Masih Ingat Cico? Ibunya Uji Rashid Dedah Ini Keadaan Terkini Anaknya Yang Buat Ramai Sebak

Selepas dua tahun dikatakan menghidap penyakit misteri, keadaan Cico, 41, yang juga anak kepada penyanyi popular era 1970-an, Uji Rashid semakin positif walaupun dia masih sukar untuk berkomunikasi.

Sehubungan itu, Cico yang juga penyanyi dan pelakon ketika ditemui menolak untuk ditemubual, sebaliknya perlukan bantuan ibunya untuk berkomunikasi.

Uji berkata, sebelum ini anaknya itu tidak mengenali sesiapa dan sukar bercakap kerana dikatakan menjadi mangsa penganiayaan pihak tertentu yang meletakkan bahan terlarang dalam minumannya.

Keadaan Cico kini berbeza…

Namun, keadaannya kini sudah berbeza apabila sudah mengenali rakan-rakan artis dan pihak media.

“ Alhamdulillah Cico sudah 80 peratus pulih. Dari segi fizikal nampaknya dia sudah okay, cuma percakapan yang masih bermasalah dan perlahan tetapi dia boleh memahami apa yang diperkatakan. Dia boleh dengar dan menjawab tapi agak lambat untuk membalas kembali,” katanya.

Menurut Uji, dia sering mengajak Cico menemaninya ke mana-mana sebagai satu proses terapi untuk mengembalikan ingatannya.

“ Saya buat begini kerana nak bagi dia ingat semula apa yang dilaluinya sebelum ini. Kadang-kadang dia malas nak ikut kerana tak mahu orang banyak bertanya kepadanya.

“ Saya nak kembalikan ingatannya kerana dia pernah hadir ke acara-acara membabitkan saya sejak kecil dan sebelum dia sakit,” katanya.

Malah, Cico juga kerap membawa bersama anaknya Rindu Nur Fitrah, 10.

Cico pernah ditawakan berlakon tetapi..

Uji berkata, Cico juga pernah ditawarkan berlakon tetapi sebagai ibu dia menolak kerana Cico belum bersedia.

“ Dia boleh baca dan bercakap, tapi doktor beritahu prosesnya perlahan. Saya harap Cico akan pulih sepenuhnya selepas ini. Buat masa ini dia masih menjalani rawatan di hospital termasuk rawatan perubatan Islam.

“ Dia juga kerap menjalani terapi di gimnasium bagi mempercepatkan proses pemulihannya dengan bantuan doktor,” katanya.

Dalam masa sama, Uji juga sering melepaskan Cico keluar berdua dengan anaknya ke mana-mana.

“Kalau saya halang, ia ibarat saya tak yakin dengan kemampuannya. Yang penting dia tahu pergi dan balik. Dia tahu keselamatan dirinya dan Rindu. Kalau saya halang, nanti pemikirannya akan terganggu,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top