Gara-gara meniru gaya Neelofa, peminat hendak lempang Jihan Muse

Jihan Muse dan Neelofa, sememangnya dua nama ini tidak perlu untuk diperkenalkan lagi dalam industri seni tanah air.

Kedua-dua wanita ini merupakan contoh terbaik artis dan selebriti yang berjaya mengukir nama dalam mewarnai dunia seni hiburan.

Jihan Muse mula dikenali peminat dalam bidang seni dengan menyertai rancangan realiti lawak terkenal di mana beliau mendapat tempat sebagai naib johan di dalam pertandingan tersebut.

Walau bagaimana pun karier seni beliau sebenarnya telah bermula sejak tahun 2009 lagi di mana beliau telah menyertai kumpulan Sanggar Teater di bawah kendalian aktres hebat, Fauziah Nawi.

Saban hari, Jihan Muse semakin mengorak langkah dan melebarkan sayap dalam catatan perjalanan karier seni beliau. Pelbagai anugerah telah berjaya menghiasi rak koleksi beliau terutamanya dalam kategori komedi.

Berbekalkan bakat humor yang ada, beliau mudah untuk menawan hati peminat dan penerbit.

Baik dalam cabang lakonan, pengacaraan, semuanya dia tapau. Tak kasi can. Memang talented.

Terkenal dengan penghasilan vid eo parodi artis-artis dan selebriti terkenal, Neelofa tak terlepas daripada menjadi bahan jenaka beliau. Lihat saja la aksi beliau di dalam rakaman di bawah.

Thank you JIHAN MUSE for this hilarious (but also so me) take, on me! 😂😂😂

Posted by Neelofa on Saturday, February 9, 2019

Hahaha.. tak kering gusi kan? Sebijik betul cara Jihan tiru gaya Lofa.

Namun begitu, ada jugak peminat yang tidak berpuas hati dengan aksi Jihan di dalam rakaman parodi tersebut sehingga nak lempang beliau.

Hehe.. admin rasa dia mungkin cuma sekadar ingin bergurau. Nak lempang pakai sudu pulak tu. Tak mustahil pun sebenarnya beliau juga terhibur dengan aksi Jihan seperti peminat-peminat yang lain.

Ramai betul yang terhibur dengan aksi Jihan tersebut.

Rupa-rupanya ini bukanlah pertama kali Jihan Muse menjadikan Neelofa sebagai subjek eksperimen parodi beliau.

Sebelum ini, beliau juga pernah meniru aksi bekas  Dewi Remaja tersebut yang sememangnya terkenal dengan gaya fesyen pakaian yang pelik-pelik.

Namun, Neelofa sememangnya tidak kisah dengan aksi Jihan yang dianggapnya hanya sekadar gurauan dan tidak melampaui batas.

Neelofa pun rileks je. So, korang jangan mengelupur ye. Jadi manusia ni kena sporting sikit. Jangan serius sepanjang masa.

Apa-apa pun admin doakan semoga kedua-dua artis wanita ini berjaya dalam semua bidang yang mereka ceburi.

Teringat pula saat Neelofa menyertai pertandingan Dewi Remaja. Rasa macam baru semalam je ia berlaku. Muka sentiasa manis dan tak dimamah usia. Sweet sangat.

The post Gara-gara meniru gaya Neelofa, peminat hendak lempang Jihan Muse appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top