Budak Cina Dan India Payung Rakan Melayu Ketika Sedang Solat Mendapat Pujian Netizen Video Disediakan

Gambar 4 orang pelajar UNIMAP, di antaranya Cina dan India sedang melindungi 3 rakan mereka bersolat berjemaah dari terkena hujan tersebar di laman sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh Shehdi Ragiun itu menarik perhatian netizen dan rata-ratanya kagum dan menganggap itulah sikap 1Malaysia yang sebenarnya.

“Kat UNIMAP. Dalam satu camping, budak Melayu sedang solat. Hujan turun, budak Cina dan India tolong payungkan,” katanya.

Gambar itu mencetus perbualan hangat di kalangan netizen.

“Walaupun hanyalah ‘kem’, kenapa tidak kita doakan agar semua ini berkekalan dengan kekalnya semangat perpaduan? Come’on Malaysian, inilah masa untuk tumbuhnya pokok generasi baru,” kata Rasyid Razak.

“Kadang-kadang kaum lain, Cina, India, Melayu, kalau dah bergaul, tak ada masalah pun. Hidup harmoni je dan tidak timbul pun isu perkauman ini.

Tetapi bila ada sesetengah yang memang membangkitkan kemarahan sesetengah kaum lain, dicampur dengan media yang ada sekarang ini, jadilah tersebar meluas.

Jangan kerana hanya sikap seorang individu, kita samakan semua bangsanya. Apa pun syabas kerana mampu menghormati satu sama lain walaupun berbeza bangsa dan agama,” kata Alif Amran Aminuddin.

Amalan hidup seperti inilah yang kita mahukan dan amalkan lebih-lebih lagi dikalangan generasi muda.

Jangan hanya disebabkan beberapa kes terpencil menjadikan kita pertimbangan sehingga melabelkan satu bangsa berperangai sama sedangkan masih ada lagi yang baik dan bertimbang rasa malah menghormati bangsa dan agama yang lain.

Video:


Pengantin Cina Cetus Kejutan, Berpakaian Baju Melayu.
Budak Cina Dan India Payung Rakan Melayu Ketika Sedang Solat Mendapat Pujian Netizen Video Disediakan

JITRA – Ketika masyarakat sibuk memperkatakan soal kerapuhan kaum di negara ini, sepasang pengantin keturunan Cina mencetuskan kejutan manis di kalangan penduduk Kampung Alor Rambai, Kepala Batas dekat sini bila mereka memilih konsep perkahwinan Melayu bagi meraikan saat bahagia mereka.

Soo Sheng Leng, 28, tampak segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup manis menggayakan kebaya Kedah.

Kedua-duanya yang langsung tidak menampakkan rasa kekok, dan turut menyerikan lagi majlis perkahwinan mereka dilangsungkan menggunakan konsep gotong-royong masyarakat Melayu.Kira-kira 3,000 saudara mara, rakan dan jiran meraikan pengantin.

Soo Lian Heng, 58, bapa kepada pengantin lelaki berkata majlis perkahwinan anaknya yang berkonsepkan adat Melayu telah lama dirancang bersama keluarga.

Ia adalah sebahagian usaha mereka bagi merapatkan lagi hubungan keluarga dengan penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Melayu.

Pemilik kedai runcit itu berkata, rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

“Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya.

“Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya,” katanya kepada pemberita di majlis itu.

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

“Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia.

“Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung,” katanya.

Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, isteri Goh berkata, ia akan dikenang sepanjang hayat.

“Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.

“Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila,” kata pekerja syarikat swasta di Kulim itu.

Sementara penduduk kampung, Suraya Mat Lazim, 44, berkata dia agak terkejut apabila Soo menjemputnya sekeluarga menghadiri majlis kenduri kahwin konsep Melayu.

Majlis seumpama ini pertama kali diadakan oleh masyarakat Tionghua di kampungnya, kata beliau.Katanya, sebagai jiran dia turut membantu keluarga tersebut pada majlis itu, lapor

Sumber: Bernama

Sumber: thehypemedia.com via kumbang blues




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top