Caranya itu membahayakan nyawa orang lain. Ini Respond Terkini Che Ta Selepas bayar gaji pemandunya. Bakal saman malu bekas pemandunya

KUALA LUMPUR: “Saya sudah bayar gajinya, hari ini, tetapi apa yang dia lakukan dengan mengada-adakan cerita tidak benar dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas.

“Kami sudah berhubung dengan peguam dan mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka, selain saman malu kerana perbuatannya itu menjatuhkan air muka kami,” kata pelakon, Rozita Che Wan.

Mengulas isu dakwaan bekas pemandu peribadinya yang mengatakan, dirinya dianiaya apabila tidak dibayar gaji yang tular di media sosial, semalam, Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, dakwaan lelaki berusia 21 tahun itu tidak benar sama sekali.

“Gajinya pada bulan pertama dibayar seperti biasa, cuma untuk bulan lalu, saya terlambat bayar memandangkan tidak sempat masuk ke pejabat. Kebiasaannya, saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum hari ketujuh bulan seterusnya.

“Cuma, bulan lalu, saya banyak urusan kerja luar dan tidak sempat masuk pejabat. Baru semalam saya masuk pejabat untuk menyelesaikan semua urusan, termasuk bayaran gaji. Tidak sangka, tiba-tiba dia tularkan isu ini,” katanya.

Che Ta mendakwa, sepanjang bulan lalu, lelaki itu hanya bekerja 16 hari, seterusnya memaklumkan, mahu berhenti kerja dengan tarikh akhir bertugas pada 23 Februari lalu.

“Saya masih mahu bayar gaji penuh iaitu RM2,000, walaupun dia hanya bekerja 16 hari. Zain ada memberitahu, dengan jumlah hari kerjanya dia patut dibayar RM1,000, tetapi selepas mempertimbangkan, saya sedia bayar RM1,500,” katanya.

Dakwanya lagi, lelaki itu juga tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik, malah kerap tidur disebabkan kurang rehat kerana turut membuat kerja lain.

“Saya tidak halang dia membuat kerja lain untuk menambah pendapatan, tetapijangan sampai mengganggu tugas sebenar. Ada ketika, dia tidak menepati masa, haruskah saya bagi muka dengan orang seperti ini?

“Banyak masalah lain yang dia timbulkan, tetapi saya pejamkan mata. Caranya itu seolah-olah mahu menguji tahap kesabaran saya.

“Dia ada meluahkan di Facebook, dia keletihan kerana waktu kerja yang terlalu panjang, sedangkan perkara itu sudah diberitahu dan dipersetujuinya sejak awal. Lagipun, bukan sepanjang masa, dia bekerja.

“Dalam seminggu, dia hanya perlu bekerja tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada di ibu negara, tugasnya tidak diperlukan. Ada ketika, suami, Zain Saidin mengambil alih tugas memandu. Mungkin dia sengaja buat cerita untuk tutup kelemahan diri,” katanya.

Rozita berkata, selama ini, dia tidak pernah mempunyai masalah dengan pemandu peribadinya, malah ada di antara mereka yang bekerja lebih 10 tahun.

“Saya masih ingat, ketika meminta kerja, dia sanggup cakap, jika khidmatnya tidak bagus, dia sanggup tidak dibayar gaji. Banyak yang dia lakukan, cuma saya tidak tergamak untuk membuka aibnya.

“Ketika dalam perjalanan ke Johor, dia pernah terlelap dan saya minta dia berhenti untuk membasuh muka. Caranya itu membahayakan nyawa orang lain. Saya tegur kesalahannya itu dan dia mengakui.

“Mungkin dia terlalu muda dan belum matang hingga sanggup bertindak seperti ini. Saya kenal dia sebagai lelaki yang baik, tetapi saya tidak tahu apa yang membuat dia bertindak demikian. Mungkin ada yang menghasutnya,” katanya. Sumber berita harian online

Semalam, lelaki itu menerusi Facebook memuat naik perbualan dengan pembantu peribadi (PA) Rozita yang dikenali sebagai Nani untuk bertanyakan mengenai gajinya.

Dia mendakwa, tidak berniat untuk membuka aib sesiapa, namun terpaksa berbuat demikian selepas dicabar suami pelakon itu.

Sumber : naluri kini

Artikel berkaitan.

Ini Respond Balas Terkini Bekas Pemandu Che Ta Setelah Akhirnya Dibayar Gaji.

Bekas pemandu Rozita Che Wan (Che Ta), Muhammad Riduan memohon netizen berhenti mengecam pelakon tersebut kerana urusan pembayaran gaji yang tertunggak telah pun diselesaikan.

Muhammad Riduan memberitahu perkara tersebut menerusi kenyataan di Facebook miliknya sebentar tadi.

“Assalamualaikum Sahabat semua, Alhamdulillah kes saya ni dah settle dengan berkat doa dan bantuan anda semua gaji saya untuk bulan februari dan saman no plat kenderaan Che Ta dah settlekan.

“Terima Kasih untuk segalanya tanpa anda semua tak mungkin saya mampu hadapi seorang diri. Ribuan terima kasih kepada Abang Helmy Nordin dan rakan-rakan yang lain yang saya tidak mentioned di sini kerana terlalu ramai yang membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini.

“Di sini saya ingin meminta jasa baik semua untuk berhenti mengencam Che Ta kerana dia sudah menyelesaikan apa yang patut dia selesaikan,” jelasnya.

Ini Respond Balas Terkini Bekas Pemandu Che Ta Setelah Akhirnya Dibayar Gaji.

Bagaimanapun, Riduan enggan melakukan permohonan maaf secara terbuka seperti yang diminta Che Ta dan menyatakan itu bukanlah kesalahan daripada pihaknya.

“Dia meminta saya untuk membuat pengakuan maaf secara terbuka yang akan dibagi peguamnya untuk menjelaskan penyelesaian perkara ini tetapi saya mengikut nasihat dari abang Helmy Nordin untuk tidak membuat pengakuan maaf secara terbuka itu oleh kerana itu bukan salah saya,” tulisnya.

Menerusi entri itu juga, Riduan berharap agar kes yang menimpa dirinya ini dijadikan peringatan buat majikan-majikan di luar sana.

“Untuk peringatan majikan mana-mana sahaja diluar sana ambi lah apa yang terjadi pada saya ini sebagai pengajaran dan jangan ingat kami sebagai driver ni tiada maruah dan bukannya hamba abdi yang boleh dipergunakan sesuka hati tanpa kerelaan.

Ini Respond Balas Terkini Bekas Pemandu Che Ta Setelah Akhirnya Dibayar Gaji.

Dan jangan pernah mencabar kuasa viral siapa yang lagi kuat kerana itu yang akan memakan diri sendiri dan Allah itu maha Adil.

“Siapa yang benar pasti akan menang walaupun sesukar mana pun perkara itu. Saya harap anda semua jangan mengecam Che Ta lagi di Facebook dan akaun Instagramnya kerana perkara ini sudah diselesaikan di antara dua belah pihak.

“Kepada yang memberi sumbangan, saya ucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan simpati anda terhadap saya.

“Saya tak mampu untuk membalasnya tapi Allah yang akan membalas segala jasa baik anda semua terhadap saya dan alhamdulillah duit sumbangan anda itu saya gunakan untuk membayar apa yang patut saya bayar.

“Bagi saya anda semua lah Saudara saya dunia dan akhirat. Semoga Allah memberkati anda semua dengan limpahan rezeki dan kerjayaan dunia akhirat. Aamiin ya rabal al’amin,” coretnya.

Ini Respond Balas Terkini Bekas Pemandu Che Ta Setelah Akhirnya Dibayar Gaji.

Terdahulu, menerusi Facebook, bekas pemandu yang baru sahaja bekerja dua bulan itu mendedahkan Che Ta enggan membayar gajinya sebanyak RM2,000.

Foto: Facebook Muhammad Riduan / Instagram @rozitachewan1




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top