“Lepas Balik Dari Umrah Saya Freehair Lagi, Tapi Kini”. Nonny Nadirah Mula Bertudung, Sampai Artis Lain Pun Komen

Pelakon Nonny Nadirah yang kini sudah bertudung berharap agar diberi ruang dan peluang untuk dia memperbaiki diri kerana masih dalam fasa percubaan.

Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 30, berkata dia terharu sehingga mengalirkan air mata apabila menerima mesej peribadi dan doa daripada keluarga, peminat dan rakan-rakannya.

” Saya masih dalam fasa percubaan dan bagilah masa kepada diri saya untuk memperbaiki diri, hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala.

” Terima kasih kepada yang mendoakan, keluarga, peminat, kawan-kawan… Siap ada yang email dan DM (direct message) kat saya, doa-doa dan kata-kata semangat korang membuatkan air mata saya mengalir tak henti.

” Akan tetapi janganlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ni jika ada kekurangan dari diri saya. Kita semua manusia biasa,” katanya.

Nonny turut memuat naik beberapa foto dia berimej baharu dengan memakai tudung menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Nonny, dia membuat keputusan untuk berubah ke arah yang lebih baik selepas beberapa hari pulang menunaikan umrah bersama suaminya pada hujung Januari lalu.

Bagaimanapun, dia ada mengadu kepada ibunya mengenai kebimbangan apabila baju-baju yang ada tidak bersesuaian dengan imej tersebut.

” Selepas balik dari mengerjakan ibadah umrah saya masih free hair lagi, pergi program pun tak pakai tudung dan selepas sehari kemudian saya terdetik mengajak sahabat saya untuk teman pergi membeli beberapa helai tudung.

“Saya mengadu dengan mak saya. Kalau nak bertudung, baju semua macam mana? Sebab banyak baju saya tidaklah sesuai untuk dipakai dengan tudung. Banyak dibeli sebelum ni pun hanyalah untuk mama.

Nonny baru sahaja pulang menunaikan umrah..

” Mama jawab dengan nada tenang, jika niat kamu sudah ada dan terdetik untuk memakai tudung, Insya-Allah Allah akan permudahkan urusan kamu,” ujarnya.

Katanya, selang sehari selepas itu dia ada menerima hadiah beberapa helai tudung dan buku paduan sembahyang daripada rakan-rakannya.

Dalam pada itu, Nonny mengakui bukan mudah untuk berubah namun dia akan berusaha untuk memakai tudung dengan sempurna.

” Mungkin hari ini saya keluar hanyalah menggunakan shawl, Insya-Allah esok hari saya dah boleh memakai tudung dengan sempurna. Doa yang baik-baik. Untuk pengetahuan, ia bukanlah mudah.

” Sebelum ini pakai hanya waktu penggambaran, sekarang ni baru saya rasa betapa mencabarnya untuk si pemakai-pemakai tudung,” katanya.

Diana Rafar pun komen…

Perkongsian Nonny tersebut telah mendapat reaksi pengikut beliau, malah rakan artis turut berasa bangga dengan perubahan beliau.

Antaranya adalah Diana Rafar yang menulis komen di bawah;

” Alhamdullilah i luv u adik mohon share doa istiqomah yg @nurhelizahelmi and @mila_jirin baca … tak sabar nk jumpa korang luv adik adik ku semua”

Ramai juga kenalan artis lain yang turut mendoakan Nonny supaya istiqamah. Malah pengikutnya juga berasa terharu dan turut mendoakan kesejahteraan Nonny

” Mmg pun bukan senang. Kadang2 kami yg bertudung ni pun xsempurna lagi , sentiasa perbaiki cara pakaian n pertuturan. Moga Allah mudahkan urusan nonny n kita semua Aamin” komen seorang netizen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top