Niat Baik Memelihara Kucing Terbiar Membawa Kepada Penemuan Harta Karun. Nilai Harta Tersebut Pasti Buat Anda Tidak Percaya

Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Perepat, di sini, tidak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yang dijumpai di pinggir hutan berhampiran rumahnya empat tahun lalu punca membawa kepada penemuan objek misteri yang tertanam di tepi kediamannya baru baru ini.

Menurut Zulkipli Sulong, 46 tahun, kucing betina yang diberi nama Miow itu telah melahirkan lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya m4ti.

Bercadang untuk menanam bangkai anak kucing tersebut, Zulkifli lantas menggali lubang berhampiran rumahnya. Sedang asyik menggali, tiba-tiba mata cangkulnya terkena objek keras sepsrti besi.

“Saya gali lagi dan bila dikeluarkan dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yang berukir kepala naga berwarna seakan-akan emas.

Saya tak sangka melalui kejadian menanam anak Miow, ia membawa kepada penemuan kacip pinang yang diperbuat daripada emas.

Mungkin ini balasan sebab saya ambil dan pelihara Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,” katanya yang menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela Miow.

Menurut Zulkifli lagi, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut, satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung rumahnya dengan bunyi yang sangat kuat, namun selepas diperiksa tidak menjumpai sebarang objek.

Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang emas itu tiada kejadian aneh yang menimpa dirinya. Merasakan bahawa beliau diberi petanda akan menerima durian runtuh melalui alamat objek besar jatuh diatas bumbung, ternyata ia memang benar.

“Sehingga kini saya masih simpan kacip pinang tersebut.Saya juga yakin ia adalah emas sebenar selepas bertanya dengan rakan-rakan yang rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip pinang itu memang diperbuat daripada emas.Saya cuba mengikisnya sendiri dengan pisau namun warna emasnya tak hilang dan habuknya pula berkilat,” katanya.

Hasil semakan di kedai emas berhampiran, ternyata keputusan ujian menunjukkan kacip tersebut diperbuat dari emas tulen. Dikatakan telah wujud sejak zaman keagunan kesultanan Melayu dahulukala, kacip Zainal dijangka bernilai sekitar 6 angka.

Apa Itu Kacip Pinang?

Kacip pinang ialah sejenis pisau yang direka khas untuk memotong pinang.

Alat ini sangat penting bagi pemakan sireh, oleh kerana orang sekarang sudah kurang atau pun tidak memakan sireh lagi maka alat ini pun sama sama pupus bersama. Inilah juga alat warisan Melayu yang turun temurun mengikut zaman.

Kacip sireh yang diperbuat daripada besi ini mempunyai seninya tersendiri untuk menggunakannya.Begitu juga bentuknya yang diukir berbagai bentuk hanya untuk menghiaskan alat tersebut.Memang pun alat ini hanya untuk mengupas dan memotong pinang sahaja dan kegunaan lain memang sukar digunakan.

Selain mengacip pinang, kacip ini turut digunakan untuk menghiris gula Melaka, memotong cangkerang siput sedut sebelum dimasak dan memotong daun rokok

Dewasa ini kacip jarang kelihatan kerana tidak ramai orang yang makan sirih pinang malah kacip yang biasa diletakkan bersama tepak sirih ketika adat istiadat Melayu berlangsung.

Kini, sangat jarang tepak sirih dibawa malah saya pasti ramai anak muda yang tidak kenal apa itu kacip pinang.

Sumber dari ReviewEver via The Klasik

The post Niat Baik Memelihara Kucing Terbiar Membawa Kepada Penemuan Harta Karun. Nilai Harta Tersebut Pasti Buat Anda Tidak Percaya appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top