Aliff Aziz Buat Hal Dengan Octavia Pula. Akhirnya Kakak Octovia Aprena Manrose T4mpil Beri Nasihat Padu Kepada Bella Astillah

KUALA LUMPUR: “Seboleh-bolehnya saya tidak mahu masuk campur kerana itu urusan mereka. Namun, saya berharap sangat kakak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik,” kata Aprena Manrose.

Adik kepada pelakon, Oktovia Manrose itu turut menasihati isteri Aliff Aziz, Bella Astillah yang juga kawan baiknya supaya mendengar cerita daripada mulut mereka sendiri, bukan sumber lain.

“Saya faham, Bella sebagai isteri pasti kecewa apabila sekali lagi berdepan dengan kemelut rumah tangga. Mungkin dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Cuma, pada masa sekarang, ada baiknya Bella mendengar sendiri pengakuan dari mulut suaminya dan Oktovia, bukan berpandukan cakap sumber luar,” katanya.

Kekalutan dalam rumah tangga pasangan itu tercetus apabila Bella menerusi hantaran di Instagram mendakwa, suaminya mempunyai hubungan dengan Oktovia. Bella dalam kenyataannya, mend4kwa Aliff dan Oktovia keluar bersama ke pusat hiburan selepas digandingkan dalam telefilem, Dosa Itu Bukan Miliknya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Bella, Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena, 25, berharap k0ntroversi itu tidak menjejaskan persahabatan mereka. Aprena berkata, dia dan Bella menjalin kerjasama menerusi rakaman semula lagu popular Siti Sarah Raissuddin, Semakin yang dimuat naik di YouTube, semalam.

“Saya berharap hubungan baik kami tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap sangat mereka dapat selesaikan kemelut ini dengan baik,” kata anak bongsu penyanyi, Iwan dan pelakon, Allahyarham Rosnah Mohd Noor itu.

Aprena mula dikenali apabila diberi peluang menggalas watak utama dalam drama, Tiada Arah Jodoh Kita, bergandingan dengan Shukri Yahaya, tahun lalu. Sumber berita harian online

Artikel berkaitan. Anak-Anak Iwan Raja Dangdut Semakin Popular! Terdahulu Hangat pernah rangkumkan mengenai Raja Dangdut, Iwan yang kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia dangdut. Sebaliknya, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman bin Wan Yunus kini beralih ke muzik nasyid.

Meskipun begitu, siapa sangka anak-anak perempuannya kini menyambung legasi Iwan dan Allahyarham isterinya yang juga pelakon popular 80-an, Rosnah Mohd Noor. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

Kedua-dua anak perempuan Iwan, Wan Shamira Puteri Octavia atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose dan Wan Shahera Puteri Apreena(Apreena Manrose) kini semakin aktif dan popular menerusi slot drama yang ditayangkan di kaca televisyen

Sepupu Kepada Adik-Beradik Senrose Dan ‘The Maembong’. Untuk anda yang tidak tahu, adik-beradik Manrose ini juga bersaudara dengan adik-beradik Senrose dan ‘The Maembong‘ di mana ibu mereka adalah adik-beradik dan bapa adik beradik Maembong adalah sepupu ibu mereka.

Tidak dinafikan keluarga besar ini antara nama yang mend0minasi drama-drama terkini. Another The Kardashians mungkin? Sumber hangat

Artikel Berkaitan:

Patutlah Cantik Rupanya Sepupu Uqasha Senrose. Ini Biodata Octavia Manrose, Anak Iwan Dangdut

Memulakan langkah sebagai anak wayang sejak dua tahun lalu, pelakon baharu bernama Octavia Manrose ini semakin mencuri perhatian para peminat tempatan dan pengiat seni tanah air.

Walaupun masih hijau dalam dunia lakonan, bakat wanita berusia 26 tahun ini tersendiri dan tidak boleh dipandang sebelah mata.

Antara drama dan telemovie yang telah dibintangi figura cun melecun ini adalah Dendam Aurora, Encik Suami Mat Salih Celup, Tercipta Untukku dan Cinta Si Wedding Planner.

Untuk pengetahuan para pembaca, Octavia yang mesra disapa Via ini merupakan anak kedua Raja Dangdut Malaysia, Iwan bersama pelakon popular era 80-an, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan aktres berbintang Scorpio ini.

Aliff Aziz Buat Hal Dengan Octavia Pula. Akhirnya Kakak Octovia Aprena Manrose T4mpil Beri Nasihat Padu Kepada Bella Astillah

Biodata Ringkas Octavia Manrose: Nama Penuh: Wan Syamira Putri Octavia Wan Syahman | Nama Komersil: Octavia Manrose @ Octovia Manrose | Tarikh Lahir: 29 Oktober 1991 | Umur: 26 Tahun (2017) | Zodiak: Scorpio

Asal: Kuala Lumpur | Kerjaya: Pelakon | Status: Janda | Agama: Islam | Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora, Biar Aku Jadi Penunggu, Batasan Kasih, Tercinta Untukku, Tangisan Kubur, Hajah Heathrow Kembali, Cinta Si Wedding Planner, Umairah, Cinta Jannah, Dan Hati Pun Berkata, Balasan Dosa, Hantu Punya Boss dan banyak lagi.

Pernah mendirikan rumah tangga ketika berusia 20 tahun dan bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan berkenaan, Octavia dan bekas suami dikurnia seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain yang kini berusia 5 tahun.
Merupakan kakak kepada pelakon drama bersiri Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin iaitu Aprena Manrose.
Nama Manrose adalah gabungan nama ayah dan arwah ibunya.

Merupakan sepupu kepada Raysha Rizrose, Uqasha dan Nelydia Senrose. Pernah mengeluarkan sebuah single berjudul Kau Pilih Dia pada 2015. Mengidam watak romantik dan beremosi bagi menguji kemampuannya dalam bidang seni lakonan.

Sangat meminati lakonan Fauziah Ahmad Daud dan Beto Kusyairy. Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Terima kasih kerana membaca. Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua.

Anda juga boleh Like Page Kami Juga Di Facebook News Today untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Sumber: kakikecoh / nalurikini

It Happened Againn Bella Astillah Dedahkan Alif Aziz Buat Hal Lagi Keluar Dengan Oktavia Manrose Sampai Kul 3 Pagi

Menerusi posting yang dikongsikan penyanyi Bella Astilla di Instagramnya sebentar tadi mendedahkan perbualan menerusi Direct Message (DM) di Instagram bersama seorang pengguna media sosial.

“Assalammualaikum, AND IT HAPPENED AGAIN…

“Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru2 ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dgn dia dlm tele tu.

“2 hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete whatsapp dia dengan heroin tu.

“Saya cakap dgn dia I’m not a kid kalau tak ada apapa kenapa perlu delete? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah bella takde apapa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dgn dia ‘BACK TO ALLAH’

“ rupanya org yang nasihat dan comfort saya ni org yang sama2 pergi club dgn Aliff, menari2 peluk dan mabuk sama2,” tulis Bella.

Aliff Aziz Buat Hal Dengan Octavia Pula. Akhirnya Kakak Octovia Aprena Manrose T4mpil Beri Nasihat Padu Kepada Bella Astillah

Aliff Aziz Buat Hal Dengan Octavia Pula. Akhirnya Kakak Octovia Aprena Manrose T4mpil Beri Nasihat Padu Kepada Bella Astillah

Dalam pada itu, Bella juga ada berdoa kepada Allah tentang rumahtangganya.

“Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut. Terima kasih kepada Insan yg DM saya kalau tak, saya ni takkan tahu apapa hanya dgn Ayden je kat rumah..

“Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara. Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama2 yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan, akhiri Bella.

Terdahulu, kontroversi melanda Aliff apabila dia ke pusat hiburan bersama seorang adik perempuan kepada selebriti popular.

Untuk rekod, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrean.

Aliff Aziz Buat Hal Dengan Octavia Pula. Akhirnya Kakak Octovia Aprena Manrose T4mpil Beri Nasihat Padu Kepada Bella Astillah

Assalammualaikum, AND IT HAPPENED AGAIN. . . Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I’ve been through korang takkan boleh imagine. Selepas Aliff habis shoot telemovie baru2 ni dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dgn dia dlm tele tu. 2 hari sebelum habis shoot, dia dah start berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone dan bila saya paksa buka phone, dia buka tapi dia pandai dia dah delete whatsapp dia dengan heroin tu. Saya cakap dgn dia I’m not a kid kalau tak ada apapa kenapa perlu delete? So saya nakkan kepastian saya call heroin tersebut jawapan dia kepada saya “Ya Allah bella takde apapa pun, kenapa Aliff buat hal lagi ke? Boleh tak bagi Via jumpa dia Via nak cakap dgn dia ‘BACK TO ALLAH’ “ rupanya org yang nasihat dan comfort saya ni org yang sama2 pergi club dgn Aliff, menari2 peluk dan mabuk sama2. Saya bila solat saya minta Allah beri petunjuk tentang rumahtangga saya, tak sangka doa saya dijawab dengan begitu cepat. Sangat cepat. Saya terkejut. Terima kasih kepada Insan yg dm saya kalau tak, saya ni takkan tahu apapa hanya dgn Ayden je kat rumah. Ingat, hiburan dunia ni hanya sementara. Kepada Aliff; kalau awak rasa bahagia dgn kehidupan mcm tu dan dah jumpa pasangan terbaik yang awak rasa serasi boleh pergi club sama2 yang boleh jaga makan minum pakai awak, teruskan.

Aliff Aziz Buat Hal Dengan Octavia Pula. Akhirnya Kakak Octovia Aprena Manrose T4mpil Beri Nasihat Padu Kepada Bella Astillah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook News Today untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Foto : IG Bella Astillah




Post a Comment

0 Comments