Dulu Promoter Sogo, Kini Gadis Ini Bergelar Jutawan

GOLONGAN wanita zaman kini dilihat semakin prihatin terhadap penjagaan kecantikan diri.

Justeru itu tidak hairanlah jika lambakan produk kecantikan di Malaysia masih lagi menawarkan peluang perniagaan yang cukup lumayan kepada mereka bijak mengambil peluang untuk bersaing di dalam bidang ini.

Jika dilihat melalui ruang promosi di media sosial, pelbagai iklan berasaskan bidang estetika dan kecantikan memonopoli newsfeed akaun media sosial kita. Sasaran pasaran terhadap golongan wanita sememangnya masih belum tepu dan mampu menjadi ruang untuk menjana pendapatan yang cukup lumayan.

Jadi bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini, masih belum terlambat untuk mengambil peluang menjadi usahawan sama ada sebagai agent dropship atau pengusaha produk atas jenama sendiri.

Cabaran menjadi usahawan produk kosmetik sememangnya amat mencabar dan memerlukan kesabaran diri yang tinggi. Bersaing untuk menawarkan produk terbaik masing-masing ke dalam pasaran memerlukan pengorbanan dan risiko kegagalan sudah pasti menghantui para usahawan yang terjun ke bidang ini.

Namun begitu, bagi mereka yang tidak mempunyai keupayaan dalam menghasilkan produk sendiri, menjadi agent dropship merupakan satu langkah awal untuk mengenali selok belok dunia perniagaan produk kosmetik ini.

Menimba pengalaman memasarkan produk orang lain dan hanya bergantung kepada pendapatan melalui komisyen merupakan langkah pertama Sara Anna sebelum beliau menubuhkan syarikat atas namanya sendiri.

Memasarkan produk kecantikan berasaskan corset dan bumpants, beliau kini mampu tersenyum lebar meraih pendapatan 7 angka sebulan.

Perkongsian beliau di akaun instagram miliknya baru-baru ini membuka mata ramai wanita diluar sana untuk terus berusaha memajukan diri dan mencapai financial freedom.

Jom ikuti perkongsiannya :

Ye betul takde apa yang special pasal saya. Dulu muka tak lawa, badan kurus mcm cacing kepanasan, miskin wak.. sy keje promoter berdiri 12 jam. Takde yg special pun. Saya sedar diri, saya tk malu pn nak bgthu org. Kalau saya masuk kedai hermes ke rolex ke saya tak malu pn nk bgthu saya budak miskin je dlu.

Nothing to be proud of. Cos im not yet billionaire like wht i want to be. Tapi kan wak, saya berusaha tau keluar dari hidup saya yang dulu. Saya tak duduk kat ofis tunggu duit jatuh dari langit. Saya tak mengemis duit kat orang nak start bisnes. Dan, saya tak harap duit sesiapa pun masa saya naik. .

Nak tahu benda paling best? Dlu saya slalu negative mcm awak. Slalu sakit hati tgk org lebih dr saya, sbb sy tak mampu nk buat dan taktahu mcm mne nk buat.

Saya keturunan indonesian, susah wak nk hidup kt malaysia ni. Asyik ada je tak kena..tapi kan wak, i made it. Almost to the top. Kereta2 yg saya ada, rumah, duit, ofis, spa.. semua yg saya ada semua hasil titik peluh sy tanpa bantuan org. .

Takde sape tolong, and im proud. Super proud of myself. Dari promoter gaji 800-1200.. jadi dropship income 1500-2000, jadi agent 2000-5000.. dan skrg? Terima kasih atas doa mak, doa keluarga, doa semua org yg tk putus. Terima kasih jgk kpd haters yg nk tgk kejatuhan sy, sbb awk saya makin kuat.

Copywriting ni bukan utk menunjuk. Tp nak empower women, if i can, u can too.. biaq p la org nk kata apa, mulut sampah mmg tk boleh benti mengata psl org na.. kita? Berusaha sehabis boleh. Yg penting segala2 rezeki adalah dr keberkatan ibu bapa. .

Jahil mana pn kita, ada bbrp perkara kena patuh. Salah satu, berbakti dkt parents. Nnt rezeki senang masuk. Semu bnde ni sara ajar staff and agent sara. Apa diorg dpt skrg? Siap ada nk keluar audi. .

Ingat resepi berangan? Berangan dan usaha. Cnfirm jadi kenyataan. Okay la slamat malam smua org 😘❤

Bagaimana? Adakah anda terinspirasi dengan perkongsian beliau? Cabar diri anda untuk berjaya seperti beliau ..

The post Dulu Promoter Sogo, Kini Gadis Ini Bergelar Jutawan appeared first on Lubok Viral.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top