. Kelihatan hidangan manisan yang terdapat di atas meja itu terdapat beberapa cupcakes berhiaskan bentuk yang agak memalukan. Namun begitu mungkin ia hanyalah gurauan dari rakan-rakannya yang membawa cupcakes tersebut sebagai juadah tambahan untuk parti tersebut.

Nelydia sempat memuatnaik video menerusi IG Story akaun rasminya. Bachelorette Party itu telah diadakan pada petang semalam dan dilakukan secara tertutup dihadiri oleh rakan rapat pelakon ini sahaja.

Rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis itu telah datang dengan mengenakan baju tidur berwarna merah dan merah jambu.

Walaupun ianya diadakan bertujuan untuk berhibur semata-mata, namun pandangan masyarakat bawang diluar sana pasti menimbulkan masalah kepada Nelydia apabila bentuk cupcakes dipartinya itu menjadi bahan ulasan panjang lebar para peminat.

Apa pun semoga Nelydia bergembira menikmati sisa sisa masa bujangnya bersama rakan-rakannya itu. Lepas ni mungkin sedikit sukar apabila dah berumahtangga. Balik shooting nk kena masak, jaga anak, basuh kain baju dan lain-lain rutin seorang isteri.

Diharapkan perkahwinan beliau kekal ke anak cucu dan berbahagian disamping keluarga tersayang.. Amin

Jom layan video parti Nelydia :

Sumber : youtube pinky minky

The post Parti Bujang Nelydia Yang Didedah Rakan Cetus Perdebatan Peminat appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top