Papagomo Sir Azri Menceritakan Apa Yang Sebenarnya Berlaku Ketika Syed Saddiq Dikatakan Diserang Di Semenyih

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau nyaris diserang sekumpulan penyokong pembangkang selepas selesai proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, pagi tadi.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan itu berkata, beliau sedang menuju ke kereta tanpa ditemani pemandunya memandangkan beliau tidak bertugas sebagai menteri dalam aktiviti hari ini.

“Hari ini saya tiada driver sebab tidak bertugas sebagai menteri, dalam perjalanan ke kereta saya nyaris diserang oleh penyokong BN. Bila dimaki saya hanya beri salam dan terus bergerak ke hadapan tetapi mereka kejar saya.

“Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (Pas) yang nampak insiden pun datang untuk bantu kerana mereka nampak reaksi fizikal beberapa penyokong BN,” katanya menerusi laman sosial Instagram rasminya hari ini.

Menerusi perkongsian video berdurasi satu minit itu, kelihatan puluhan orang berbaju biru mengerumuninya seakan menunggu untuk menyerang beliau.

Syed Sadiq berkata, beliau menghormati pandangan orang ramai yang ingin mencaci dengan apa sahaja kata cemuhan kerana itu adalah hak mereka.

“…tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much!” tambahnya.

Syed Saddiq turut berkata, insiden itu mengingatkannya tujuan asal beliau memasuki dunia politik.

“Sedih saya lihat budaya gangsterisme yang menular dalam kalangan masyarakat kita. I want to be a “Yang Berkhidmat” which serves all Malaysians regardless of race, religion and political ideologies. Kerana Malaysia menyatupadukan kita semua,’ katanya.

Satu laporan polis berkaitan kejadian serangan itu akan dibuat Syed Saddiq di Balai Polis Sungai Way hari ini

Syed Saddiq sengaja buat provokasi?

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa sengaja membangkitkan provokasi di hadapan penyokong Barisan Nasional (BN) ketika selesai proses penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Demikian menurut Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papago yang memuatkan satu ciapan di Twitter membalas dakwaan daripada @TeamSaddiq.

“Nah inilah motif @SyedSaddiq yang sebenar. Dia sengaja turun dari kereta then jalan kedepan kemudian bila dah provoks penyokong BN dia turun balik dan driver dia rekod video untuk tunjuk konon nya penyokong BN serang dia.

“Aku ada tempat kejadian tadi. Shame on you lah Bro Sadiq,” tulis beliau.

Status itu dimuat naik selepas beberapa ciapan di Twitter mendakwa penyokong BN cuba mencetuskan kekacauan dengan menyerang Menteri Belia dan Sukan itu.

“YB @SyedSaddiq “diserang” oleh penyokong BN di Semenyih.

#tolakpolitiksamseng,” tulis Twitter @TeamSaddiq.



Dalam kejadian itu Syed Saddiq dipercayai dihembur dengan kata-kata makian seperti bangsat dan babi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dialami Syed Saddiq yang dikawal rapi oleh pihak keselamatan.

Ini Kata Kata Papagomo Kepada Syed Saddiq ..
Ni video bukti tidak ada apa apa serangan pun dari penyokong BN kepada YB @SyedSaddiq malah Aku sendiri peluk dia cakap “Kau ni Bodoh lah Bro” dan minta dia hentikan provokasi.

Sumber Artikel : Kosmo Online, Malaysia Gazette dan Sir Azri

Kredit:KL Viral




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top