Anaconda Sarawak Ditemui Ketika Sedang Mengawan

BUNYI dari dalam lubang kayu balak di kawasan belukar Sungai Kelawit, Bintulu membawa penemuan ular sawa betina gergasi. Mendapat jolokan ‘Anaconda Sarawak’, reptilia itu, dengan berat melebihi 100 kilogram, ditemui pada 4.45 petang oleh pemburu selepas curiga dengan bunyi bising berkenaan.

Tertarik dengan bunyi bising itu, Tinsung Ujang, 60, kemudian menjenguk ke dalam lubang kayu terbabit dan terkejutnya melihat ular sawa gergasi berkenaan sedang mengawan dengan ular sawa jantan yang lebih kecil darinya.

“Saya berasa amat terkejut kerana tidak pernah ternampak ular sawa yang sedang mengawan, iaitu sawa betina gergasi sepanjang lima meter, manakala pasangannya ular sawa jantan bersaiz agak kecil”.

“Terkejut dengan fenomena yang agak luar biasa itu, saya terus menembak kedua-dua reptilia itu kerana bagi masyarakat kami, ia hidangan eksotik yang menjadi lauk kegemaran,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, saiz reptilia itu yang agak besar dan berat menyukarkannya membawanya pulang ke rumah sebelum meminta bantuan beberapa rakan.

“Kami terpaksa ‘membelah’ kayu balak itu untuk mengeluarkan kedua-dua ular sawa berkenaan,” katanya. Tinsung berkata, ular sawa berkenaan kemudiannya dibawa keluar dari kawasan belukar itumenggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) sebelum dipamerkan ke penduduk setempat.

“Ia kemudian dilapah dan daginngnya dibahagikan sama rata buat para penduduk kampung serta pekerja ladang berhampiran,” katanya.

Python Asia adalah ular terpanjang kedua. Ilmuwan menyebutnya Asiatic Reticulated Python (Python reticulatus). Python terpanjang yang ditemukan di kawasan Kalimantan panjangnya 33 kaki, dan merupakan rekor dunia sanca terpanjang saat ini. Para ilmuwan percaya panjang python bisa mencapai 50 kaki atau sekitar 15 meter.

Bedanya, anaconda lebih langsing dan ahli berenang. Sementara python lebih gemuk dan hanya suka kelembapan, bukan di air. Anaconda menggigit mangsanya sampai mati sebelum menelan, sementara python menggunakan kekuatannya dengan membalut mangsa sampai tulang-belulangnya hancur atau tak bergerak lagi, kemudian ditelan bulat-bulat.

ULAR SAWA DITANGKAP KETIKA SEDANG MENGAWAN

Kredit: EmpireMediaNetwork




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top