(Video) Game over: 'Hadi janji PAS takkan sokong UMNO di Semenyih' - PM


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan, pertemuan beliau dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam berbincang mengenai politik dan memberi perakuan untuk tidak menyokong UMNO, lapor MalaysiaKini

Mahathir berkata, PAS tidak akan menyokong UMNO lagi tetapi ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani. 


Semalam, Hadi hadir di pejabat Mahathir di Yayasan al-Bukhari di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertemuan kali kedua, sehari sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih di Kajang. 

Meskipun enggan mendedahkan isi pertemuan itu, Hadi ada mengatakan bahawa mereka berbincang mengenai hal-hal pentadbiran, penyelarasan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. 

"Isu Majlis Tindakan Ekonomi Negara, projek-projek ada di bawah kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya tiada percanggahan," katanya.


Hadi juga mengesahkan bahawa, kerajaan persekutuan telah membayar royalti minyak kepada kerajaan Terengganu. 

Ditanya mengenai PRK Semenyih, Hadi berkata PRK Semenyih tidak sama dengan PRK Cameron Highlands di mana PAS melawan DAP di Cameron, manakala di Semenyih, Melayu dengan Melayu. 

"Kita serah kepada kebijaksanaan pengundi di situ dan keperluan melihat kepentingan Melayu dan Islam. Apa yang penting, kita mahu kedudukan orang Melayu dan Islam kuat," katanya. 



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top