Bengang Kerana Kereta Rosak Akibat Terlanggar Lubang, Lelaki Ini Nekad Tu|arkan Vid€0 #amun Pihak Berwajib

Pada tahun 2015 jalan raya di Malaysia pernah tersenarai antara yang terbaik di dunia. Menduduki tangga ke 19 dunia, kedudukan tersebut menunjukkan negara kita berjaya mengatasi beberapa negara maju lain seperti Sweden dan Denmark.

Berdasarkan kepada kedudukan tersebut, Malaysia berjaya memperoleh skor sebanyak 5.6 daripada markah penuh 7 untuk lebuh raya paling sempurna.

Namun begitu, hampir seluruh rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan keadaan jalan raya di Malaysia yang didapati banyak lubang dan paling teruk. Ia sama sekali bercanggah dengan dapatan kajian yang meletakkan negara kita di kedudukan ke 19 terbaik dunia.

Aktivis Ikatan Silaturrahim Brotherhood yang terkenal kerana perjuangan bagi memastikan jalanraya di Malaysia diselengara dengan baik dan selamat untuk pengguna mendedahkan bahawa jalan raya paling teruk adalah di Selangor dan jalan paling baik di Negeri Sembilan.

Menuruk ketua aktivisnya Lando, “(Jalan raya) paling teruk adalah Selangor. Kedua paling teruk adalah Johor, manakala yang paling baik adalah di Negeri Sembilan.

“Dan yang paling responsif tetapi bukanlah yang paling baik, adalah Pulau Pinang,” katanya apa bila ditanya

Menurut Lando lagi, pihak Selangor mengambil tempoh sehingga enam bulan untuk membaik pulih lubang kecil dan ia mungkin akan mengancam nyawa pengguna.

“Jalan raya paling teruk adalah di Selangor, lubang merata-rata sehinggakan kami menggelarkannya sebagai negeri Selangor Darul Lubang.

Apa yang dimaklumkan oleh Lando ternyata berasas, jika diperhatikan jalan raya di Malaysia jelas tidak diselengara dengan baik.

Apa yang dikesalkan adalah proses perancangan bandar yang tidak bersistematik menjadikan perkara ini lebih serius. Proses pemasangan kabel utiliti sering menjadi faktor utama kepada kemerosotan kualiti jalan raya.

Sepanjang pemerhatian yang dilakukan, sebaik sahaja sesuatu kawasan dibangunkan, tidak kira taman perumahan ataupun kawasan perindustrian, pasti ada proses mengorek semula jalan raya dilakukan oleh syarikat utiliti.

Walaupun jalan raya tersebut baru sahaja disiapkan oleh pemaju, proses tampalan semula jalan raya oleh syarikat utiliti ini pasti mencacatkan permukaan jalan raya yang akhirkanya boleh menyebabkan kemalangan.

Baru baru ini satu video perkongsian oleh pengguna jalan raya yang mengalami kerosakkan kenderaan telah mendapat perhatian di media sosial.

Dipercayai berlaku di sekitar lebuhraya MRR2, kelihatan besi penyambung jejantas terkeluar dari kedudukan asal sehingga merbahayakan pengguna lebuhraya tersebut.

MRR2 to Sri petaling. Please be careful..

Posted by VideoViral Malaysia on Monday, 4 March 2019

Kelihatan beberapa kenderaan cuba mengelak namun akibat tidak menjangka ada kerosakkan dihadapan, banyak kenderaan kelihatan terpaksa melanggarnya.

Apa yang lebih membimbangkan, jika besi tersebut dilanggar oleh penunggang motosikal, pasti ia bakal menimbulkan kecelakaan yang boleh membawa maut.

Pemilik video kemudian merakan gambar kenderaannya yang rosak akibat terlanggar besi tersebut sehinggakan membocorkan kedua dua belah tayar bahagian kiri dan pada masa yang sama skirting kerentanya kelihatan tercabut dan patah.

Melihat pada situasi tersebut, boleh dikatakan bahawa lebuh raya tersebut tidak diselengara dengan baik. Terdapat kesan tampalan tar yang tidak kemas sekitar kawasan kerosakkan dan ia lebih kepada cuba melindungi ruang yang terhasil akibat daripada kehilangan besi yang sama sebelum ini.

Perkongsian yang mendapat respond dari pelayar media sosial, rata rata memberi komen yang negatif sehinggakan ada yang mempertikaikan peranan pihak yang berwajib dalam memastikan setiap wang pembayar cukai jalan seharusnya memberi pulangan dari sudut kemudahan menggunakan jalan raya tersebut.

Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku, difahamkan setiap laluan jalan raya ataupun lebuh raya mempunyai prosedur penyelengaraan yang tersendiri. Seharusnya sebelum kerosakkan menjadi lebih parah sehingga mampu menimbulkan kemalangan, pemantau kualiti jalan raya oleh syarikat konsesi ataupun kerajaan seharusnya mengambil tindakan terlebih dahulu.

Kalau begini gayanya, sudah jelas tiada pemantauan yang dilakukan ataupun perkara keselamatan seperti ini sengaja dipandang ringan oleh pihak yang sepatutnya.

Jadi adakah anda bersetuju bahawa jalan raya di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia?

Tinggalkan komen anda

Sumber : Video Viral Malaysia

The post Bengang Kerana Kereta Rosak Akibat Terlanggar Lubang, Lelaki Ini Nekad Tu|arkan Vid€0 #amun Pihak Berwajib appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top