Jauh Beza Dulu Dan Sekarang. Ini 9 Fakta Menarik Tentang Hael Husaini Yang Ramai Tak Percaya

Kemenangan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram di Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) yang berlangsung pada Ahad malam mendapat reaksi berbeza-beza daripada penggemar muzik tempatan.

Ada yang menganggap lagu nyanyian Hael dan Dayang Nurfaizah itu layak menggondol trofi itu dan tidak kurang yang memberi pendapat sepatutnya lagu lain lebih layak menggenggam trofi berprestij itu.

Ketua juri AJL33 yang juga komposer, Azmeer menjelaskan pemilihan Haram dibuat kerana ia menepati semua syarat-syarat, selain menyifatkan lagu itu adalah contoh karya yang mempunyai inovasi dan pembaharuan dari segi melodi dan susunan.

Walaupun lagu yang dipertandingkannya memang biasa didengar di corong radio, namun, mungkin ramai yang masih belum mengenali siapa Hael Husaini sebenarnya. Oleh itu, mari baca 10 info menarik tentang abang jampi kita ni!

1) Biodata

Hael Husaini atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi dilahirkan pada 10 Disember 1987 dan berasal dari Kunak, Sabah. Beliau mula berjinak dalam industri seni apabila menyertai dan merangkul naib juara di dalam rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) Musim 10.

2) Kerjaya sebelum menyanyi

Ramai yang tidak tahu, penyanyi yang berusia 31 tahun ini dahulunya pernah bekerja sebagai seorang jurugambar. Mungkin itulah sebab Hael Husaini pandai mencari angle apabila menangkap gambar untuk dimuat naik di Instagram.

3) Nama kelab peminat

Tidak dapat disangkal Hael Husaini mempunyai peminat yang ramai. Beliau juga mempunyai kelab peminat yang diberi nama Haelers. Instagram Haelers mempunyai seramai 14.4k pengikut. Mereka sangat aktif dan sentiasa menyokong Hael Husaini dalam kerjaya nyanyiannya.

4) Pengikut di Instagram

Jika Instagram kelab peminat Hael Husaini mempunyai seramai 14.4k pengikut, akaun Instagram beliau sendiri sendiri kini seramai 1.2 juta pengikut. Hael sememangnya seorang selebriti yang rajin memuat naik gambar untuk memberi update terbaru kepada peminatnya.

5) Pernah menyertai kumpulan duo, Azhael

Beliau pernah muncul sebagai penyanyi duo bersama Azhar. Walau bagaimanapun, Hael telah mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut. Kedua-dua anggota kumpulan Azhael mengaku terdapat perselisihan faham antara mereka.

6) Berbakat menulis lagu

Bukan setakat menyanyi, Hael Husaini juga mempunyai bakat sebagai seorang komposer. Selain menulis lagu sendiri, beliau turut menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan seperti lagu Dia nyanyian Dayang Nurfaizah, Hati-hati nyanyian Amira Othman dan lagu Cemburu serta paling terbaru, Pematah Hati nyanyian Nabila Razali.

7) Pernah mendapat anugerah di AIM21

Semasa masih bergiat aktif di dalam kumpulan duo, Azhael, mereka pernah dinobatkan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Kumpulan) di Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-21 pada tahun 2014 dengan lagu Hujung Waktu.

8) Mempunyai anak angkat

Walaupun masih bujang, Hael sudah pun bergelar seorang bapa pada pertengahan tahun lalu selepas mengambil anak angkat yang dinamakan Nur Helena. Bayi perempuan itu merupakan anak angkat yang diterimanya daripada sebuah keluarga.

9) Juara AJL33

LAGU ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Lagu dinyanyikan sendiri oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah.

Untuk rekod ia adalah kemenangan kali kedua berturut-turut gandingan Hael Husaini dan Ezra yang pernah menjuarai AJL32 tahun lalu menerusi lagu Jampi. Manakala lagu nyanyian Dayang berjudul Lelaki Teragung pula merangkul trofi AJL31.

Naib juara AJL33 pula milik lagu Bunga ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok nyanyian Ara Johari.Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : lobakmerah




Post a Comment

0 Comments