“Kalau Tiada Bukti, Jawablah di Akhirat Nanti”. Uncle Kentang Sudah Bersuara, Memang Pedas Ayat Dia

” Saya bukan balaci DAP, bukan juga balaci BN. Saya balaci “orang lapar” dan orang sakit, saya balaci rakyat,” kata aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai “uncle kentang”.

Menjelaskan matlamatnya untuk menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semata-mata mahu membawa suara rakyat, beliau bagaimanapun mengakui sukar untuk memenangi PRK berkenaan.

” Saya tahu saya sukar untuk menang di peti undi, tetapi saya yakin, saya akan menang suara, menang membawa suara rakyat yang susah.

” Saya akan berkempen di Semenyih nanti dengan mengumpul mereka yang susah dan sakit, saya akan berkempen sambil bercuti,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap khabar angin yang mendakwa penyertaan Presiden Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP) itu “ditaja” DAP bagi memecah undi.

Kuan pada 5 Februari lalu menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam PRK DUN Semenyih.

Beliau berkata, keputusan terbabit diambil bukan untuk popular atau meraih kemenangan, sebaliknya mahu berkhidmat untuk rakyat.

Beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap pemimpin politik yang hari ini lebih banyak “mengubah nasib diri sendiri” dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

” Kalau saya menang, satu sen gaji (sebagai wakil rakyat) tidak akan saya ambil. Itu gaji (milik) rakyat, gaji saya Tuhan akan bayar,” kata Kuan.

Jawablah di akhirat nanti…

Sementara itu mengulas tuduhan pihak tertentu kepadanya, Kuan berkata itulah nilai politik masyarakat negara ini selepas lebih 60 tahun negara merdeka.

Katanya beliau tidak terkesan dengan tuduhan-tuduhan liar itu dan tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

” Saya ini ejen orang lapar saja dan orang sakit terlantar. Kalau ada bukti saya ini ejen DAP atau BN tunjuklah. Kalau tak jawab di akhirat nanti,” tambahnya lagi.

Ditanya mengenai pelawaan Pemuda Umno Selangor yang mengajak Kuan menyertai kempen BN, “Uncle Kentang” itu berkata beliau tidak menerima apa-apa lamaran.

” Untuk rekod saya tidak jumpa sesiapa pun, orang kalau nak undang ke majlis kahwin sekurang-kurangnya hantarlah kad jemputan,” katanya secara berkias.

Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Selangor Rizam Ismail mengajak Kuan Chee Heng Kentang untuk membantu memenangkan calon BN pada PRK 2 Mac ini.

Rizam berkata Kuan tidak perlu menyertai PRK itu sebaliknya perlu besama-sama BN bagi memberi pengajaran kepada PH.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : malaysiakini




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top