Kasih Seorang Ibu

Pepatah ada mengatakan, kasih ibu hingga ke syurga. Setiap umat manusia, pasti mempunyai ibu. Ibu adalah insan atau individu yang bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan kita semua ke dunia ini.

Beza, adakah kita diberi nikmat untuk merasa kasih seorang ibu atau tidak.

Ada yang diberi keindahan mempunyai ibu, ada yang lahir ke dunia ini tanpa dapat merasai kasih sayang seorang ibu. Ramai yang dapat kasih sayang seorang ibu dari kecil hingga dewasa. Bangun pagi je dah siap sarapan, tahu tak jam berapa ibu anda bangun menyiapkan sarapan tersebut??? Adakah anda bertanya???

Kalau tak bertanya pun adakah anda pernah mengucapkan terima kasih??? Fikirkan sejenak jika tak pernah pergilah rangkul dan ucapkan segera sementara ibu masih ada.

Ada juga yang tak pernah merasai kasih sayang seorang ibu kerana ibunya telah pergi menghadap illahi terlalu awal. Jadi kepada yang ada ibu hargailah ibu anda.
Pernah kah anda terfikir dan terlihat wajah keletihan ibu anda dalam menguruskan rumah tangga 24 jam, tetapi adakah anda nampak bibirnya yang masam??? Selalunya kita hanya nampak bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman, sentuhannya penuh kelembutan, dan kata-katanya sentiasa berbaur dorongan serta semangat. Syurga sahaja selayaknya tempat ibu.

Di sini saya tertarik untuk berkongsi iklan yang sangat menyentuh hati apabila melihatnya. Perasaan rindu pada ibu di kampung semakin membara. Jom layan video ini dahulu memang tak mengecewakan.

Dijamin Menangis Nonton Iklan Thailand Tentang Ibu Ini

Dijamin Menangis Nonton Iklan Thailand Tentang Ibu Ini

Posted by Tinta Cerita on Tuesday, 26 February 2019

Jangan lupa ambil telefon call ibu dan ucapkan terima kasih kepada beliau.

The post Kasih Seorang Ibu appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top