Lelaki ini belanja ratusan ribu untuk menyalut emas pada 3 buah motosikalnya tapi dengan angkuh berkata jika terdapat org lain mempunyai moto yg sama dia akan memberikan ketiga2 motor kepada individu tersebut

Lelaki yang dikenali sebagai Phuc XO ini menjadi tular setelah menghabiskan sebanyak RM262,680.60 untuk menyaluti 3 buah motosikal miliknya dengan emas tulen!

Phuc XO atau nama sebenarnya Tran Ngoc Phuc menjadi bualan hangat netizen setelah gambarnya mempamerkan dua buah motosikal bersalut emas menjadi tular di media sosial.

Menurut Phuc, dia telah menghabiskan kira-kira RM87,560.20 bagi menghiaskan setiap motosikalnya. Dua daripadanya telah dibawa pulang manakala sebuah lagi masih dalam proses akhir untuk disiapkan…

Phuc turut mendakwa nilai motosikal Harley-Davidson itu mencecah harga melebihi RM472,000 setelah ianya siap disalut emas.

Motosikal kedua jenis Honda ini pula dianggarkan bernilai lebih RM262,000.

Sebuah lagi motosikal yang bakal siap tidak lama lagi dikatakan mempunyai nilai tertinggi iaitu sekitar RM875,000!

Ketiga-tiga motosikal eksklusif ini telah disalut emas pada beberapa bahagian tertentu seperti rim, bingkai, enjin dan sebagainya.

Dalam satu klip terbaru, Phuc XO menyatakan bahawa jika anda mana-mana individu di Vietnam yang turut memiliki motosikal emas sepertinya, dia akan memberikan ketiga-tiga motosikal mewah itu kepada individu berkenaan.

Ketika ditanya tujuan dia berbuat demikian, Phuc XO menyatakan bahawa jika merujuk kepada Lima Elemen Kelahiran, namanya Kim Sinh Moc mempunyai perkaitan dengan emas dan membawa nasib baik serta tuah.

Lelaki Vietnam 0bses Emas Lalu Menghias Badan Dengan Emas Seberat 13Kg Setiap Hari Tapi Akhirnya Makan Diri.

SEORANG ahli perniagaan warga Vietnam meraih perhatian media sosi4l di seluruh Asia, kerana obsesnya dengan emas. Tran Ngoc Phuc yang berusia 36 tahun memakai emas dengan berat keseluruhan 13 kilogram (kg) ke mana sahaja dia pergi. Malah, dia sentiasa ditemani sekurang-kurangnya lima pengawal peribadi, bagi memastikan tiada siapa cuba untuk mencuri barangan kemasnya.

Phuc mula menjadi tajuk berita di Vietnam minggu lalu selepas siri video di YouTube mengenai dirinya menunjukkan barangan kemas yang besar, menjadi tular. Ia meraih jutaan tontonan sejak dimuat naik di laman sosi4l. Bukan setakat itu, gambar dan videonya memakai rantai emas besar, gelang dan cincin turut tular di media sosi4l, termasuk beberapa laman web di China dan Thailand.

Lelaki ini belanja ratusan ribu untuk menyalut emas pada 3 buah motosikalnya tapi dengan angkuh berkata jika terdapat org lain mempunyai moto yg sama dia akan memberikan ketiga2 motor kepada individu tersebut

Segelintir orang mencurigai ketulenan barangan kemas yang dipakainya, dan n3tizen tertanya-tanya bagaimana dia boleh dan berjalan dengan beban yang begitu berat. Ahli perniagaan itu mengakui mengambil masa untuk membiasakan diri memakai kesemua barang kemas tersebut. Jelasnya, ia benar-benar berbaloi kerana emas dapat memberi tuah dan kemewahan yang banyak kepadanya.

Phuc memberita pemberita bahawa koleksinya ketika ini adalah aksesori emas besar, terdiri daripada rantai emas dengan loket seberat 5kg, dua gelang besar 5kg, empat cincin masing-masing seberat 500 gram dan tali pinggang emas. Kesemuanya berjumlah 13kg dan dianggarkan bernilai AS$550,000 (RM2.3 juta).

Ahli perniagaan itu mend3dahkan dia mula menempah barangan kemas besar lima tahun lalu, selepas seorang perunding feng shui memberitahu bahawa ia dapat menambah tuah pada dirinya. Phuc yang juga dikenali sebagai Phux XO, sempena nama sebuah pusat karaoke mewah yang dimiliknya di bandar Ho Chi Minh.

Dia sebenarnya dibesarkan dalam keluarga yang miskin, tetapi nasibnya berubah pada usianya 20an dengan menjalankan perniagaan minyak. – odditycentral

Tidak mudah, tentu saja, kira-kira 13kg emas. Phuc tidak menolak jika pada mulanya ia agak sukar. Dia akan memakainya untuk seketika dan mengambilnya apabila ia tidak selesa. Sehingga dia akhirnya terbiasa dengannya. Untuk rantaian dan medali yang sangat berat, ia menjadi masalah, kerana lehernya mula terluka kerana dia harus menyokong beban yang berat.

Pada satu ketika, Phuc berhenti menggunakannya dan pergi ke doktor kerana kesakitan tidak hilang. Doktor itu berkata sakitnya disebabkan oleh rantai emas dan pingat yang lebih besar, tetapi Phuc terus memakai perhiasannya.

Sumber: Tin nhanh via erabaru / edisi media.

Jika anda suka dengan kisah ini sila share pada kawan yang lain. Jangan lupa LIKE Facebook kami News Today untuk kisah2 yang lebih menarik lagi.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top