Jiran atas rumah selalu buat bising,lihat tindakan lelaki ini utk blas dndam

Xian: Seorang penduduk yang tidak tahan dengan bunyi bising jiran di atas rumahnya membalas dendam baru-baru ini dengan memasang ‘penggegar bangunan’ sebelum dia dan keluarganya pergi bercuti.

Penduduk berkenaan yang hanya dikenali dengan nama keluarganya Zhao sebelum ini berusaha memujuk jirannya mengurangkan bunyi bising kerana ia mengganggu kehidupan dia dan isterinya.

Bagaimanapun, usahanya itu sia-sia menyebabkan dia mengambil keputusan membeli penggegar bangunan dengan harga 400 yuan (RM255) untuk ‘mengajar’ jirannya.

Jiran atas rumah selalu buat bising,lihat tindakan lelaki ini utk blas dndam

Jiran atas rumah selalu buat bising,lihat tindakan lelaki ini utk blas dndam

Mesin itu yang menggunakan kuasa motor direka untuk menggegarkan dinding tanpa henti.

Pada jam 8 malam Jumaat minggu lalu, Zhao memasang mesin itu dan meninggalkan flatnya untuk bercuti hujung minggu. Bunyi bising mesin itu menggegarkan lantai menyebabkan jiran di atas rumah Zhao tidak senang duduk. Dia mengadu kepada pengurusan bangunan tetapi mereka tidak dapat membantunya.

Keluarga itu juga membuat laporan polis yang kemudian cuba menjejaki Zhao, tetapi gagal.

Akhirnya, pada petang Ahad berikutnya, Zhao pulang dan dia dipujuk pegawai supaya mematikan mesin berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Zhao dikenakan tindakan kerana perbuatannya itu. Sumber : utusan kami.

Antara komen netzen

Faudziyah – Ckp baik2 xnk trima…bila tiba diri sendiri yg kena…tau pulak resah akn bisingnya.. ini la manusia. Kita yg mmbaca ni amik jdi iktibar . Allah hu akhbar…

Rosli Ali – Kat mana leh dpat mesin tu..jiran atas umah aku pun peragai lahanat gak…bila mlam je ..mula la buat bising…nk bertukang …sampai tgh mlm…dah banyak kali dah aku g tegur tapi mcm kluar dari hutan banat…siang2 tak mau lak dia nk betukang…

Mohd Zaki – Haha hamik kau…kau ber”vaganza” sgt kat atas.Jiran bawah kau bagi “gegar vaganza” pulak haha..
‘Penat Bergaduh Dengan Jiran, Aku Pindah Dari Flat Yang Aku Duduk Selama 20 Tahun’ – Luahan Penduduk Rumah Flat
Bila family aku pindah dari rumah kedai ke rumah flat, masa tu rasa happy sangat. Walaupun kecik, tapi aku rasa puas sebab keadaan rumah kedai tu memang tak macam rumah.

Bahagian depan abah buat kedai jahit, letak partition tengah-tengah untuk jadi ruang tengok tv. Situ juga jadi tempat tidur mak abah dan adik yang kecik.

Cuma ada satu bilik jer untuk tempat solat dan letak kain baju. Aku dan adik-beradik yang besar sikit tidur dalam bilik. Ruang dapur pun sempit.

Bila pindah flat, ada 3 bilik. Bilik paling besar untuk 4 orang anak perempuan, bilik sederhana untuk mak abah dan bilik kecil untuk 2 orang anak lelaki. Memang sangat teruja masa tu.

Dari asal cuma 1 pintu jer, bila dah besar, dah kerja, dah kahwin, kami duduk asing dengan mak abah. Adik-adik yang bujang je duduk dengan mak abah. Adik perempuan aku duduk rumah lain sebelah rumah mak. Aku pun duduk rumah lain, atas rumah mak. Jadi family aku ada 3 pintu kat situ.

Flat aku jenis dua baris berhadapan yang bersambung hujung kiri dan kanan. Bahagian hujung tu juga ada tangga. Setiap baris ada 8 pintu dan setiap tingkat ada 16 pintu. Flat 5 tingkat tanpa lif. Jumlah semuanya 80 pintu. Tingkat bawah sekali untuk ruang parking motor dan dewan untuk majlis.

Hidup kat flat ni banyak suka duka. Laki bini gaduh boleh dengar 1 blok. Jiran jerit panggil anak balik pun gegar 1 blok. Gaduh sama-sama jiran. Puak 1 gaduh dengan puak 2. Bela kucing sampai menyusahkan orang lain.

Tapi bila pasal kenduri kendara memang best. Pinggan mangkuk kerusi meja tak payah beli. Sebab blok ada buat kutipan derma untuk beli semua tu bagi kegunaan ramai. Khemah tak payah sewa. Buat je bawah blok. Cuma sediakan duit beli barang untuk masak jer. Masak pun gotong royong. Sangat harmoni.

Lama-lama, kehidupan kat flat jadi sangat menyentapkan. Parking kereta pun tak cukup. Terpaksa double park. Dulu tak ramai orang pakai kereta. Habis-habis pun 1 rumah 1. Bila dah bertahun, orang anak 3 yang dah besar dah kerja, start beli kereta. Dari rumah tu cuma 1 kereta dah jadi 4 kereta. Baru 1 rumah. Situ ada 3 blok yang kongsi kawasan parking yang terhad. 1 blok ada 80 pintu. 3 blok ada 240 pintu. Kalau purata 1 rumah 2 kereta, dah ada 480 kereta. Sumpah tak cukup parking.

Kalau dah double park, lupa nak free kan gear, atau tertarik hand break, dengar lah bunyi hon dan maki hamun orang non stop. Sebab kereta yang kita blok tu tak boleh keluar. Nak tolak kereta kita pun tak boleh.

Pernah jadi kat aku, aku hon banyak kali pun takder orang turun alihkan kereta. Last-last terpaksa naik motor. Pernah juga jadi kat aku, parking hujung sini, masa nak keluar kereta dah kat hujung belah sana. Lagi haru, aku blok kereta orang, tak dengar pun bunyi hon, tup-tup masa nak keluar, cermin kereta dah kena pecah. Orang tak boleh tolak sebab aku tarik hand break. Terbang duit ganti cermin pintu.

Belum lagi cerita langgar lari. Cermin lampu pecah, bumper tercabut, badan kereta kemek. Bumbung pun ada yang kemek, orang buang barang dari atas. Kalau setakat sampah sarap tu memang selalu kena. Makin lama makin azab. Makin stress.

Hanya sebab parking, pernah gaduh dengan jiran sampai maki hamun. Dia blok kereta aku sampai aku tak boleh keluar, bila tegur, boleh marah aku balik. Eh, kau dah kenapa? Jangan ingat kau je ada mulut. Aku ni tak bisu pun. Mulut puaka kau tu tak setanding pun dengan puaka tahap dewa mulut aku. Cuma bezanya aku ni tak bangang abadi macam kau. Dah salah tu mengaku jer, minta maaf, alih kereta. Tak payah nak buat kecoh. Aku akan hormat orang selagi orang hormat aku. Kalau orang tak hormat aku, cari pasal dengan aku, memang silap.

Aku pernah tegur budak-budak main mercun memekak dari malam nak mengadap puasa pertama sampai malam terakhir nak habis raya. Boleh pulak dorang ejek aky balik. 2 bulan main mercun. Bangang sungguh jadi mak bapak. Anak main mercun depan rumah boleh biar macam tu jer.

Tahap sabar aku maksimum bila anak aku asyik menangis sebab terkejut bunyi mercun. 2 minggu aku tumpang rumah adik aku. Lepas 2 minggu aku balik flat, ada lagi. Malas nak cakap banyak, aku telefon polis, terus polis datang. Tau pulak takut. Elok lepas polis blah, tak lama tu bunyi lagi. Haram jadah betul.

Kucing pun satu hal. Tak sedar diri duduk flat, bela kucing macam duduk banglo. Bau busuk sangat-sangat. Paling geram bila pokok aku mati sebab kena kencing berak kucing. Depan rumah penuh najis kucing. Aku tegur suruh kurung pandai pula jawab kesian kucing tu kalau kurung 24 jam. Habis tu kau ingat aku ni hamba abdi kau nak mengadap kencing berak kucing kau? Sebab kucing pun jadi gaduh.

Tengah tengok tv waktu malam, ada orang ketuk pintu rumah aku. Rupanya jiran bawah aku. Suruh aku jangan buat bising tolak tarik barang sebab cucu dia nak tidur. Aku terima je bila aku rasa aku salah. Siap minta maaf lagi. Tapi yang tak boleh blah, time cucu dia tak tidur, boleh pulak bukak radio sekuat-kuat tidak sampai rasa bergegar 1 blok. Bila aku tegur, boleh pulak jawab, awal lagi. Baru pukul 8 malam. Lagipun malam minggu. Orang tidur lambat. Kepala hotak kau! Siap bawak mulut dekat orang lain, aku serang dia.

Paling celaka dalam banyak-banyak kes tu, bila budak-budak main, sampai bergaduh, mak bapak pun join sama. Ada orang serang rumah mak aku cakap anak sedara aku pukul anak dia. Aku tanya anak sedara aku betul ke tak. Dia mengaku. Aku tanya kenapa dia pukul budak tu, dia jawab sebab budak tu tolak dia sampai jatuh tangga lepas tu ludah dia. Bila aku tanya budak tu, dia angguk, tapi dia cakap gurau je. Kepala bana kau gurau sampai ludah bagai.

Anak sedara aku rileks je tak mengadu apa-apa. Tapi anak dia… Lepas tu aku terus cakap kuat-kuat, lain kali kalau ada orang buat, balas jer balik. Kalau tak nak balas, bagi tau. Kita sama-sama serang rumah dia. Last-last jiran aku tu balik dengan muka tak puas hati. Mungkin malu sebab anak dia pun lagi syaiton.

Pening aku. Pasal parking gaduh, pasal mercun gaduh, pasal kucing gaduh, pasal bising gaduh, pasal anak pun gaduh. Lama-lama dah tak tenteram duduk flat tu. Makin stress. Last-last aku ajak mak abah aku pindah duduk teres. Jual rumah, cari rumah baru. Adik perempuan aku awal-awal lagi dah pindah. Tak larat nak gaduh dengan jiran dah. Kebetulan mak abah pun dah tak larat nak turun naik tangga.

Tapi sesekali, aku pergi jugak situ. Setakat pusing-pusing dengan cek surat. Abah pun macam tak boleh move on lagi. Tiap-tiap minggu akan ajak pergi sarapan kat sana. 20 tahun duduk flat tu. Dah sebati dengan kawasan situ. Sekolah rendah, sekolah agama, tadika, surau, masjid, kedai runcit, kedai makan, pasar malam, serba serbi dekat. Jalan kaki pun boleh.

Jujur, aku rindu rumah flat aku. Masa taip ni pun, air mata aku bertakung jer. Asal aku pergi tengok kawasan rumah lama aku, memang sebak. Apa pun aku ucap syukur pada Allah sebab kehidupan keluarga kami makin selesa. Alhamdulillah…

Sumber: Dunia Apeez

Jika anda suka dengan kisah ini sila share pada kawan yang lain. Jangan lupa LIKE Facebook kami News Today untuk kisah2 yang lebih menarik lagi.




Post a Comment

1 Comments

  1. Kalo tak senang dgn mana2 jiran flat beli je padlock dan kunci rumah dia sampai tak dapat nak keluar.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)