Terkini ‘Hanya Tuhan Dapat Balas Jasa Semua’

“INI berita paling dinantikan sejak dua bulan lalu. Allah SWT makbulkan doa saya, keluarga tahanan dan rakyat Malaysia,” luah Zunita Sedini, 42.

Zunita adalah ibu kepada Yusuf Islam Abdul Halik, 21, seorang daripada 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Wilayah Banteay Mancheay di Kemboja sejak 65 hari lalu selepas diperdayakan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa.

Menurutnya, sehingga kini dia masih belum menerima panggilan daripada Wisma Putra namun mengetahuinya selepas dihubungi wartawan jam 6 petang hari ini.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, kerajaan negeri dan semua pihak termasuk sahabat saya Mohd Azra yang membantu sejak hari pertama berita mengenai penahanan mereka diketahui.

“Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa semua yang membantu dalam usaha pembebasan semua tahanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Warga Malaysia yang dibebaskan bergambar bersama Menteri Kanan Tugas Tugas Khas Kemboja, Oknha Datuk Dr Othsman Hassan dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican.

Zunita baru saja tiba di Kuching lewat petang dari Phnom Penh melalui Kuala Lumpur apabila menerima berita menggembirakan itu.

Dia bertemu anak lelakinya di penjara berkenaan dalam lawatan bersama Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien kelmarin.

Katanya, dia tidak sabar untuk bertemu anak sulungnya itu dan berharap Yusuf serta semua tahanan lain sihat dan selamat tiba di Malaysia secepat mungkin.

Katanya, usaha pembebasan itu dilakukan dengan kerjasama semua pihak dan berharap ia menjadi iktibar kepada semua supaya tidak berulang kembali.

Yusuf antara tahanan yang ditahan di penjara selepas polis Kemboja menyerbu sebuah rumah mewah kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian atas talian.

Mereka yang berusia 19 hingga 44 tahun itu ke Kemboja selepas ditawarkan bekerja sebagai promoter dengan gaji dibayar menggunakan Dolar Amerika.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top