Tabung Haji sahkan tiada lagi subsidi bagi pengiring atau rayuan kali pertama

TIADA LAGI SUBSIDI HAJI

Bagi mereka yang merayu walaupun kali pertama menunaikan Haji mengikut Pakej Muassasah tetap dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi berjumlah RM22,900.

Ini berbeza dengan dasar lama yang menyarankan Pihak Tabung Haji tetap memberikan subsidi kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan mereka untuk mengerjakan Haji kali pertama dengan hanya membayar jumlah RM9,980 seorang (subsidi sebanyak RM12,920).

Adalah tidak wajar dikenakan caj penuh kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan sedangkan kebanyakan mereka bukanlah dari kalangan orang yang berada.

Berdasarkan pengalaman lama, sekitar 20-25% kekosongan setiap tahun daripada jumlah kuota yang ditetapkan lantaran kematian, keuzuran dan pelbagai faktor lain yang menyebabkan jemaah yang sepatutnya dijadualkan mengerjakan Haji pada tahun tersebut menarik diri. Kekosongan inilah yang biasanya diisi oleh mereka yang merayu.

Jika mengikut dasar lama Tabung Haji, keutamaan pertimbangan rayuan akan diberikan kepada mereka yang perlukan mahram, mengiringi ibu atau bapa yang uzur dan mereka yang mencecah umur melebihi 60-70 tahun.

Justeru adalah tidak wajar dan munasabah jika YB Menteri dan pihak Pengurusan baru Tabung Haji mengenakan caj penuh kepada mereka yang hakikatnya kali pertama menunaikan haji dan rata-rata bukanlah dari kalangan orang yang senang dan mewah.

link sumber : Hatta Ata

Netizen kecewa TH batal subsidi jemaah rayuan, pengiring

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Ibu mertua saya hanya dapat kumpul duit untuk ke Tanah Suci selepas semua anak dewasa. Hanya kerja menoreh getah. Jika tunggu giliran ke Makkah memang tak sempat, lagi 50 tahun. Jika rayuan diterima, mana mereka ada duit tambahan,” tulis Norhayati Yahaya.

“Sedih dengan apa yang berlaku. Nak mengerjakan ibadat semakin sukar. Sepatutnya TH permudahkan lah kepada yangg pertama kali pergi haji dan yang perlukan mahram,” kata Shah Rini

Demikian antara luahan pengguna media sosial, selepas kecewa dengan keputusan Lembaga Tabung Haji (TH) membatalkan pemberian subsidi kepada jemaah yang berjaya dalam rayuan dan pengiring bagi mengerjakan haji tahun ini.

Difahamkan, sekiranya terpilih, jemaah rayuan dan pengiring perlu membayar penuh RM22,900 walaupun kali pertama mereka mengerjakan haji.

Rata-rata netizen terkejut sambil menyifatkan tindakan TH terlalu drastik, malah langsung tidak melihat kesusahan rakyat untuk mengumpul wang.

Fadzli Affie Nadzam berharap TH akan mempertimbangkan keputusan pembatalan subsidi ini.

“Saya percaya ramai yang membuat rayuan adalah warga emas. Ada yang mungkin memohon rayuan kerana mahramnya pergi tahun ini. Tolong TH pertimbangkan. Demi saudara sesama Islam. Saya sedih bila dapat tahu yang memohon rayuan dan pertama kali perlu bayar penuh,” katanya.

“Jangan buat tindakan drastik macam ini. Rayuan atau pengiring… subsidi wajar diberikan kerana memang kali pertama. Ada orang baru dapat kesedaran nak daftar haji di kala umur 40 tahun. Istiqamah kumpul duit dan buat rayuan pergi sebelum keuzuran tiba, sebelum ajal menjemput.

“Menteri baru, awak pegi haji bila ye? Janganlah pukul rata semua pertimbangan tak tentu hala. Yang buat rayuan pun bukan sekali dua dan bukan hari ini daftar haji, esok kemaruk buat rayuan.

“RM22,900 banyak, macam-macam cara buat untuk ikat perut nak menabung dalam menara TH. Dalam kehebatan TH mengurus jemaah, Pls reconsider deeply on this new guidelines,” tulis Alynhassan Man.

Begitu juga, Faiz Hashim, beliau masih berharap TH mempertimbangkan semula subsidi untuk jemaah rayuan kali pertama.

Katanya, TH perlu memikirkan nasib warga emas yang telah sampai giliran dan terlalu ingin menunaikan haji tetapi pengiring tidak mempunyai kemampuan menyediakan wang.

“Sebenarnya banyak lagi cara untuk mengaut keuntungan, jadi kenapa TH nak membebankan rakyat dengan menarik balik kemudahan yang diberikan,” soalnya.

Sebelum ini, bakal haji termasuk jemaah rayuan dan pengiring hanya perlu membayar RM9,980 sahaja untuk mengerjakan ibadah haji buat kali pertama, dan jumlah itu tidak pernah berubah sejak 2009.

Bagaimanapun, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diperintah sejak Mei 2018, kemudahan itu tidak lagi diberikan kepada jemaah haji yang berjaya dalam rayuan dan pengiring mereka, walaupun tahun ini adalah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber; www.ismaweb.net     via sepatuputih.com




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top