Isu Shuib bergambar bersama Ameera Khan, ini respon padu Siti Sarah

Dikatakan menumpang populariti kakaknya, Ameera Khan sentiasa mempunyai cara yang tersendiri bagi memastikan beliau sentiasa berada dalam radar peminatnya.

Instafemes yang juga merupakan adik kepada selebriti terkenal negara, Neelofa, terus kekal relevan kepada dunia industri hiburan tanah air. Oopps, artis ke dia ni? Hehe.

Tidak sunyi daripada aksi yang mengundang kontraversi, Ameera Khan sebenarnya bijak bagi meraih popularitinya sendiri dan peluang itu digunakan sepenuhnya untuk menjadikan beliau pilihan pengeluar produk bagi mempromosikan produk mereka.

Terkenal dengan berimej sekso, semestinya beliau menjadi sasaran mudah bagi lelaki lelaki yang umpama kuching mencari ikan.

Sebelum ini beliau pernah menggemparkan negara dengan beberapa kisah seperti memperlekehkan pengguna handphone jenama sam sung dengan caption eeuuuww, Sam Sung?

Tak cukup dengan itu, rakaman beliau sedang bersenam di Gym juga menjadi bahan perbahasan warganet Malaysia. Katanya terlalu mencolok mata. Betul ke? Jom tengok.

Pada admin biasa biasa je kan? Kalau kita lihat, kakaknya pada satu ketika dahulu pun berimej yang hampir serupa. Tak hairan la boleh tersenarai sebagai juara Dewi Remaja kan?

Tapi itu la, manusia ni boleh berubah. Hidayah bukannya kita yang tentukan.

Kini kakaknya telahpun berhijrah kepada imej bertutup litup. Admin pun harapkan perkara yang sama berlaku kepada Little Khan ni.

Beliau yang sebelum ini pernah dikatakan meniru gaya Kylie Jenner yang juga disebut menumpang populariti kakak tirinya Kim Kardasian. Sama ke?

Biasa la kalau dah terkenal ni. Taste pun mesti la nak yang high standard kan?

Walaupun tidak pandai beraksi di dapur, Ameera Khan menyatakan bahawa beliau tidak berminat untuk menjadikan Abe Abe Kelate sebagai calon suaminya. Boleh dengar molek molek deh apo dio kecek ni.

Huk huk huk. Melepas le key cik abe Kelate sumo.

Baru baru ni admin lihat ada sebuah gambar Ameera Khan sedang berduaan dengan seorang selebriti komedi terkenal negara iaitu Shuib Sepahtu.

Gambar itu dirakam dan dimuat naik sendiri oleh Shuib di laman instargram beliau. Shuib bukan jejaka Kelantan kan? Ada can la beb. Hehehe.

Post tersebut telah mendapat maklumbalas daripada peminat dan juga rakan rakan Shuib. Ada ramai yang mengusik termasuklah rakan beliau iaitu Johan.

Tidak terkecuali untuk meninggalkan komen adalah isteri beliau sendiri, Siti Sarah Raisuddin.

Kita sememangnya mengetahui bahawa pasangan ini merupakan sebuah pasangan romantis yang saling mengusik antara satu sama lain. Gelagat mesra dorang sering dimuatnaik ke laman media sosial untuk dijadikan tontonan kepada ramai peminat.

Namun begitu, kali ini Siti Sarah tidak memerlukan komen yang panjang bagi menegur tindakan Shuib itu.

Hanya dengan satu ikon saja dah cukup untuk membuatkan Shuib untuk tidur di luar rumah. Nasib kau la Shuib.

Apa yang lagi kelakar adalah komen dari Johan yang mengibaratkan tindakan Siti Sarah tu akan membuatkan Shuib berasa seperti sedang seronok layan lap motor di selekoh, tiba tiba ada pak polisi sedang buat roadblock. Hahaha. Memang boleh biru muka dibuatnya.

Itu la kisah yang admin nak kongsi untuk korang kali ni. Nak bergambar dengan individu yang berlainan jantina tu boleh je, tapi janganlah sampai buatkan isteri korang terasa hati. Kena sama sama jaga la kan? Hehehe.

The post Isu Shuib bergambar bersama Ameera Khan, ini respon padu Siti Sarah appeared first on Lubok Viral.




Post a Comment

0 Comments