‘Faham’ bukan hanya tahu tapi apa yang diberitahu oleh yang benar-benar tahu , PU Amin Debat bentuk Bumi

‘Faham’ itu bukan hanya apa kita tahu, tapi apa diberitahu oleh yang benar-benar tahu – PU Amin debat bentuk bumi

MEDIA sosial kecoh mengenai bentuk bumi, sehingga ia dijadikan bahan jenaka oleh netizen yang memberikannya gambaran pelbagai bentuk, termasuk donat, kucing dan itik!

Namun yang menjadi perhatian dalam negara adalah bentuk sfera bumi dipertikaikan sama ada ia sebenarnya mendatar, terutama dengan kewujudan golongan ‘flat Earth’ yang mempercayai bumi itu rata.

Walaupun tidak pernah ke angkasa lepas, Pencetus Ummah (PU) Amin tampil bersuara berhubung isu berbangkit mengenai kebesaran Tuhan itu.

“Saya tak pernah ke angkasa lepas. Tapi pengalaman saya menjelajah dunia dengan Mat Dan dalam Haramain Backpackers (program pengembaraan) itu ada, kami telah mengembara hampir dua pertiga dunia.

“Pada mata kasar kami mungkin mungkin bumi ini agaknya bersifat hamparan ‘flat’. Mungkin adalah hipotesis yang bodoh, maka sebab itu kami berjalan jauh untuk menukar ‘mungkin’ pada ‘yakin’,” katanya menerusi perkongsian status di akaun Instagramnya pada Jumaat.

Kapsyen PU Amin

“Saya tak pernah ke angkasa lepas . Tapi pengalaman saya menjelajah dunia dengan Mat Dan dalam Haramain Backpackers itu ada , kami telah mengembara hampir 2/3 dunia..Pada mata kasar kami mungkin mungkin bumi ini agaknya bersifat hamparan ‘flat’ . Mungkin mungkin adalah hipotesis yang bodoh , maka sebab itu kami berjalan jauh untuk menukar ‘Mungkin’ pada ‘Yakin’..

Selepas kami menjejak kan kaki ke Wilayah Haran , kawasan utara turki , kami melihat kesan peninggalan utama di daerah itu . Nyata kami silap kerana melihat secara kasar dan literal..Para Ulama Pakar Kaji Angkasa Lepas wujud lebih awal disana . Para cendekiawan disana telah awal dulu mengkaji bentuk , saiz , jarak , kelajuan dan segala ilmu tentang bumi dan angkasa lepas . Mereka tekad dan yakin memaklumkan bahawa bumi itu ‘SFERA’..

Pandangan dan kajian Para Ulama disokong oleh ‘Ahli Khibrah Falak’ iaitu Pakar Angkasa Lepas Moden hari ini..Maka mengapa perlu kita mengapi apikan lagi sesuatu yang telah jelas diterjemahkan oleh para cerdik pandai ?..Kesimpulan nya , untuk terus hidup dengan kebenaran maka belajar dan menjelajahlah . ‘Faham’ itu bukan hanya apa yang kita tahu , tapi apa yang diberitahu oleh yang benar benar tahu..

Sekadar menyelit cerita , wilayah haran juga adalah lokasi Nabi Ibrahim bertemu Siti Sarah . Siti Sarah sangat cantik . Kata sejarawan kalau mahu mencari wanita benar benar cantik di dunia ini jenis Siti Sarah ia ada di Haran . 😅..”

Menerusi program itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkongsi pengalamannya menjelajah ke wilayah Haran di utara Turki.

“Selepas kami menjejakkan kaki ke wilayah Haran di utara turki, kami melihat kesan peninggalan utama di daerah itu. Nyata kami silap kerana melihat secara kasar dan literal.

“Para ulama pakar kaji angkasa lepas wujud lebih awal di sana. Para cendekiawan di sana telah awal dulu mengkaji bentuk, saiz, jarak, kelajuan dan segala ilmu tentang bumi dan angkasa lepas. Mereka tekad dan yakin memaklumkan bahawa bumi itu adalah SFERA,” ujarnya.

Tambah PU Amin, pandangan dan kajian para ulama disokong oleh ‘ahli Khibrah Falak’ iaitu pakar angkasa lepas moden hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dr Sheikh Muszaphar merupakan Angkasawan Pertama Negara

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan mengapa perlu masyarakat mengapi-apikan lagi sesuatu yang telah jelas diterjemahkan oleh para cerdik pandai.“Kesimpulannya, untuk terus hidup dengan kebenaran maka belajar dan menjelajahlah. ‘Faham’ itu bukan hanya apa yang kita tahu, tapi apa yang diberitahu oleh yang benar-benar tahu,” katanya.

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berpendapat bahawa bumi itu berbentuk sfera atau lebih tepat adalah geosfera.Pandangan itu berdasarkan misi beliau ke angkasa lepas selama 12 hari dengan menaiki menaiki roket Soyuz TMA -11 yang dilancarkan oleh Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Suhaimi mencabar Dr Sheikh Muszaphar bersumpah bumi berbentuk sfera

 

Terdahulu, bekas penyanyi kumpulan nasyid, Suhaimi Saad mencabar Dr Sheikh Muszaphar Shukor untuk bersumpah dengan nama Allah mengatakan bumi adalah sfera.

“Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana. MasyaAllah, SubhanAllah… dan bumi adalah bentuk sfera, atau dengan lebih tepat berbentuk geosfera. – ‘keadaan seperti memenyekkan’ (squashed) di bahagian kutub dan ‘membonjol’ (bulged) di khatulistiwa,” ujar Dr Sheikh Muszaphar.

Bagaimanapun kenyataan angkasawan negara itu mengenai bentuk bumi bukan seperti sebiji bola, tetapi lebih kepada sebiji telur, mendapat sindiran Suhaimi atau menggelarkan dirinya sebagai SS di media sosial.

“Besar harapan netizen dan rakyat Malaysia ni nak dengar doktor kata sfera. Tup tup tup, doktor kata macam telur pula. Yang SS tahu, sfera tu macam bola. Telur tu macam bujur sikit. Dalam buku sekolah pun memang diajar sfera kan? Ke macam telur? Okey, SS husnuzon. Mungkin doktor maksudkan telur penyu,” kata Suhaimi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

sumber : Mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top