A Aida faham ke rukun lakonan Ogy Ahmad Daud

PELAKON legenda, Ogy Ahmad Daud menempelak penerbit popular Datuk A Aida berikutan kenyataannya meminta pelakon baru jangan membuang masa menghadiri uji bakat jika tidak memenuhi kriteria berwajah cantik dan kacak untuk diketengahkan sebagai hero dan heroin ketika menjadi juri dalam program uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019, semalam.

Ogy berkata, Aida tidak perlu mengeluarkan kenyataan pedas itu jika dia sendiri tidak faham rukun lakonan.

“Buku atau rukun mana mengatakan nak jadi hero atau heroin kena cantik dan kacak? Juri yang berkata begitu adakah mereka lupa dari mana mereka bermula?

“Sistem ini dimulakan stesen televisyen dan kenapa perlu keluarkan kenyataan seolah-olah mengh!na ciptaan Allah? Saya pernah menjadi juri dan panel dalam DFKL dan melihat ramai peserta yang hadir mempunyai bakat luar biasa mengatasi paras rupa. Pastinya mereka (juri) juga tidak sependapat dengan saya,” katanya yang turut menyifatkan kenyataan Aida itu agak bi4dap.

Menurut Ogy, mereka perlu bercakap mengenai bakat dan kenapa perlu mengajar orang sekarang bahawa pelakon kena ada acuan begitu.

Katanya, paras rupa akan pudar ditelan zaman namun bakat asli akan terus setia bersama.

“Tidak dinafikan pelakon yang ada pengikut ramai di laman sosial itu bagus, tapi pastikan mereka ambil inisiatif untuk lebih berilmu dan menarik,” katanya.

Ogy berkata, sekiranya memikirkan sisi material tetapi asas ilmu tidak diberikan, ia sangat menyedihkan buat bakat-bakat baru.

Dia turut mempersoal kefahaman juri mengenai erti hero dan heroin kerana mendakwa figura yang cuba dibangkitkan adalah kisah dongeng semata-mata.

“Kita bercakap mengenai realiti kehidupan, jadi kena faham maksud hero heroin itu apa. Saya tak kisah pun orang nak kutuk saya hanya kerana bangkitkan isu ini kerana masyarakat luar akan ingat, semua produser ada sikap pilih kasih sebegini,” katanya.

Katanya, mereka sepatutnya melahirkan bakat baru yang berjiwa kental dan melihat pelbagai aspek jiwa seni.

“Di mana jati diri anak seni tempatan jika asyik meniru budaya luar negara kerana pesona seorang pelakon itu adalah lebih penting. Amat sedih kerana di tahun 2019, kita mewujudkan produser yang berfikiran cetek sebegini,” katanya.

Ogy berkata, sepatutnya mereka sentiasa merendah diri dan biarkan cara kerja menceritakan sama ada mereka bertanggungjawab terhadap kerjaya dan mendidik generasi baru ini.

Harian Metro semalam melaporkan kenyataan Aida yang menetapkan kriteria bakat baru yang kacak dan cantik untuk diangkat sebagai hero atau heroin dalam drama.

Dia juga mereka yang tidak memenuhi kriteria itu supaya jangan membuang masa menghadiri uji bakat diadakan.

Baginya, bakat lakonan adalah soal kedua kerana ia boleh digilap dari semasa ke semasa. sumber harian metro

terdahulu…

Kalau Tiada Rupa, Jangan Buang Masa Datang Uji Bakat – Penerbit A. Aida

Penerbit Datuk A Aida telah memberi komen yang agak jujur tentang peserta yang hadir ke sesi ujibakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019. Tidak mahu memberi harapan palsu, A. Aida berkata jika tiada pakej, tak perlulah ke uji bakat.

A. Aida yang juga juri sesi uji bakat DFKL berkata, bakat boleh digilap namun rupa dan pakej penuh adalah perkara paling penting untuk jadi selebriti.

Katanya, jika peserta berbakat tetapi tiada rupa, mungkin mereka boleh mencuba nasib dengan menyertai program pencarian bakat lain seperti Bintang Mencari Bintang (BMB).

Ini komennya:

“Kalau boleh tak nak beri harapan kepada orang tapi saya perlu berterus terang,”

“Ada seorang peserta yang datang untuk uji bakat setiap tahun sejak 5 tahun lalu tapi tiada pakej menarik.

“Nak diangkat jadi duta DFKL ini, memang sah-sah kami nak macam Remy Ishak, Syafiq Kyle dan sebab itu saya tidak mahu mereka yang tiada pakej lengkap terus berharap”

“Nak cakap tak kacak tak sampai hati pula tapi nak beri mereka faham, sudah-sudahlah! Ada yang datang tiada rupa atau penampilan tetapi keyakinan sangat tinggi.

“Sehinggakan saya tidak tahu bagaimana nak beritahu mereka supaya jangan buang masa datang ke uji bakat ini,”

Beliau juga menegur peserta yang terlalu yakin dan berasakan sangat berkelayakan sebagai duta DFKL agar melihat rupa sendiri di cermin terlebih dulu. Katanya, ada peserta yang ketawa apabila ditegur sebegitu dan memberi alasan akan terus berusaha.

“Saya sampai sudah tiada jawapan nak diberikan. Bagi saya ‘move on’ sajalah sebab memang mereka ini tidak akan dapat.

“Kadang kala saya pun pening nak cakap macam mana lagi waima nak tolak jadi pelakon ekstra pun tak lepas,”

Beliau bagaimana pun tetap percaya DFKL adalah pentas terbaik untuk mencari bakat baru dalam bidang lakonan kerana setakat ini ada beberapa peserta yang hadir dengan pakej lengkap.

Pada sesi uji bakat DFKL 2019 yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama selama dua hari sejak semalam, seramai 200 orang peserta hadir dari pelbagai latar belakang.

Semalam, pengarah dan pelakon Erma Fatima yang turut menjadi juri DFKL 2019 mengakui hanya satu peratus saja yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Erma akui kebanyakan yang hadir tidak menepati piawaian.

Sumber: Harian Metro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top