Tular Rakaman Penumpang Terjatuh Dari Feri di Pulau Pinang

Georgetown: Seorang penumpang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari sebuah feri ketika dalam perjalanan menghala ke arah Butterworth, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, penumpang yang masih belum dikenal pasti identitinya dikatakan terjatuh di 0.8 batu nautika Barat Laut berhampiran terminal feri.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) jam 11 pagi berhubung kejadian itu.

“ Kita dimaklumkan terdapat seorang penumpang dipercayai terjatuh ke dalam laut oleh Maritim Malaysia yang meminta bomba turut menghulurkan bantuan.

“ Feri berkenaan dikatakan meninggalkan Terminal Pangkalan Raja Uda ke Terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mngsa kini digerakkan oleh polis, Maritim Malaysia dan bomba.

Lihat video di bawah

Operasi mencari dan menyelamat dipergiat..

Dalam pada itu kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang penumpang yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari feri pada pagi Jumaat akan diperluas hingga ke arah utara.

Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Rafizi Ariffin, ia berikutan faktor mngsa yang mungkin dibawa arus berikutan keadaan angin dan keadaan air laut yang pasang.

” Kita akan perluaskan lagi kawasan pencarian, ke arah utara sebab kita jangkakan air pasang, kita khuatir dia telah pergi agak jauh dari kawasan dia jatuh.

” Kita sedang minta bantuan daripada bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan juga lain-lain agensi,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Mngsa belum dikenal pasti..

Bagaimanapun ketika ini identiti mngsa masih belum dikenal pasti.

Menurut Rafizi, mngsa dipercayai terjatuh dari feri yang sedang dalam perjalanan menghala ke arah Butterworth kira-kira jam 9.30 pagi.

Pihak pelabuhan Pulau Pinang turut berusaha menyelamatkan mngsa sejurus selepas kejadian namun gagal.

Seramai 28 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi terdiri daripada pasukan bomba dan penyelamat, Agesi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pulau Pinang terlibat dalam operasi SAR tesebut.

Operasi SAR digerakkan kira-kira pukul 9.50 pagi tadi sebaik sahaja Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menerima laporan seorang mngsa dikhuatiri hilang selepas jatuh dari feri Pulau Undan, Pulau Pinang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: bharian & astroawani




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top