Belum Reda Pasal Buka Tudung, Gambar Sek$i Atas Katil Pula Tular? Ini Komen Emma

Belum pun reda kontroversi melibatkan Emma Maembong yang mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab baru-baru ini tersebar pula gambarnya di laman sosial memperlihatkan aktres itu terbaring di atas katil dengan pakaian seksi.

Enggan terus membiarkan orang ramai tersalah sangka dengan gambar tersebut, Emma berkata, foto itu jelas kerja suntingan pihak tidak bertanggungjawab dan hasilnya cukup ketara.

Kata Emma sekiranya benar itu adalah dirinya, dia akan mengakuinya namun gambar yang tersebar itu jelas menggunakan wajahnya yang dicantum dengan badan orang lain.

Gambar edit rupanya..

” Tiba-tiba ada pulak viral korang edit gambar saya… Benda senang sahaja, kalau salah saya, memang gambar saya, saya akan mengaku.

” Tapi kalau dah bukan, nampak ketara orang edit sampai tengkuk saya nampak ‘krem’, gigihkan korang edit gambar saya?,” katanya di Instastory.

Sebelum ini, Emma menjelaskan bukan mudah untuk istiqamah dan kekal imej bertudung yang dipakainya sejak lima tahun lalu.

Peminat mendoakan agar Emma kembali berhijab.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 27, ini turut mengakui keputusan itu bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh selain bersedia menerima sebarang kecaman.

Beberapa hari sebelum mengumumkan keputusan itu, foto Emma bersama seorang lelaki, Syed Abdullah tersebar di laman sosial memperlihatkan dia tidak bertudung.

Bagaimanapun kata Emma, dia tidak mengambil pusing dengan perkara tersebut dan secara sinikal meminta pihak yang berniat jahat itu meneruskan perbuatannya.

” Tak kisahlah pahala itu dapat dekat saya. Teruskanlah edit benda bukan-bukan,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Newsviral

Kredit : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top