Vid Lana Nordin Menangis Teresak Esak Keseorangan Di Dalam Kereta Cetus Tanda Tanya

Semalam tular satu video di laman sosial yang memaparkan pelakon Lana Nordin menangis teresak-esak semasa memandu.

Gempar dengan perilaku tersebut, lantas ribuan peminat akaun instagram beliau di hujani dengan pertanyaan yang bertali arus dari peminat setianya.

Rupa-rupanya anak kedua kepada pelakon Lana Nodin, William Daud Mckienzie bakal menjalani pembedahan jantung pada Isnin ini kerana masalah injap (Aortic Stenosis).

Namun begitu, sesuatu yang mendebarkan buat mereka sekeluarga apabila ketika persediaan pembedahan dibuat, jantungnya anak pelakon itu dikhabarkan telah terhenti selama 10 minit.

Keadaan itu menyebabkan pembedahan William atau dipanggil sebagai Billy ditangguhkan selepas doktor yang bertugas memberi bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR).

Dalam keadaan sedih dan hiba, Lana memohon kepada orang ramai untuk untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anaknya.

Ape kes sampai mcm ni sekali?

Posted by Rakan AntiViral on Thursday, February 14, 2019

Perkongsian yang dibuat lana menyebabkan rakan selebriti dan peminat turut membanjiri ruangan komen Instagram pelakon itu yang mengharapkan Billy berada dalam keadaan baik dan akan sembuh seperti biasa.

Menurut Lana, disebabkan itu juga dia jarang berkongsi gambar atau perkembangan William kepada peminat. “Saya serba salah apabila ada yang bertanya mengenai William, ini kerana situasi kesihatannya.

Begitupun tumbesaran William sangat positif apabila berat badannya naik dari 4 kilogram (kg) kepada 6 kg kini. William perlu diberi perhatian lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana dia perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.

Kalau pembedahan tidak dilakukan bimbang jantungnya harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak.

Menurutnya, dia berkongsi masalah kesihatan yang dialami William, selain untuk menjelaskan kepada peminat mereka juga tidak menagih bantuan atau derma.

Kalau ada yang mahu membantu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi sebaiknya wang itu disalurkan ke tabung bantuan IJN kerana ada ramai lagi bayi dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan anda.

Pada saya apa yang diperlukan daripada anda semua adalah doa supaya anak selamat menjalani pembedahan Isnin nanti, katanya lagi.

Lana dan suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie dan William Daud Mckienzie.

LubokViral

The post Vid Lana Nordin Menangis Teresak Esak Keseorangan Di Dalam Kereta Cetus Tanda Tanya appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top