Semua Isteri Kena Tahu Ini Tujuh Tanda Suami Sayang Sangat Kat Anda

Rasanya tiada suami yang tak sayang isteri dia. Cuma orang lelaki ni memang tak pandai nak meluahkan rasa sayang tu. Terlalu “kekok” bab perasaan. Ini fitrah orang lelaki.

Berbeza dengan sifat wanita yang tahu menyatakan rasa kasih sayang  kepada insan yang mereka hargai dan sayangi dalam hidup.

Bagaimanapun, tidak tahu menyuarakan rasa kasih bukanlah bermakna para suami tidak menyayangi isteri mereka sebaliknya mereka mempunya cara lain untuk mengungkapkan rasa itu.

Ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais di laman Facebooknya tentang tujuh tanda  seorang suami yang sangat menyayangi isterinya.

Jadi kalau suami anda ada 7 tanda ni tu maknanya dia sayang sangat kat anda. Hargailah dia sebaik mungkin.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Image result for happy husband and wife

– Suami Ambil Berat Tentang Anda
Balik dari kerja dia mesti tanya bagaimana hari anda hari ni. Dia juga suka dengar anda bercerita. Jadi “pendengar” setia. Kalau boleh dia nak tahu semua yang berlaku pada anda. Ini tanda dia ambil berat. Kalau anda mengadu ada masalah dia la orang pertama yang akan risau.

– Sentiasa Mahu Yang Terbaik Buat Anda
Dia tak pernah menolak kalau anda ajak jumpa ahli keluarga dan kawan anda. Tak ada istilah malas atau malu. Dalam fikiran dia yang terbaik untuk anda sama terbaik untuk dia juga.

 

– Melayan Anda Dengan Baik
Jika dia sanggup utamakan perasaan, permintaan dan keperluan anda lebih dari perasaan diri sendiri, itu bermakna cinta dia pada anda sangat ikhlas.

Image result for caring husband

– Selalu Luangkan Masa Bersama
Suami anda lebih suka luangkan masa bersama anda daripada bersama kawan – kawan dia, maknanya itulah teman sehidup semati anda. Itu tanda dia gembira bersama anda.

– Anda Selalu Diutamakan
Apa sahaja yang suami rancang mesti akan utamakan keperluan anda. Nak beli baju dia pun mesti dia akan belikan baju anda dahulu. Kalau dapat bonus hujung tahun dia mesti bagi anda dulu.

– Dia Tak Rasa Malu Bersama Anda
Bila berjalan di shopping mall suami tak akan tinggalkan anda jalan sorang kat belakang. Pergi mana pun dia sentiasa pimpin tangan anda. Dia pun tak malu untuk bawa anda ke majlis kerja atau jumpa kawan dia. Malah dia selalu memuji anda di depan semua orang.

Image result for caring husband

– Integriti Tinggi
Selalu bercakap jujur dengan anda semua perkara. Dia tak pernah sekali mungkir janji, lambat atau cepat pasti ditunaikan. Dia juga tak pernah putus asa berusaha keras untuk selesai masalah rumahtangga jika ada. Dia tak pernah lari dari masalah.

Kongsikan dengan suami dan ucapkan “terima kasih” tanda hargai pengorbanan dia selama ini.

Sumber: Mohd Fhais




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top