” Saya Pencuri Hati Rakyat”. Najib Troll Lagi, Kali Ini Dia Balas Balik Sindiran Azmin, Memang Padu Habis

Bukan “pencuriku” tapi “pencuri hati rakyat”, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Berikut jawapan spontan Najib ketika ditanya berkenaan tindakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yang menolak gelaran ‘bossku’ yang digunakannya, sebaliknya menggelarkannya sebagai ‘pencuriku’.

” Saya pencuri hati rakyat,” katanya Najib ringkas kepada pemberita.

Jawapan itu disambut sorakan hampir seribu yang menyertai program Jom Santai Bersama Bossku di sebuah pasar raya di Semenyih, malam ini.

Berpakaian serba hitam, beliau tiba bersama rombongannya sekitar pukul 8.30 malam.

Ramai yang jerit “malu apa bossku” dan “bos kita”..

Beliau menerima sambutan hangat hadirin dengan laungan takbir, “malu apa bossku” dan “bos kita” menyambut ketibaannya.

Najib berkata tidak menyangka menerima sambutan seperti itu dan berharap ia dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan pada PRK Semenyih yang bakal menjelang.

” (Ini) suasana yang amat tidak saya sangka sama sekali, menunjukkan rakyat memang nak dekat dengan saya sebagai pemimpin,” katanya yang juga bekas presiden Umno.

Selain berbual bersama-sama pengunjung dan pekerja di pasar raya itu, beliau juga dilihat membeli barangan keperluan.

Lihat video di bawah

Ketika diminta mengulas harga barangan yang dijual, beliau berkata tidak sempat untuk membuat tinjauan secara keseluruhan kerana “terlalu ramai orang mengerumuninya”.

” Jadi saya tak dapat buat tinjauan, tapi daripada komen orang ramai mereka mengeluh dengan harga barang yang meningkat,” katanya lagi.

Berkenaan kesediaannya untuk berkempen dalam PRK Semenyih, beliau berkata terbuka untuk berbuat demikian jika mendapat undangan.

” Saya diminta oleh kepimpinan (BN) tempatan untuk buat lawatan sambil meninjau keadaan di sini,” katanya lagi.

Turut hadir mengiringi Najib adalah anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam, Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos dan bekas adun Semenyih Johan

Najib troll lagi, memang padu…

Dalam status terbaru Najib di Facebook, beliau telah memuat naik beberapa gambar yang diambil sewaktu lawatan beliau ke Tesco Semenyih.

” Saya pergi Tesco Semenyih beli barang dapur saja. Ini kenapa semua ikut saya?” tulis Najib

Ternyata status tersebut yang dianggap troll telah mengundang beribu like dan komen oleh pengikut beliau. Sehingga kini status tersebut mendapat 69 ribu like dan 6.6 ribu komen serta hampir 4 ribu shares.

Sementara itu rata-rata netizen kagum dengan aura yang ada pada Najib meskipun kini tidak lagi bergelar pemimpin tertinggi negara.

” Aku xpernah suka dgn ‘dia’ tp sejak dia xPM lg, terus aku terjebak tersuka dgn ‘dia’… baru ku tahu dia hebat rupanya… aku kah yg buta atau keadaan yg merubah segalanya..” komen seorang netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: malaysiakini & FB Najib




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top