Kecoh Habis Tesco Semenyih Bila Najib Singgah Sekejap. Tak Sangka Rupanya Benda Ini Yang Dia Beli

Najib Razak pergi berjumpa rakyat lagi sekali dan kali ini di Semenyih. Kebetulan pula ada PRK di Semenyih akan datang.

JOM SANTAI BERSAMA #Bossku #NajibRazak

Rakyat sekitar #SemenyihN24 yg berkelapangan dijemput hadir ke program santai bersama Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 13 Febuari 2019. Masa : 8.00 mlm. Lokasi : Tesco Taman Pelangi, Semenyih 43500 Semenyih, Selangor

Setibanya Najib Razak di Tesco Semenyih sudah ramai yang menanti. Penantian mereka seperti menunggu artis kegemaran mereka. Artis pun tak popular macam ini.

Memang nama Najib Razak melonjak naik sejak video Malu Apa Bossku tular. Rata rata yang hadir pasti tidak akan terlepas peluang untuk berswatofo dengan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak.

Laungan ‘Malu Apa Bossku’ dan ‘Bukan Biasa Biasa’ berkemundang di dalam Tesco Semenyih sebentar tadi.

Najib Razak di bahagian minyak masak.

Memang mengejutkan apabila ramai orang yang mengikut Bekas Perdana Menteri, Najib Razak ke dalam Tesco Semenyih.

Dianggarkan ratusan penyokong Najib Razak hadir untuk bertemu dengan beliau.

Rupanya Ini Yang Sempat Najib Razak Beli Di Tesco..

Najib Razak singgah ke bahagian ikan dan membeli sotong 2 ekor. Najib Razak juga pergi ke tempat menjual minyak masak dan membeli 1 botol besar minyak masak dan beberapa barang keperluan.

Jangan terkejut bila Najib Razak sendiri beratur di kaunter bayaran dan membuat bayaran. Apa la perasaan juruwang wanita yang bertugas ketika itu.

Najib Razak sedang membuat bayaran di kaunter. Tersipu sipu pekerja kaunter itu ..

Najib Razak beredar dari Tesco Semenyih pada pukul 9.10 malam. Jadi adakah ini tanda Najib Razak akan berkempen di Semenyih seperti apa dia buat di Cameron Highlands?

Ini komen Azmin Ali, padu habis!…

Sementara itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lebih layak digelar “pencuriku” berbanding “bossku”.

Timbalan presiden PKR berkata panggilan “boss” tidak sesuai untuk seorang pemimpin “kleptokrat” yang mengamalkan rasuah.

“Jika dia seorang pencuri, kita sokong? Pemimpin korup dia bos kita?” katanya selepas melancarkan bilik gerakan Wanita Pakatan Harapan di sini malam tadi.

“Jawapannya tidak! Bagi saya dia bukan ‘bossku’ tetapi ‘pencuriku’“.

Azmin turut mencabar Najib supaya berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Semenyih seperti yang dilakukannya di Cameron Highlands.

“Baru sekarang tunggang motosikal, makan roti canai, pakai kain sarong, walaupun salah dan naik teksi. Cara ini mungkin berjaya di Cameron Highlands, saya nak tengok dia buat di Semenyih,” katanya.

“Orang Melayu di Semenyih tidak sama seperti Cameron Highlands. Mereka bukan Melayu pekan. Sebab itu, saya nak tengok ‘bossku’ datang ke tidak.”

Lihat video di bawah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Sumber: KLviral




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top