In the name of Allah. Akhirnya Dr Sheikh Muszaphar Buka Mulut Tentang Dakwaan Bumi Rata

Sebelum ini kecoh di media sosial apabia terdapat pihak yang mendakwa dimana Bumi sebenarnya bukan bulat atau sfera, tetapi rata!

Malah pihak-pihak yang dungu ini menyatakan sedang melakukan ‘kajian’ dan amat yakin bahawa bumi sfera hanyalah konspirasi.

Terbaru, ada di antara golongan ini meminta angkasawan negara untuk bersumpah atas nama tuhan untuk mengaku bahawa Bumi ini sfera.

Rentetan daripada itu, Shekh Muszaphar telah memuatnaikj sekeping gambar pada hari ini beserta kapsyen berikut:

In the name of Allah. Akhirnya Dr Sheikh Muszaphar Buka Mulut Tentang Dakwaan Bumi Rata

Pic – Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas … Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar …

Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari..Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr..

Laungan Azan kedengaran seketika..Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi..Melihat Bumi dengan mata sendiri..

Degupan jantung berhenti seketika..Meremang Bulu Roma..Mata tidak terkebil..Melihat Kebesaran Maha Pencipta..

Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas … Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana

MasyaAllah …SubhanAllah …

And the Earth is spherical in shape . Geosphere to be exact . Squashed at the poles and bulged at the Equator .

Not like a ball but more to an egg . Every human being should go to space if given the opportunity . It changes your perspective on life as a whole .

It makes you a true believer on the Creator.. The experience is truly amazing and spectacular.. It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers

But here I am sharing you my experience of what I have seen .

In the name of Allah it comes from my heart

Salam Jumaat Everyone … Semoga mendapat Barakah semua .

Amiinn … Love As Always …

PS – Just wanted to straighten the facts !

Sebelum ini kecoh : “Jika bumi ini sfera..” – Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara Bersumpah Bumi Bulat Sfera

Kenyataan Suhaimi Saad mengenai saiz matahari dan bulan yang didakwa hampir sama mendapat reaksi negatif netizen yang menyelar status dimuatnaik suami Ina Naim itu.

Terbaru, dia membuat cabaran kepada angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengenai dakwaan yang dibuat sebelum ini.

In the name of Allah. Akhirnya Dr Sheikh Muszaphar Buka Mulut Tentang Dakwaan Bumi Rata

Suhaimi secara terbuka mencabar angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi itu sfera. Dia juga berjanji untuk menghentikan kajiannya dan menolong untuk berdakwah kepada golongan ‘flat earth’ yang percaya bumi ini sebenarnya rata.

Dr Sheikh Muszaphar telah ke angkasa lepas dalam satu misi pada tahun 2007 lalu dalam Program Angkasawan Malaysia.

In the name of Allah. Akhirnya Dr Sheikh Muszaphar Buka Mulut Tentang Dakwaan Bumi Rata

Suhaimi yang menggunakan Mosus di Facebook itu juga turut meminta bukti jika benar bumi ini sfera. Dia juga meminta netizen untuk menunjukkan kepadanya di mana langit dunia seperti disebutkan dalam surah al-Mulk.

In the name of Allah. Akhirnya Dr Sheikh Muszaphar Buka Mulut Tentang Dakwaan Bumi Rata

Dalam pada itu seorang netizen telah meninggalkan komen pada salah satu status Suhaimi meminta penjelasan berdasarkan carta penerbangan dunia. Individu itu mempersoal bagaimana penerbangan ke Tokyo, Jepun ke San Francisco, Amerika Syarikat perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.

In the name of Allah. Akhirnya Dr Sheikh Muszaphar Buka Mulut Tentang Dakwaan Bumi Rata

Kenali Sheikh Muszaphar

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia, Sheikh Muszaphar yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik yang kesemuanya lelaki, berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar.

Sheikh Muszaphar kemudian melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Beliau menjadi doktor ortopedik dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur (1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).

Sheikh Muszaphar berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Beliau menyertai program ini di bawah perjanjian bersama Russia menerusi program Angkasawan, dan telah kembali ke Bumi bersama ahli-ahli Ekspedisi 15, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov selepas sembilan hari berada di stesen berkenaan.[11]

Misi selama 11 hari ini telah berjaya dijalankan dari 10 Oktober 2007 jam 9.21 malam waktu Malaysia dan selamat kembali ke bumi pada 21 Oktober 2007 pada jam 6.44 petang waktu Malaysia.

Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas.

Semasa sidang akhbar NASA dengan ahli-ahli Ekspedisi 16 pada 23 Julai 2007, Shukor menyatakan bahawa beliau berharap untuk membawa pelbagai kultur sel hidupan untuk dipelajari semasa penerbangannya.

Sumber : Yoy Network , ohbulan




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top