“Mungkin Doktor Maksudkan Telur Penyu”. Suhaimi Saad Belum Berputus Asa, Cuba ‘Triggered’ Dr Sheikh Muszaphar

Perdebatan mengenai bentuk bumi sama ada rata atau sfera terus hangat diperkatakan apabila bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad membidas kenyataan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar berpendapat bahawa bumi itu berbentuk sfera atau lebih tepat adalah geosfera.

Namun apa yang menarik perhatian Suhaimi yang menggelarkan dirinya sebagai SS di media sosial adalah kenyataan Dr Sheikh Muszaphar bahawa ‘ia bukan seperti bola, tetapi lebih kepada sebiji telur’.

Mungkin doktor maksudkan telur penyu…

“ Besar harapan netizen dan rakyat Malaysia ni nak dengar doktor kata sfera. Tup tup tup, doktor kata macam telur pula.

“ Yang SS tahu, sfera tu macam bola. Telur tu macam bujur sikit. Dalam buku sekolah pun memang diajar sfera kan? Ke macam telur? Okey, SS husnuzon. Mungkin doktor maksudkan telur penyu,” katanya.

Suhaimi turut menyindir Dr Sheikh Muszaphar bahawa pandangan angkasawan itu adalah berdasarkan pemerhatian sewaktu ke angkasa lepas 10 tahun lalu.

“ Sebab doktor tengok tu pun dah lebih 10 tahun kan. Mungkin dah tak berapa pasti,” katanya.

Dia turut mempersoalkan cabarannya terhadap Dr Sheikh Muszaphar supaya bersumpah bahawa bumi itu berbentuk sfera.

“ Mungkin doktor tak berapa jelas apa yang SS maksudkan dengan sumpah. Walaupun sebenarnya SS dah tulis dengan jelas.

“ MasyaAllah… SubhanAllah dan In the name of Allah (dengan nama Allah) bukanlah lafaz sumpah itu zikir biasa.

“ Elok lah Dr tak bersumpah. SS takut juga kalau Dr termakan sumpah,” kata Suhaimi sambil menambah bahawa dia tidak akan menghentikan kajian mengenai bentuk ini mahupun membantu berdakwa untuk golongan ‘flat Earth’ yang mempercayai bumi itu adalah rata

Paparan skrin mengenai perkongsian Suhaimi di halaman Facebook miliknya.

Dr Sheikh Muszaphar pada pagi Jumaat berkongsi pengalamannya sebagai angkasawan Islam yang kesembilan menerokai angkasa lepas.

Sepanjang misi selama 12 hari di angkasa lepas pada Oktober 2007, Dr Sheikh Muszaphar mengakui bahawa bumi berbentuk sfera.

“ Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, subhanAllah… dan bumi adalah bentuk sfera, atau dengan lebih tepat berbentuk geosfera. – ‘tirus’ (squashed) di Kutub dan ‘membonjol’ (bulged) di Khatulistiwa.

“ Bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur. Setiap manusia sepatutnya pergi ke angkasa lepas sekiranya diberikan peluang,” katanya.

Terdahulu, ini jawapan penuh berilmiah dari Dr Sheikh Muszaphar…

Terdahulu Dr Sheikh Muszaphar secara terbuka menjawab desas-desus mengenai persoalan adakah bumi ini sebenarnya rata.

Sebagai angkasawan Islam yang kesembilan menerokai angakasa lepas, beliau memberitahu adalah menjadi tanggungjawab untuk menjelaskan fakta sebenar.

Dr Sheikh Muszaphar berkongsi pengalamannya mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari dengan setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam, mengelilingi orbit dengan kelajuan 27,000 kilometer sejam.

Terdengar laungan azan sewaktu berada di angkasa lepas…

“ Laungan azan kedengaran seketika. Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Ilahi. Melihat bumi dengan mata sendiri.

“ Degupan jantung berhenti seketika, meremang bulu roma, mata tidak terkebil… melihat kebesaran Maha Pencipta. Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasa lepas,” katanya menerusi posting di laman sosial Instagramnya, pagi Jumaat.

Sepanjang misi selama 12 hari di angkasa lepas, Dr Sheikh Muszaphar mengakui bahawa bumi berbentuk sfera.

Penjelasan panjang lebar di Instagram angkasawan negara.

“ Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, subhanAllah… dan bumi adalah bentuk sfera, atau dengan lebih tepat berbentuk geosfera. – ‘tirus’ (squashed) di kutub dan ‘membonjol’ (bulged) di khatulistiwa.

Bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur…

“Bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur. Setiap manusia sepatutnya pergi ke angkasa lepas sekiranya diberikan peluang,” katanya.

Beliau turut memberitahu peluang itu akan mengubah perspektif mengenai kehidupan secara menyeluruh, dan membuatkan kepercayaan terhadap kebesaran Maha Pencipta.

“ Pengalaman itu benar-benar mengagumkan dan hebat. Sukar untuk mengubah minda golongan yang mempercayai bumi itu adalah rata.

“ Tetapi saya berkongsi pengalaman tentang apa yang saya telah lihat dengan nama Allah dari hati,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan pertama negara, berlepas ke angkasa dengan menaiki roket Soyuz TMA -11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Netizen minta Dr Sheikh Muszaphar jangan layan Suhaimi Saad ( SS) lagi..

Dalam pada itu rata-rata netizen memuji cara bijak penuh berilmiah Dr Sheikh Muszaphar memberikan penerangan dan meminta beliau agar tidak melayan Suhaimi Saad.

” Tq Doctor, good one .Abaikan yg sebelah sana kesian sgt aih. Jangan layan orang seperti dia.. Otak dia dah tengelam Kat lautan dalam..”

” MasyaAllah. Well said Dr. Menuntutla Ilmu bukan hanya ke negeri China… kene menuntut ilmu hingga ke angkasa lepas..”

” MasyaAllah well said doc drsheikhmuszaphar please do not waste time to further entertain.some ppl have some sort of delusional personality disorder.May Allah protect us..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top