Kes Selesai, Namun Pembantu Peribadi Che Ta Bakal Berhadapan Dengan Implikasi Ini Pula

“Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2000 hari ini. Tapi dengan apa yang dia (Muhammad Riduan) sudah lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fit nah dan mema|ukan, kami akan ambil tindakan tegas.

“Kami sudah berhubung dengan pegguam untuk tindakan mah kamah. Malah kami juga nak buat sam man ma|u dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka,” itu kata Rozita Che Wan atau Che Ta menjawab isu kononnya pemandu peribadinya bernama Muhammad Riduan tidak dibayar gaji dan teraniaya.

Semalam kecoh apabila jejaka berusia 21 tahun menularkan cerita berkenaan di laman sosial. Malah difahamkan teman rapatnya juga bertindak agresif dengan melancarkan ‘per ang’ menulis komen meminta gaji itu dibayar. Tak kurang juga yang menyebarkan kata kata negatif berbaur has utan kononnya isteri kepada Zain Saidin ini menganiaya lelaki berkenaan.

Malah mereka juga mahu mengambil tindakan supaya pihak Instagram menyekat akses akaun Che Ta dan suaminya. Pada masa sama, pelakon Kiah Pekasam itu turut memberitahu, dia tidak pernah langsung tidak membayar gaji pekerjanya.

“Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. Cuma untuk bulan Februari saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji. Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa.

“Bulan Februari saya banyak urusan kerja luar dan tak dapat masuk ke pejabat. Semalam pada tarikh 6 Mac saya baru masuk pejabat. Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia nak isukan cek kepada pembantu peribadi, tiba-tiba dia buat hal viralkan perkara ini”.

“Saya asalnya nak sudah nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,” jelasnya lagi.

Menurut beliau, pada bulan Februari saja lelaki itu bercuti selama 12 hari.

“Dia hanya bekerja 16 hari saja. Tapi saya masih nak bayar gaji penuh kepadanya iaitu sebanyak RM2,000. Tapi Zain sendiri cakap dengan jumlah kerjanya pada bulan Februari, patut dibayar RM1000 saja. Namun selepas dipertimbangkan, saya nak bayar kepadanya RM1500.

“Dia cakap tak mahu kerja dengan saya lagi dan tarikh akhir bekerja pada 23 Februari. Mungkin sebab sedar diri kerjanya tak bagus dan rasa tak terjamin, maka mulalah nak tularkan benda yang sebaliknya. Buat cerita itu dan ini demi menutup kesalahan diri,” katanya.

Che turut menegaskan yang lelaki itu juga menunjukkan prestasi kerja yang hambar.

“Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari jam 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur).

“Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.

“Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini. Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri.

“Daripada awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang. Tapi dalam sepanjang tempoh itu bukan dia kena bekerja pun. Dalam seminggu pun ada kalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada dalam KL, tugasnya tidak diperlukan. Malah ada kalanya, Zain yang menjadi pemandu,” katanya.

Sementara itu, Che Ta turut mengakui tidak pernah mempunyai dan berdepan dengan masalah dengan pemandu peribadinya.

“Dulu pernah ada pemandu peribadi yang bekerja sampai 10 tahun dengan saya. Begitu juga pemandu seterusnya. Kedua mereka menunjukkan sikap yang baik dan rajin. Tapi yang kali ini, sebaliknya.

“Ingat lagi masa awal dia (Muhammad Riduan) ditemubual untuk menjadi pemandu peribadi, siap cakap … kalau tak bagus khidmatnya.. sanggup cakap tak dibayar gaji. Banyak kesalahan dan sikapnya yang melanggar etika.

“Tapi tidaklah sampai saya terfikir nak merakam atau ambil gambar sebagai bukti. Kalau ada semua bukti sebegitu, saya rasa baru dia tahu langit ini tinggi atau rendah. Tak terdetik langsung nak buka aib dia ,” jelas Che Ta lagi.

Bagaimanapun, Che Ta secara peribadi menyifatkan lelaki itu seorang yang baik, namun masih terlalu muda dan belum cukup matang.

“Ketika sebut kesalahannya waktu bekerja, dia sendiri mengakuinya. Dia sedar yang tak patut buat kerja lain jika ia mengganggu prestasi kerja. Dia pernah terlelap waktu ketika kami dalam perjalanan ke Johor.

“Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai.

“Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi. Dengan cara budi bahasa dimilikinya, dia takkan tulis sebegitu,” kata Che Ta panjang lebar.

Sementara itu,

Menerusi entri terbaru yang dimuatnaik Muhammad Riduan sebentar tadi, dia menjelaskan kemelut yang berlaku telah selesai selepas pelakon, Rozita Che Wan dikatakan sudah membayar tunggakan gaji selain isu melibatkan nombor pendaftaran kereta.

Menerusi laman Facebook bekas pemandu peribadi pelakon itu, Riduan menyatakan pelakon itu telah membayar RM2000 jumlah gaji dan saman berjumlah RM300. Dia juga memohon agar netizen berhenti mengecam isteri kepada Zain Saidin sementelah kes telahpun selesai dengan baik.

Berikut adalah petikan yang diambil daripada media sosialnya :

Assalamualaikum Sahabat semua, Alhamdulillah kes saya ni dah settle dengan berkat doa dan bantuan anda semua gaji saya untuk bulan februari dan saman no plat kenderaan che ta dah settlekan..Terima Kasih untuk segalanya tanpa anda semua tak mungkin saya mampu hadapi seorang diri.

“Ribuan terima kasih kepada Abg Helmy Nordin dan rakan2 yg lain yg saya tidak mentioned disini kerana terlalu ramai yg membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini..Disini saya ingin meminta jasa baik semua untuk berhenti mengencam Che ta kerana dia sudah menyelesaikan apa yang patut dia selesaikan.”

Menurut lelaki ini juga, walaupun pelakon Kiah Pekasam ini menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dia menolak atas alasan apa yang berlaku bukan berpunca darinya.

Dia meminta saya untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka yg akan dibagi peguamnya untuk menjelaskan penyelesaian perkara ini tetapi saya mengikut nasihat dari abg Helmy Nordin untuk tidak membuat pengakuan maaf secara terbuka itu oleh kerana itu bukan salah saya.”

Jelas Riduan, apa yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran oleh pihak majikan agar tidak mengambil ringan isu sebegini.

Untuk peringatan majikan mana2 sahaja diluar sana ambil lah apa yg terjadi pada saya ini sebagai pengajaran dan jangan ingat kami sebagai driver ni tiada maruah dan bukannya hamba abdi yg boleh dipergunakan sesuka hati tanpa kerelaan.

“Dan jangan pernah mencabar kuasa viral siapa yg lagi kuat kerana itu yg akan memakan diri sendiri dan Allah itu maha Adil, Siapa yang benar pasti akan menang walaupun sesukar mana pun perkara itu.

Saya harap anda semua jangan menge cam Che ta lg di facebook dan akaun instagramnya kerana perkara ini sudah diselesaikan di antara dua belah pihak..Kepada yg memberi sumbangan Saya ucapkan Jutaan terima kasih di atas jasa dan simpati anda terhadap saya..Saya tak mampu untuk membalasnya tapi Allah yg akan membalas segala jasa baik anda semua terhadap saya dan alhamdulillah duit sumbangan anda itu saya gunakan untuk membayar apa yg patut saya bayar..Bagi saya anda semua la Saudara saya dunia dan akhirat..Semoga Allah memberkati anda semua dengan limpahan rezeki dan kerjayaan dunia akhirat..Aamiin ya rabal al’amin.”

Kes menjadi tular apabila lelaki ini memuat naik sebuah posting mendakwa pelakon jelita ini sengaja menangguhkan pembayaran gaji daripada tarikh yang sepatutnya.

Malah, Che Ta juga turut memuat naik status di Insta Stories, yang didakwa peminat ada kaitan dengan kes yang berlaku.

Foto – Facebook Muhammad Riduan

Sumber : MH

The post Kes Selesai, Namun Pembantu Peribadi Che Ta Bakal Berhadapan Dengan Implikasi Ini Pula appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top