Harith Iskander Berhadapan Dengan Saman RM40 Juta Yang Dikemukan Oleh Pihak Penganjur Pertandingan Lawak Ini

PELAWAK Harith Iskander berhadapan dengan saman berjumlah AS$10 juta (RM40 juta) yang dikemukan oleh pihak penganjur pertandingan Funniest Person in the World yang diadakan pada 2016.

Saman itu difailkan oleh syarikat Laugh Factory sebagai saman balas selepas Harith memfailkan saman terhadap pihak tersebut atas dakwaan gagal melunaskan bagi wang kemenangannya berjumlah AS$70,000 (RM280,000) daripada AS$100,000 (RM400,000) selepas menjuarai pertandingan itu.

Laugh Factory dalam saman tersebut meminta ganti rugi berhubung pelanggaran cap dagangan, penyelewengan rahsia perdagangan, pelanggaran kontrak, persaingan tidak adil dan gangguan disengajakan dengan kelebihan ekonomi calon.

Syarikat itu turut memohon mahkamah membatalkan keuntungan Harith dan ganti rugi punitif.

Menerusi dokumen mahkamah seperti dilaporkan Hollywood Reporter, Harith didakwa menciplak rahsia perdangan manakala pemilik Laugh Factory Jamie Masada mendakwa pelawak itu yang mendekati pihaknya untuk menyertai pertandingan itu.

Jamie mendakwa Harith menghubungi wakil Laugh Factory yang bertanya tentang membawa jenama itu ke Asia selain berhubung pertandingan tersebut.

Pihaknya turut menyangkal melanggar sebarang perjanjian yang dibuat dengan Harith sebelum ini.

Dalam kertas tuntutan itu, Jamie turut mendakwa, Harith menawarkan untuk membuka kelab-kelab Laugh Factory di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta selain mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah ‘silent partner’ dalam perniagaannya.

Bagaimanapun usaha itu tidak pernah dilaksanakan dan pihak Laugh Factory mendakwa ia adalah penipuan.

Saman itu difailkan pihak Laugh Factory pada 27 Februari lalu di mahkamah di California, Amerika Syarikat.

Berhubung hadiah kemenangan Harith, Jamie mendakwa dia memberitahu Harith dalam surat bertulis bahawa pemenang mesti membuat sepuluh kemunculan di Amerika untuk mengadakan persembahan dan wang kemenangan itu akan dibayar sebanyak 10 kali dan mereka mendakwa Harith gagal memenuhi syarat itu selain menipu untuk menang.

Sementara itu, Harith dalam responsnya terhadap saman itu menafikan tuduhan mengaitkan dirinya dengan Najib adalah sama sekali tidak benar dan akan menyerahkan saman itu kepada peguamnya.

Kata Harith, dia tidak dapat mengawal sebarang dakwaan dan tuduhan tidak berasas terhadapnya dan menjelaskan dia hanya menuntut haknya sahaja.

“Saya cuma seorang pelawak dari Malaysia yang hanya berniat untuk membuatkan negara saya berbangga dengan memenangi pertandingan antarabangsa dan saya cuma meminta hak yang dijanjikan sebagai pemenang. Tidak lebih, tidak kurang.

“Pada tahap ini sebenarnya saya sudah membelanjakan lebih daripada apa yang saya terima.

Saya tetap dengan dengan fakta dan tidak dapat mengawal sebarang gosip dan sebarang penyebaran tuduhan tidak berasas,” ujarnya menerusi catatan di Facebook.

SUMBER:MSTARonline




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top