Wanita Ini Mandikan Anjing Dia Di RnR Tapah Dalam Bilik Persalinan Bayi. Ini Respond Pihak RnR Selepas Itu

Kenapa mesti ada lagi rakyat Malaysia yang tidak reti jaga sensitiviti. Sebelum ini tular di laman sosial seorang wanita berbangsa cina meletakkan anjing di dalam troli pasaraya dan ia menjadi tular.

Baru baru ini kita baru selesai menyambut Tahun Baru Cina dan kebiasaanya bila cuti panjang pasti ramai pulang ke kampung.

Lebuhraya sememangnya sibuk dan sesak kerana terlalu banyak kereta di atas jalan. Bila keadaan begini terjadi, kawasan RnR juga pasti akan sesak penuh.

Kebanyakkan yang berhenti RnR untuk menggunakan tandas tetapi bila berlaku kejadian begini apa kita nak buat?

Pengguna Facebook bernama Farah Shafiza telah memuat naik 1 video dimana kandungan video tersebut menunjukkan seorang wanita sedang memandikan anjing dia di dalam bilik persalinan bayi di RnR Tapah

Bagaimana ini boleh berlaku? Anjing dalam tempat tukar lampin bayi?

Menurut Farah, rakaman ini dibuat setelah dia telah menegur wanita ini tetapi tidak diendahkan. Pekerja di RnR juga telah menegur sebelum itu tetapi mendapat respond yang sama dan tidak diendahkan lagi.

Disebabkan itu Farah membuat rakaman video dan video ini tular di media sosial dan ramai mengecam wanita yang mandikan anjing dia.

Rakaman Video Wanita Mandikan Anjing

Farah Shafiza telah membuat aduan ke pihak Lebuhraya PLUS.

Ini Respond Pihak PLUS

Tahniah kepada pihak PLUS kerana pantas menjawab aduan dan segera selesaikan masalah ini. Pihak PLUS telah menyamakkan bilik persalinan bayi tersebut dan meletakkan notis larangan membawa binatang.

Wanita Ini Mandikan Anjing Dia Di RnR Tapah Dalam Bilik Persalinan Bayi. Ini Respond Pihak RnR Selepas Itu

Komen dari Farah ..

Alhamdulillah syukur! respon dr Plus Malaysia td.. tanggungjawab sy sbg rakyat malaysia, muslim telah dilaksanakan. so dah blh guna tanpa was2. jom kita sama2 doa supaya bnda mcmni x berulang lagi. sama2 la alert.xkisah haiwan apa pon.sila patuhi peraturan bersama.peace yo saling menghormati membawa keharmonian

Wanita Ini Mandikan Anjing Dia Di RnR Tapah Dalam Bilik Persalinan Bayi. Ini Respond Pihak RnR Selepas Itu

Mohon selepas ini jangan lah buat perkara perkara yang tidak masuk akal. Setakat nak mandikan anjing, mandi kat rumah pun boleh ..

Sumber Rujukan : Penang Kini dan Farah Shafiza

Sumber: KL VIRAL via Naluri Kini

Jika anda suka dengan kisah ini sila share pada kawan yang lain. Jangan lupa LIKE Facebook kami News Today untuk kisah2 yang lebih menarik lagi.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top