Gara Gara Hadir Tidak Diundang, Tetamu Majlis Perkahwinan Bertempiaran Menyelamatkan Diri

Makan makanan di majlis perkahwinan tanpa diundang merupakan salah satu kesalahan yang amat berat dalam Islam. Islam sendiri telah melarang kita supaya jangan mengambil harta orang jika ia bukan milik kita.

Namun apa yang berlaku di suatu majlis kenduri khawin baru-baru ini amat mengemparkan hadirin yang bertandang. Mana tidaknya seekor lembu ternakan yang berkeliaran di sekitar taman perumahan hadir memeriahkan majlis tersebut.

Tertarik dengan bauan makanan untuk tetamu, lembu yang tidak diawasi pemiliknya lantas menuju ke meja hidangan dan menjamah makanan yang belum sempat dijamah tetamu.

Panik kerana kemunculan ternakan tersebut, para tetamu lantas mengangkat kaki kerana bimbang lembu tersebut naik minyak selepas makan nasi minyak.

Jenuh tuan rumah nak halau ni..

Posted by Rakan AntiViral on Tuesday, February 12, 2019

Risau kehadiran tetamu yang tidak diundang ini bakal menganggu majlis, bapa pengantin perempuan cuba menarik tanduk lembu tersebut dengan harapan haiwan itu meninggalkan majlisnya.

Dek kerana godaan makanan yang menarik seleranya, lembu tersebut enggan beredar dan meneruskan memakan makanan di pinggan lain yang masih terdapat di meja berhampiran. Hampir putus asa tuan rumah mencari kaedah terbaik bagi menghalau lembu tersebut.

Video yang dikongsikan di laman sosial ini jelas menarik perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat lembu tersebut. Tidak kurang ada juga yang mengecam tuan punya lembu yang tidak bertanggungjawab membiarkan ternakannya berkeliaran tanpa pengawasan.

Kalau kena kes lembu mengamuk seperti dibawah ni, mau haru biru kenduri khawin pasangan pengantin baru tersebut.

Sape yg salah ni? Rasanya yg baju merah tu..

Posted by Rakan AntiViral on Thursday, January 24, 2019

Apa pun hukum memakan juadah kenduri tanpa diundang tidak terpakai dlam situasi ini ye. Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri.

Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, haram dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.

Jika kita makan tanpa diundang maka kita wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.

Dalam kes diatas ni, apa pula hukum bagi tuan punya lembu tersebut? Kena bayar balik ke tak? Huhuhu..

Admin LubokViral

The post Gara Gara Hadir Tidak Diundang, Tetamu Majlis Perkahwinan Bertempiaran Menyelamatkan Diri appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top