PU Azman Minta Netizen Berhenti Nyanyi Lagu Si Nopal, Ini Sebabnya Yang Buat Ramai Terkejut

Pendakwah terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman menerusi Instagram meminta netizen berhenti menyanyikan lagu Si Nopal yang tular di media sosial.

Menurut PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, beliau dimaklumkan bahawa perkataan ‘bahenol’ yang disebut dalam lagu animasi dari Indonesia itu membawa maksud tidak baik.

“ Beberapa hari lepas, saya antara personaliti yang memporpulakan lagu Bahenol. Tapi selepas mendapat maklumat daripada netizen dan membuat beberapa rujukan, saya dapati ia membawa maksud lucah,” katanya.

PU Azman turut memohon maaf kerana memuat naik video berkaitan animasi Si Nopal

Animasi Si Nopal menjadi tular di laman sosial khususnya lagu yang dinyanyikan watak dalam kartun itu ketika mengikuti perkhemahan bersama Si Nopal.

Rata-rata terhibur dengan gelagat animasi itu yang disifatkan agak melucukan.

Maksud Bahenol menerusi carian di laman sesawang Kamus Besar Bahasa Indonesia

Bagaimanapun menurut PU Azman, dia kesal kerana terkena tempias Si Nopal tanpa mengetahui asal usul atau maksud tersirat disebaliknya.

“ Saya dah delete video berkaitan Si Nopal, saya mohon maaf kepada netizen dan ingin menyarankan supaya tidak menyebut perkataan dan mengikuti lagi sebarang perkembangan tentang Si Nopal.

” Bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghairah dan montok,” katanya.

Lihat video di bawah

Bahenol Viralkan Animasi Lokal, Si Nopal di Malaysia

Aksara Bahenol dan animasi Si Nopal kini menjadi fenomenal di negara tetangga, Malaysia. Padahal animasi itu sudah berjalan lebih dua tahun menerusi platform Instagram. Ia pun dibikin oleh komikus lokal, Nuafal Faridurrazak yang telah mula meneroka bidang komikus sejak tahun 2014.

Antara episode yang menjadi viral sehingga menjadi parodi dalam kalangan selebriti Malaysia seperti Jihan Muse dan penyanyi Wany Hasrita adalah episode perkhemahan.

Si Nopal punya seorang adik, Cute Girl. Justru pada episode tersebut ada lirik yang berbunyi;

“Berkhemah, berkhemah, berkhemah sama si nopal… si nopal si nopal; anak nya bahenol…”.

Dan kata Bahenol itulah yang kini lagi menjadi viral dan parodi di Malaysia.

Klip video yang berdurasi 1 menit itu mencecah jumlah tontonan sebanyak 2.6 juta dalam masa dua minggu setelah disiarkan di YouTube. Siaran di Instagram pula sudah mencecah 3.2 juta saking populernya episode dan kata Bahenol itu sendiri.

Biar ngga banyak yang mengerti makna kata Bahenol, namun mereka berpendapat cara nyanyian Dede atau Cute Girl begitu menarik perhatian.

Suara di sebalik Cute Girl turut di selidik para penggemarnya dan diketahui ia dimiliki oleh gadis asal Bandung berusia 16 tahun, Nadiah.

(Naufal sang creator bersama pemilik suara Dede atau Cute Girl, Nadiah)

Malah karakter karakter animasi yang dibina Naufal dalam Si Nopal juga dikatakan seperti animasi antarabangsa Sin Chan.

Selain Si Nopal yang diangkat sebagai tokoh fiksi utamanya, Naufal juga menciptakan karakter sang Ayah dan Bunda serta adiknya, Dede atau Cute Girl.

Dalam sebuah wawancara yang dikutip dari Ciayo.com pada tahun 2017 silam, Naufal yang pertama kali membikin komik secara nggak serius pada Augustus 2014 mengungkapkan kalo ide menghasilkan episode per episode Si Nopal diangkat dari pengalaman dan kehidupan yang terjadi di sekitarnya saja.

“Ini sebenarnya hobi dan bakat dari kecil aja ya, sekali gus pengen punya penghasilan sendiri.

“Jadi dibikin secara mix komikus luar dan lokal. Idenya juga hanya dari pengalaman dan kehidupan sekitar. Itu aja,” ungkapnya seperti dilancir dalam wawancara tersebut.

Pada akhir wawancara, sang creator ini bilang kalo dia punya mimpi agar komikus lokal bisa menggeser komik import dalam arti bersaing secara kualitas.

“Toh Indonesia tuh punya loh komikus-komikus yang keren dari artwork sampe konsep cerita,” pungkasnya.

Dan ternyata kini, mimpinya semakin menjadi nyata apabila Si Nopal mula fenomenal di negara yang pernah melahirkan animasi fonemal di Indonesia, Upin & Ipin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: mstar & gempak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top