Naik Muat Vid Anak Seperti Ini, Que Haidar Teruk Kena Bahasa Dengan Netizen

Berkahwin dengan guru tari, anak-anak que haidar sudah tentu mewarisi kehebatan ibu mereka dalam bidang tarian.

Jika diingat pada zaman kegemilangan program Akademi Fantasia, kelincahan Linda Jasmine selaku choreographer untuk para peserta berjaya melonjakkan namanya di persada seni.

Jadi, tak hairanlah anak-anak pun secara tak langsung meminati dan mewarisi bakat ibunda mereka. Dalam erti kata lain, darah seni sudah sebati dan mengalir dalam diri Ratu dan Cleo.

Kalau diamati betul-betul, anak perempuan sulung mereka, Tengku Ratu Haidar (8 tahun) mewarisi kecantikan ibunda tersayang. Sementara si comel Tengku Cleopatra Haidar (6 tahun) pula lebih iras wajah bapa.

Selain dikurniakan wajah comel dan cantik, puteri kesayangan Que dan Linda ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang peragaan.

Namun bukan itu saja, Ratu dan Cleo juga sebenarnya sangat suka menari. Haih, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Baru-baru ini Que Haidar telah memuat naik video yang memaparkan anaknya yang sedang asyik menari dengan berlatarbelakangkan lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga.

Uihhhh

Posted by ApeAjer on Friday, February 15, 2019

Sudah namanya artis, sudah tentu ramai peminat yang tidak melepaskan peluang membanjiri ruangan komen akaun insta beliau. Rata-rata peminat memuji kecomelan anak pasangan artis ini. Tambahan pula kemahiran mereka dalam memperagakan teknik tarian cukup mengagumkan.

Tetapi jika diamati, lebih separuh komen-komen yang diturunkan peminat mengecam tindakan Que yang mengongsikan video seperti itu ke khalayak umum.

Dikatakan gaya yang dipamerkan oleh anaknya seperti gaya gadis tarian tiang, ramai yang bersetuju bahawa video tersebut bakal menarik minat para fido.

Tidak terkecuali ada yang mengecam tindakan Que yang sepertinya bangga mempamerkan video tarian ala ghairah anak-anaknya itu.

Walaupun ramai yang nampaknya seperti tidak bersetuju dengan perkongsian tersebut, sehingga hari ke 5, video tersebut masih kekal di dalam akaun instagram Que.

Jom layan komen-komen netizen :

Lubokviral

The post Naik Muat Vid Anak Seperti Ini, Que Haidar Teruk Kena Bahasa Dengan Netizen appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top