Mama mai ambik adik. Ini Luahan Sayu Ibu Aleya, Bongkar Perangai Sebenar Teman Lelaki Setelah May4t Aleya Dijumpai.

ACHIK, Aleya dah m4ti…itu kata anak lelaki suami isteri terbabit berusia empat tahun ketika saya ke rumah mereka menyebabkan hati ini kuat mengatakan anak saya sudah tiada (men1nggal dunia),” kata Rosmaliah Samo, 32, ketika ke rumah keluarga itu pada 22 Februari lalu.

Bagaimanapun dia yang berasa tidak sedap hati kemudian sekali lagi ke rumah pasangan terbabit di Kuarters Hospital Langkawi keesokan harinya namun kanak-kanak terbabit memberitahu bapanya sudah menyerahkan Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, kepada orang lain.

Katanya, ketika itu dia mengesyaki sesuatu tidak kena dan antara percaya atau tidak anaknya sudah men1nggal dunia kerana mustahil seorang budak bercakap bohong.

“Lelaki itu ada datang ke hostel berhampiran tempat kerja saya dan berjumpa seperti biasa, namun berdolak dalih memberitahu anak saya dalam keadaan sihat di bawah jagaannya dan dia akan bawa bertemu dengan saya tidak lama lagi.

“Kami menjalinkan hubungan sulit selama empat bulan dan lelaki itu membawa saya pulang ke rumahnya di kuarters dan memperkenalkan saya sebagai rakannya kepada isteri yang juga jururawat di hospital berkenaan,” katanya ketika ditemui di sebuah restoran di Pantai Cenang, Langkawi, hari ini.

Rosmaliah berkata, sepanjang tinggal di kuarters itu, hubungannya dengan isteri lelaki berusia 40 tahun itu sangat baik.

Bagaimanapun, menurutnya, wanita itu berjaya menghidu hubungan sulit mereka apabila tersilap berbalas WhatsApp dengan isterinya melalui telefon bimbit lelaki berkenaan.

Katanya, dia kemudian keluar dari rumah berkenaan sejak 27 Januari lalu untuk bekerja di kedai makan dan sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah bertemu dengan Nur Aisyah Aleya.

“Disebabkan rindu untuk bertemu dengan anak, saya pergi ke rumah mereka pada 22 dan 23 Februari lalu tetapi kecewa apabila dimaklumkan anak saya tiada dalam jagaan mereka.

“Berikutan itu, saya ke Pulau Pinang dan pulang semula ke sini pada 28 Februari lalu sebelum suami isteri itu datang bertemu saya dan memujuk tinggal bersama mereka, tetapi saya enggan kerana mereka tidak mahu memberitahu di mana anak saya berada,” katanya.

Rosmaliah berkata, sepanjang tinggal bersama lelaki itu di kuarters berkenaan, anaknya pernah ditampar beberapa kali di depan matanya malah dia pernah dipukul lelaki itu.

Katanya, selain itu, seluruh badan anaknya pernah mempunyai kesan lebam dan kesan dicucuh api rokok selain kulitnya melecur seperti disiram air panas.

“Ketika tinggal bersamanya di kuarters itu, saya cuba untuk melarikan diri tetapi dihalang teman lelaki kerana dia mengunci mangga pintu.

“Isterinya pernah memberitahu yang suaminya pernah membawa perempuan lain pulang dan tinggal bersama di kuarters sebelum ini menyebabkan saya tak kisah apabila dia bawa saya pulang ke rumah itu.

“Dia seorang yang panas baran dan suka pukul kalau tak ikut cakap dia, malah isterinya pernah menjadi mangsa dan saya kurang yakin isterinya terbabit bersubahat dalam perkara ini,” katanya.

Rosmaliah berkata, dia hanya mengetahui tengkorak dan rambut anaknya ditemui di kawasan semak di Gunung Raya, Langkawi melalui portal Harian Metro pagi tadi dan terkejut dengan apa yang berlaku pada anaknya itu.

Katanya, dia bermimpi anaknya datang kira-kira dua minggu lalu, rupa-rupanya ketika itu anaknya sudah men1nggal dunia.

“Dalam mimpi saya, Aleya datang dan memberitahu ‘Mama mai ambik adik’ dan tidak lama selepas itu, mimpi hilang menyebabkan saya tidak sedap hati.

“Selama ini, Aleya tidak pernah mempunyai penyakit sawan seperti yang didakwa lelaki itu dan mungkin itu alasan diberikannya sebaik melihat anak saya sudah men1nggal dunia.

“Saya dijangka melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Langkawi, esok untuk siasatan lanjut,” katanya

Artikel Berkaitan: “Kerap dengar tangisan budak”- Akhirnya Jiran Buka Mulut Dedah Dengar Sesuatu pada Jam 1 pagi.

LELAKI yang membuang m4yat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, mendakwa melakukan perbuatan itu kerana panik selepas isterinya yang juga seorang jururawat memberitahu kanak-kanak berkenaan sudah tidak bernyawa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, siasatan awal polis, suspek mendakwa mangsa tiba-tiba jatuh sakit dan dia meminta isterinya memeriksa kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, menurutnya, wanita itu memberitahu mngsa sudah m4ti menyebabkan lelaki terbabit panik kemudian membuang mayat mangsa ke Jalan Gunung Raya, Langkawi.

“Setakat ini dia (suspek) mendakwa mngsa jatuh sakit, namun kita masih menyiasat motif sebenar dia bertindak sedemikian.

“Dakwaan mangsa mengalami sawan juga tidak boleh disahkan lagi kerana masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kehilangan Nur Aisyah Aleya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, selepas pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.

Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan m4yat Nur Aisyah Aleya yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung Februari lalu ditemui di Gunung Raya, Langkawi, hari ini.

Artikel berkaitan: Hanya cebisan rambut, tengkorak Nur Aisyah

Mama mai ambik adik. Ini Luahan Sayu Ibu Aleya, Bongkar Perangai Sebenar Teman Lelaki Setelah May4t Aleya Dijumpai.

MENYEDIHKAN. Itu dapat digambarkan apabila hanya cebisan rambut dan tengkorak kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemui di Jalan Gunung Raya di Langkawi, hari ini.

Mangsa, Nur Aisyah Aleya Abdullah, sebelum ini dilaporkan hilang ketika dijaga suami isteri, pertengahan bulan lalu, sebelum dia dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibuang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, berkata, mangsa ditemui selepas polis menahan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun di Ampang, Selangor, jam 4 petang semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, suspek lelaki membawa polis ke lokasi sebelum menunjukkan tempat mayat kanak-kanak itu dibuang jam 11 pagi ini.

“Menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia mayat ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak.

“Cebisan rambut dan tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.

Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kedua-dua suspek akan direman esok pagi dan disiasat mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kehilangan Nur Aisyah Aleya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, selepas pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.

Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

Artikel berkaitan: Kerap dengar tangisan budak

Mama mai ambik adik. Ini Luahan Sayu Ibu Aleya, Bongkar Perangai Sebenar Teman Lelaki Setelah May4t Aleya Dijumpai.

“SAYA kerap terdengar suara kanak-kanak menangis yang berlarutan pada waktu malam tetapi tak syak apa-apa kerana mungkin suara anak kakitangan di kuaters ini.

“Tetapi ada kalanya saya nak sangat naik ke rumah di tingkat atas (rumah suspek) tetapi membatalkan niat itu kerana memikirkan ia perkara biasa di kediaman ramai keluarga,” kata Mohd Faizal Zakaria, 49.

Mohd Faizal berkata, suara kanak-kanak itu didengari sekitar jam 1 pagi, namun suara suami isteri tidak dengar.

Katanya, dia tidak mengetahui ada kanak-kanak lain tinggal bersama suami isteri itu kerana mereka mempunyai empat anak yang masih kecil.

“Saya kenal dengan suspek lelaki itu dan kali terakhir berjumpa dengannya minggu lalu ketika dia baru pulang menghantar isterinya ke tempat kerja tetapi tak nampak apa-apa mencurigakan.

“Mereka tinggal di tingkat tiga dan saya tinggal di tingkat dua. Namun, suami isteri itu kelihatan tenang dan baik dengan jiran tetangga,” katanya ketika ditemui di Kuaters Perumahan Kakitangan Hospital Langkawi, di Langkawi, hari ini.

Mohd Faizal berkata, dia tidak mengetahui ada wanita Indonesia yang disyaki menjalinkan hubungan dengan suspek lelaki tinggal sementara itu di kuaters itu sebelum hubungan mereka diketahui isteri suspek.

Katanya, dia terkejut apabila mengetahui kejadian itu dan melihat kehadiran polis pagi tadi untuk menyiasat kejadian itu.

“Tak sangka kejadian ini berlaku di kuaters ini dan ia amat mengejutkan.

“Setiap pagi lelaki itu hantar isterinya pergi dan pulang dari kerja kerana dia tidak bekerja,” katanya.

Mohd Faizal berkata, ketika bertemu minggu lalu, suspek ada menegurnya dan kerap ternampak dia bersama anak-anaknya, tetapi kanak-kanak malang itu tidak kelihatan.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di lokasi mendapati, suami isteri itu dibawa ke lokasi dengan dua kenderaan berasingan ke kuaters berkenaan.

Selain itu, pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan K-9 tiba di lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut di tingkat tiga bangunan itu.

Artikel berkaitan: m4yat Nur Aisyah disumbat dalam beg pakaian

MAYAT Nur Aisyah Aleya Abdullah dibawa suspek lelaki dalam beg pakaian sebelum dibuang ke gaung di Jalan Gunung Raya, Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu men1nggal dunia pada 16 Februari lalu.

“Mangsa dilaporkan mengalami sawan ketika berada bersama suspek dan sejurus itu berlaku pertengkaran antara suspek dan isterinya.

“Dalam usaha merawat mngsa, suspek lelaki mendakwa menepuk belakang mngsa beberapa kali sehingga tidak sedarkan diri,” katanya pada sidang media, di Langkawi.

Mohd Iqbal berkata, panik dengan keadaan itu, suspek lelaki memasukkan mngsa dipercayai sudah men1nggal dunia ke dalam beg pakaian.

“Suspek mengaku membuang beg pakaian itu ke dalam gaung. Bagaimanapun polis hanya menemui cebisan rambut dan tengkorak mangsa, hari ini,” katanya.

Terdahulu, sebaik polis menerima laporan ibu mngsa, beliau berkata, polis mengunjungi rumah yang didiami pasangan itu tetapi tidak berpenghuni.

“Pasangan itu dipercayai melarikan diri sejak Jumaat lalu berdasarkan rekod yang diperoleh daripada syarikat pengangkutan.

“Pasangan itu juga turut membuat pertukaran sekolah anak mereka ke Johor, tetapi mereka ditahan di Ampang, Selangor,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan m4yat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu sudah ditemui di Gunung Raya, Langkawi hari ini.

Sumber : naluri kini




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top