Bangkit Dari Kemuf|isan, Kamaruzaman Kini Jutawan Ternakan

Walaupun pernah diisytihar muf lis pada usia muda kerana gagal menguruskan perniagaan dan kewangan, itu semua bukan penghalang untuknya berjaya seperti hari ini.

Pemenang pelbagai anugerah agro dan paling terkini Ikon Agropreneuer Muda Ternakan 2018 (MAHA), Kamarruzaman Abdul Jalil bermula sebagai peniaga daging lembu sebelum menjadi usahawan ternakan.

Tetapi berbekal semangat waja yang ada pada dirinya dengan hanya bermodal RM16,000 Kamarruzaman memulakan ternakan lembu kerana mahu mendapatkan sumber bekalan daging lembu yang murah.

“Saya mula menternak lembu pada tahun 2008 dengan baka kampung sebanyak 15 ekor. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan kini saya mempunyai lebih 10 baka lembu tempatan dan kacukan,” katanya yang bermula dengan membantu perniagaan keluarga dalam penjualan daging lembu.

Beliau yang juga pemilik Desa Selatan Beef Sdn Bhd di Kota Tinggi, Johor kini lebih fokus kepada urus niaga membeli lembu dan dipelihara selama tiga atau empat bulan sebelum dijual semula khususnya di musim perayaan.

“Bagi tujuan komersial, kami mempunyai lembu baka KK, lembu brahman dan australian commercial cattle bagi tujuan lembu pedaging secara fidlot di tanah seluas 10 ekar. Bagi lembu tenusu kami menggunakan baka frisien jersey,” katanya yang memelihara belgian blue iaitu baka lembu sado sebagai hobi.

Beliau juga memasarkan daging lembunya di gerai sendiri, pasar sekitar Johor serta pelanggan yang membeli lembu hidup untuk tujuan penyembelihan dari Kelantan, Johor, Melaka dan Selangor.

“Kami juga membekal lembu kepada para penternak serta menerima tempahan dari individu, masjid, koperasi dan persatuan untuk tujuan ibadah korban. Kami juga bertindak sebagai pengimport dan pemborong bagi memberi harga terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Kamarruzaman menambah, pengeluaran ladangnya pada tahun 2018 sahaja adalah 300 metrik tan setahun iaitu berat lembu yang terhasil dari aktiviti fidlot dengan jumlah jualan ternakan adalah sekitar 3,200 ekor.

Untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah, Kamarruzaman sentiasa berusaha melengkapkan dirinya dengan pelbagai ilmu berkaitan dengan ternakan.

“Saya banyak menghadiri kursus anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kelab Generasi Tranformasi Ruminan Malaysia (GTR) untuk siri kesihatan, pembiakan dan kemahiran yang berasaskan ruminan.

“Saya juga mendapat bimbingan dari JPV Johor, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Johor, Jabatan Pertanian Johor, kelab GTR dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Bahru Selatan dan Agrobank sejak awal penglibatan,” katanya yang mendapat sokongan p4du dari ayah, arwah ibu dan isteri serta keluarga.

Boleh dikatakan semua orang yang terlibat dengan perniagaan pasti ada cabaran, begitu juga dengan Kamarruzaman dan ternakan lembunya.

“Sebagai usahawan dalam industri ternakan kami tidak dapat lari daripada masalah kesihatan ternakan, pemasaran dan kitaran kewangan bagi membiayai kos makan ternakan.

“Tetapi cabaran yang paling besar dan tidak dapat dilupakan apabila mendapat pesanan lembu pada Hari Raya Aidiladha dan penghantaran 1,000 ekor ternakan dalam masa tiga hari.

Alhamdulillah segala tugasan selesai dengan jayanya,” katanya.

Berkat kesabaran dan usahanya selama ini, beliau berjaya mencapai anugerah seperti :

Agropreneuer Muda Jaya HPPNK 2017
Anugerah Perdana HPPNK 2017
Agropreneur Muda Jaya Negeri Johor 2017
Agropreneur Muda Agrobank 2018
Juara Inovasi Hari Pengembangan Veterinar Kebangsaan 2018 dan
Ikon agropreneur muda ternakan 2018 (MAHA)

The post Bangkit Dari Kemuf|isan, Kamaruzaman Kini Jutawan Ternakan appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top