Eiiiiiiy Bangau Betoii, Kata-Kata Uncle India Ini Mencuit Hati Warganet Apabila Ulas Pasal Isu PPR Taman Manggis

3 hari lepas puluhan keluarga dihalau keluar dari rumah PPR di Taman Manggis Pulau Pinang walaupun tanpa waran atau perintah mahkamah. Mereka diseret keluar, pintu rumah dikunci, bapa yang tidak mengikut kehendak pihak berkuasa dita han, anak-anak menangis tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Yang dikesalkan, penguatkuasa yang hadir juga mengikut telunjuk pemimpin mereka dalam menghalau penduduk-penduduk.

Penyewa termasuk ahli keluarga yang berada di kawasan parkir PPR berkenaan untuk berhimpun kemudiannya bertindak berdiri di hadapan rumah masing-masing bagi menghalang pegawai perumahan mengunci serta menyita rumah mereka.

Difahamkan, lapan penyewa telah mendapat notis untuk mengosongkan rumah tersebut bermula hari ini namun masih enggan berpindah dan rumah mereka telah dikunci oleh pegawai Bahagian Perumahan kerajaan negeri hari ini.

Kesemua mereka diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing selepas hilang kelayakan menduduki rumah PPR termasuk melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing.

Seorang penyewa, Nazrimah Jamal Abidin, 44 berkata, dia mempunyai lapan orang anak berusia 24 hingga empat tahun dan empat daripanya masih bersekolah.

“Saya sedar suami merupakan warga asing (Penduduk Tetap), tetapi kami telah tinggal di sini sejak 14 tahun yang lalu dan pada ketika itu tidak ada masalah untuk kami menyewa di sini.

“Saya tidak bekerja dan suami hanya bekerja sebagai buruh kontrak dengan pendapatan harian, kami tak mampu cari rumah sewa lain,” katanya di sini hari ini.

Nampaknya kisah penguusiran beramai-ramai yang dilakukan oleh PBT tersebut telah mendapat perhatian dan liputan meluas oleh media elektronik dan s0sial tempatan.

Terkesan dan simpati dengan nasib yang menimpa mereka yang diusir, rata-rata yang mengikut rapat isu ini tampil meluahkan rasa ma rah dan tidak bersetuju dengan cara dan kaedah yang diambil oleh pihak berkuasa.

Salah satu video yang dikongsikan ini merupakan luahan perasaan seorang pakcik india yang kelihatan begitu geram namun gaya percakapan dan perumpamaan yang digunakan mencuit hati penonton.

“Eiiiii, bangau betoi” katanya

Jom saksikan..

Adakah Penang satu Negara Asing?soalan dari US Subra.Tanggungjawap Kerajaan menyediakan pekerjaan,kebajikan,keselamatan serta kemudahan seperti Negeri lain.bukan pasal tak bayar Sewa bolah kunci atau halau penyewa .#PHancingKredit – Subramainam Batumalai

Posted by Lemuria Pohnpei on Wednesday, 6 March 2019

Dalam pada tu, komen yang dikongsikan oleh penonton pun turut mencuit hati.

Lubokviral

The post Eiiiiiiy Bangau Betoii, Kata-Kata Uncle India Ini Mencuit Hati Warganet Apabila Ulas Pasal Isu PPR Taman Manggis appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top