Kanntoi menyamar pelajar tahfiz, dua remaja ini terima akibatnya

Malaysia merupakan di antara negara yang mudah untuk menerima pelancong dari luar dan sering menjadi destinasi wajib dalam kalendar pelancongan.

Ciri-ciri kedamaian, keamanan, keselamatan serta kemakmuran yang dimiliki menjadikan Malaysia sebagai pilihan untuk dikunjungi.

Selain daripada ratusan lokasi semulajadi yang menarik, Malaysia juga menyajikan hidangan hidangan yang lazat kepada kepada tetamunya.

Ternyata kedamaian serta kemakmuran yang dimiliki bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong asing bahkan menjadi pilihan warga negara asing untuk mencari rezeki di sini.

Lihat saja lah lambakan pekerja pekerja asing di negara kita. Bangla, China, Indonesia, Nepal, Pakistan, Filipina, Thailand dan tak terkecuali juga dari Eropah dan Afrika. Ada yang datang dan menetap dengan menggunakan permit yang sah, ada juga yang hadir secara haraam.

Walaupun terdapat banyak operasi yang dijalankan, tetapi pekerja pekerja asing tanpa permit yang sah ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka berada dan boleh dilihat di setiap pelusuk negara.

Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Walaupun telah ditangkap dan diusir keluar, masuk pula orang yang baru. Tak habis habis.

Kalau setakat datang melancong atau mencari kerja yang halal tu ok la lagi. Ini ada pula yang melakukan jennayah dan penipuuan.

Salah satu taktik penipuuan yang admin dapat kesan adalah mereka ini sering bergerak ke seluruh pelusuk negara dengan cara mencari derma. Pelbagai alasan diberikan seperti nak dirikan masjid di negara mereka, mencari sumbangan untuk rumah anak yatim ataupun tahfiz.

Mungkin sebab rakyat Malaysia ni ramai yang baik hati dan peramah rasanya. Sebab itu la mereka berani untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi sasaran untuk melaksanakan modus operandi mereka.

Selalunya kalau yang datang bawa orang buta jual tisu tu admin bagi le jugak seringgit dua. Dapat la jugak tisu. Walhal modal untuk tisu tu berapa puluh sen je pun.

Tapi kalau yang datang sekadar tadah tangan minta duit ni susah sikit la dorang nak merasa duit admin. Tambah tambah la kalau asyik muka yang sama je. Takkan le tak cukup cukup lagi duit yang dorang kutip.

Ada yang admin tengok sampai dah boleh hidup mewah dengan duit kutipan yang dorang dapat. Pondok tahfiznya pula nampak elok sikit je daripada reban ayam.

Tak tau la berapa ramai yang sekepala dengan admin, tapi ada jugak yang kata, kalau nak derma tu derma jela. Tak kisah la orang yang kutip tu menipu atau nak buat apa pun dengan duit tu, asalkan kita dah jalankan tanggungjawab kita menderma. Hmmmm.. korang setuju tak?

Lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan.

Sedang admin lepak minum kat kopi bintang ni, admin terjumpa sebuah viideo ni.

Seorang brader ni merakam dua orang remaja yang dikatakan cuba meniipu dengan membuat kutipan derma dengan menggunakan nama tahfiz. Mari kita tengok macam mana brader ni handle mereka. Tang part last tu memang terbaik dia bagi.

Kena periksa orang yang kutip derma untuk apa-apa sahaja

Kena periksa orang yang kutip derma untuk apa-apa sahaja

Posted by Sembang Warung Teh Tarik on Sunday, 27 January 2019

Walaupun ramai yang komen kata tak baik beliau mendedahkan aiib orang lain tapi pada admin ini la cara yang terbaik untuk mengajar penipuu macam ni.

Selain tu, dapat jugak bagi teladan pada orang lain untuk tak mudah percaya secara membuta tuli.

Cara brader tu juga sepatutnya dapat dijadikan pengajaran dan amaran kepada orang lain supaya jangan sesekali berani untuk buat kegiatan yang tak bermoral camni.

So, korang yang kat luar tu beringat la sama ye. Buat baik tu biarlah berpada pada. Buat jahatt camni jangan sesekali.

Korang boleh share post ni supaya lebih ramai lagi akan terima manfaat.

Like, komen dan share Lubok Viral.

The post Kanntoi menyamar pelajar tahfiz, dua remaja ini terima akibatnya appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top