Budak main handphone sambil membuang, punggung tersangkut di tandas duduk


Seorang kanak-kanak lelaki di bandar Wuhan, China, tersangkut di tandas duduk selepas menghabiskan masa terlalu lama di dalam tandas itu. 

Kanak-kanak berusia enam tahun itu berada lama dalam tandas kerana dia membuang air besar sambil bermain permainan video melalui telefon bimbit. 

Apabila dia selesai membuang dan cuba mengangkat punggungnya, dia menemui kegagalan terbesar dalam hidupnya lalu menangis dan menjerit meminta tolong. 

Ahli keluarga yang terdengar jeritan itu segera datang membantu mengangkatnya, tetapi gagal berbuat demkian menyebabkan mereka tiada pilihan dan seterusnya menghubungi pihak bomba. 

Sepasukan anggota bomba dikerahkan ke rumah mangsa dan mereka mengambil masa lebih kurang sejam sebelum berjaya mengeluarkan punggung mangsa dari tandas dengan memecahkan tempat duduk itu.

Sumber: Shanghaiist



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top