Sebak, Kakak Sulung Jadi ‘Ibu Tunggal’ Kepada Empat Adik Selepas Mak Ayah ‘Pergi’

Nor Haiza Mohd Fairuz, 18 belum berkahwin, tetapi sudah menjadi ‘ibu tunggal’ kepada empat adik beradiknya selepas ibu bapa mereka meninggal dunia sejak dua tahun lalu.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, kehidupan mereka sekeluarga berubah selepas kedua-dua ibu bapa meninggal dunia, sehingga terpaksa tinggal berasingan demi masa depan mereka.

“ Arwah bapa, Mohd Fairuz Md Amin, 44, meninggal dunia dua tahun lalu pada 18 Disember 2017 akibat asma, manakala ibunya, Nor Masnitah Ahmad Jalani, 42, meninggal dunia pada 27 Disember lalu kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

“ Ibu meninggal dunia selepas saya tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyebabkan kami lima beradik buntu tidak tahu bagaimana mahu meneruskan kehidupan,” katanya ketika ditemui di Iskandar Puteri, hari ini.

Nor Haiza berkata, selepas ibunya meninggal dunia dia bekerja di kedai serbaneka di Gelang Patah dengan gaji RM1,100 sebulan bagi menyara empat adiknya.

Nor Haiza yang tinggal di Kampung Pok Besar, Gelang Patah berkata, dia dan adik-adiknya yang berusia antara 7 hingga 16 tahun tidak pernah berpisah sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, bagi meringankan bebannya, ibu saudara dan nenek yang tinggal di Kota Tinggi mengajak adik perempuannya berusia 16 dan adik bongsu lelaki berusia 7 tahun tinggal dengan mereka sejak awal tahun ini.

Sementara, adik perempuan berusia 14 tahun tinggal di asrama di Batu Pahat.

“ Kini, hanya saya bersama adik perempuan berusia 12 tahun tinggal bersama di rumah keluarga dan terus terang, setiap hari saya rindukan semua adik-adik.

“ Selama ini, kami tidak pernah berpisah namun demi masa depan mereka, saya rasakan lebih sesuai benarkan mereka tinggal di rumah saudara-mara selain asrama.

“ Adik keempat bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan saya bercadang memohon asrama sekolah yang sesuai untuk dia meneruskan pelajaran,” katanya.

Nor Haiza berkata, dia bersyukur kerana jiran banyak membantu menyediakan makanan untuk adiknya dan sentiasa mengambil berat kebajikan mereka.

“ Insya Allah, jika memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM, saya ingin melanjutkan pengajian ke menara gading,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya dia tidak dapat melanjutkan pengajian dia akan tetap bekerja untuk membantu empat adiknya mengejar cita-cita masing-masing.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Ambank Haiza 8881030369947.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: hmetro




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top