(Video) Budak Kadet Remaja tendang, terajang dan sepak budak Pengakap dalam kelas


Viral di media sosial video beberapa pelajar sekolah yang memakai baju Tunas Kadet Remaja Sekolah Malaysia menyepak dan menerajang seorang pelajar lelaki tanpa belas kasihan. 

Menurut sumber yang memuat naik video tersebut, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Jerteh baru-baru ini. 

Berdasarkan video viral itu, mangsa yang memakai baju pengakap tidak berani melawan dan dipukul oleh beberapa pelajar. 

Kaki mangsa disepak bertubi-tubi, diterajang dari belakang dan perutnya juga ditendang. 


Mangsa hanya mampu menahan kesakitan dan kejadian itu disaksikan beberapa pelajar lain yang berada dalam kelas itu. 

Sementara itu di media sosial, netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat video itu dan mengambil tindakan tegas terhadap para pelajar yang terlibat. 



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top